Senarai Bantuan dan Geran untuk Usahawan 2026 ini disediakan khusus untuk membantu pemilik perniagaan tempatan mencari modal dan insentif dengan lebih mudah.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, suntikan dana daripada agensi kerajaan amat penting bagi menyokong Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) untuk terus bertahan serta berkembang.
Melalui insentif seperti geran padanan, bantuan pendigitalan dan pembiayaan, usahawan kini berpeluang mengukuhkan aliran tunai syarikat tanpa bebanan hutang yang tinggi.
Jom rujuk senarai penuh bantuan dan geran untuk usahawan 2026 di bawah.
Senarai Bantuan, Geran & Pembiayaan/Pinjaman untuk Usahawan 2026
(Kemaskini: Ogos 2026)
Kategori: Geran Percuma & Geran Digitalisasi
Geran Digital PMKS MADANI
Geran Digital PMKS MADANI ialah bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia untuk membantu usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) menaik taraf perniagaan mereka ke arah digital.
Bantuan padanan sehingga RM5,000 untuk membiayai pembelian sistem digital perniagaan seperti sistem POS, e-dagang, perakaunan, dan pemasaran digital.
Maklumat lanjut: SME Corp, Bank Simpanan Nasional (BSN), MDEC

Geran Digital Penjaja MADANI
Geran Digital Penjaja MADANI ialah bantuan kewangan sehingga RM1,000 daripada BSN untuk penjaja dan peniaga mikro tempatan menaik taraf perniagaan ke arah digital.
Dana ini digunakan khusus bagi membiayai langganan sistem e-POS, terminal kod QR, atau peranti perniagaan. Syaratnya, pemohon wajib mempunyai pendaftaran SSM atau lesen PBT yang sah.
Pemohon boleh menyemak kelayakan melalui syarikat penyedia yang dilantik seperti Funding Societies

Kategori: Pembiayaan & Pinjaman Mikro
TEKUN Nasional
TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyediakan kemudahan pembiayaan mikro patuh syariah secara mudah dan cepat untuk membantu usahawan bumiputera memula dan mengembangkan perniagaan.
Agensi ini menawarkan pinjaman modal bermula daripada RM1,000 sehingga RM100,000 dengan kadar keuntungan yang rendah sekitar 4% setahun serta menyediakan khidmat bimbingan usahawan.
Bagi tahun 2026, usahawan boleh mengemukakan permohonan dengan lebih pantas secara digital tanpa perlu hadir ke pejabat fizikal melalui sistem terbaharu di Portal Rasmi TEKUN Online.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah institusi kewangan mikro terbesar di Malaysia yang bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan dengan menyediakan pembiayaan modal mudah tanpa cagaran kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar, pemohon khususnya kaum wanita dibimbing menjadi usahawan mikro berdikari.
Butiran permohonan boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia.

BSN Micro/i MADANI
BSN Micro/i MADANI ialah skim pembiayaan mikro tahun 2026 yang menawarkan modal perniagaan tanpa cagaran berjumlah RM2,000 sehingga RM100,000 dengan kadar faedah rendah sekitar 3.50% setahun.
Skim ini terbuka kepada usahawan mikro, penjaja, wanita, dan belia dengan syarat perniagaan berdaftar (SSM/PBT) dan aktif sekurang-kurangnya enam bulan.
Rujuk syarat penuh dan maklumat lanjut di Portal Rasmi BSN.

BSN Micro Madani Sinar
BSN Micro Madani Sinar ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan yang merupakan bekas banduan, bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelatih PERKESO bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
- Amaun Pinjaman:
- Minima: RM2,000
- Maksimum: RM100,000
Rujuk syarat penuh dan maklumat lanjut di Portal Rasmi BSN.

Kemudahan Bantuan Kestabilan Mikro (MSME SRF) – BSN
Khusus untuk usahawan mikro, Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pembiayaan modal kerja sehingga RM100,000 dengan kadar serendah 3.75% setahun untuk tempoh sehingga 5 tahun.
Skim tanpa cagaran ini bertujuan menangani kekangan aliran tunai akibat gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan ekonomi.
Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BSN MSME SRF.
Kategori: Skema Pembiayaan, Pinjaman Mudah dan Dana Bantuan Modal PKS/PMK
Inisiatif PowerUp 10K
Di bawah Inisiatif PowerUp 10K (KUSKOP), semua program bantuan, dana, dan latihan keusahawanan daripada 10 agensi utama di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah disatukan di bawah satu bumbung.
Pautan Rasmi: Portal Hebatkan Perniagaan Malaysia (KUSKOP)
Government Guarantee Scheme MADANI 2026 (GGSM4)
Government Guarantee Scheme MADANI 2026 (GGSM4) ialah skim jaminan pinjaman perniagaan terbaharu yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).
Skim ini membantu Syarikat Pertengahan (MTC) dan PMKS yang kekurangan kolateral mendapatkan pembiayaan modal kerja atau CAPEX sehingga RM20 juta bagi PMKS dan RM30 juta bagi MTC dengan perlindungan jaminan kerajaan mencapai 80%.
Tarikh tutup: 30 June 2027
Maklumat Lanjut: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

SME Stability Recovery Facility (SME SRF)
BNM menyediakan peruntukan RM5 bilion bagi membantu PMKS menguruskan aliran tunai dan kos operasi. Setakat Ogos 2026, lebih RM4 bilion dana masih tersedia untuk dipohon.
- Had Pembiayaan: Sehingga RM750,000.
- Kadar Keuntungan: Maksimum 3.75% setahun (termasuk yuran jaminan).
- Tarikh Tutup: Dibuka sehingga 31 Disember 2026 (atau sehingga dana habis). Permohonan boleh dibuat melalui bank komersial peserta seperti RHB Bank.
Permohonan boleh dikemukakan secara langsung kepada mana-mana 18 institusi kewangan yang mengambil bahagian (seperti SME Bank, Bank Rakyat, Maybank, AmBank, dan bank perdagangan lain)
Rujuk senarai penuh bank terlibat di Laman Dana PKS BNM

SME Corp – SFSME 2.0 (Skim Pembiayaan Mudah untuk PKS)
Program sokongan di bawah inisiatif SINAR ini terbuka untuk membantu pendigitalan, inovasi, dan automasi PKS.
- Pembiayaan Terma: Sehingga RM500,000 (kadar faedah promosi 5% untuk kelulusan dalam tahun 2026).
- Pembiayaan Invois / PO: Sehingga RM1,500,000 untuk tempoh pembiayaan 6 bulan.
Borang pendaftaran boleh diakses terus di portal SME Corp

Nota: Terdapat lagi beberapa jenis Program Sokongan Industri dan Perniagaaan Rakyat (SINAR) yang boleh dimohon melalui portal SME Corp.
Skim Jaminan BNM–CGC
Skim Jaminan BNM–CGC ialah inisiatif jaminan pembiayaan bernilai RM10 bilion yang bertujuan memudahkan PMKS, termasuk perusahaan mikro dan syarikat pemula, mendapatkan akses modal kerja.
Pembiayaan yang disediakan adalah sehingga RM10 juta bagi setiap PKS untuk tempoh sehingga 10 tahun.
Dengan enam jaminan portfolio ditawarkan, skim ini menyokong PKS dalam memacu pertumbuhan, inovasi, kelestarian dan daya tahan.
Untuk maklumat lanjut, layari bnm.gov.my/bnmcgcgtee


Kategori: Insentif, Skim Pendaftaran, Geran Pembangunan, Geran Perniagaan (dana percuma/padanan)
Insentif Belia Pelancongan Melaka
Dana Pelancongan Belia ialah insentif terbaharu bernilai RM500,000 daripada Kerajaan Negeri Melaka untuk membantu golongan muda berusia 20 hingga 35 tahun memulakan perniagaan dalam sektor pelancongan, warisan, seni, dan budaya.
Inisiatif yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ini menawarkan bantuan kewangan sehingga RM10,000 seorang kepada 200 belia yang layak bagi menceburi bidang seperti jualan cenderamata atau perkhidmatan pemandu pelancong.
Permohonan bagi insentif ini boleh dikemukakan secara terus melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka.
Maklumat rasmi, rujuk: Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM
Inisiatif berterusan menerusi portal SSM4U yang memberikan pengecualian yuran pendaftaran pendaftaran SSM selama 2 tahun untuk golongan B40, warga emas, dan pelajar IPT sepenuh masa.
Inisiatif ini turut diperluaskan dengan pengenalan kategori baharu iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE).
Maklumat lanjut: SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar IPT – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP 2026)

Potongan Fi Lesen Perniagaan DBKL
DBKL menawarkan insentif potongan kadar fi lesen bagi pembaharuan lesen pelbagai tahun iaitu 5% untuk tempoh dua tahun dan 10% bagi tempoh tiga tahun. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir sekitar 95,000 pelesen di Kuala Lumpur.
- Potongan 5%: Untuk pembaharuan lesen bagi tempoh dua (2) tahun
- Potongan 10%: Untuk pembaharuan lesen bagi tempoh tiga (3) tahun
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memperkenalkan inisiatif baharu pembaharuan lesen perniagaan sehingga maksimum tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.
Melalui pelaksanaan ini, tempoh sah laku lesen perniagaan bagi permohonan pembaharuan lesen yang berstatus lulus tetap boleh dipanjangkan daripada satu tahun kepada dua atau tiga tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk pelesen tidak mempunyai sebarang kompaun atau tunggakan bayaran sewa dengan DBKL.
Dana Mudahcara Warisan Dan Kesenian Sarawak
Dana Mudahcara Warisan dan Kesenian Sarawak ialah bantuan geran penuh tahun 2026 daripada MTCP Sarawak untuk menyokong PMKS serta penggiat industri kreatif tempatan.
Dana ini dibuka sepanjang tahun bagi membiayai projek pemeliharaan warisan, aktiviti kesenian, dan pemantapan kapasiti budaya bumi Kenyalang.
Maklumat serta borang boleh dimuat turun di Portal Rasmi MTCP Sarawak.

Program Penskalaan Perniagaan Inklusif (Skala-IB)
Program Penskalaan Perniagaan Inklusif (Skala-IB) ialah geran padanan 90% sehingga RM200,000 daripada SME Corp. Malaysia.
Bantuan ini khusus untuk PMKS berkemahiran yang melibatkan komuniti B40 dalam rantaian perniagaan. Pemohon wajib mempunyai jualan tahunan minimum RM300,000 serta memiliki Pengiktirafan IB daripada KUSKOP.
Permohonan lengkap boleh dihantar melalui portCal rasmi MyBPI SME Corp. Malaysia.
Maklumat lanjut: https://smecorp.gov.my/

Bantuan Geran Pelancaran (BGP) – JKM
Bantuan Geran Pelancaran (BGP) ialah bantuan modal perniagaan sekali bayar (one-off) bernilai maksimum RM2,700 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang produktif dan mempunyai minat berniaga.
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Semakan syarat serta borang digital boleh diakses menerusi Portal Rasmi eBantuan JKM.
Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)
Bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan (matching grant) bernilai sehingga RM200,000. Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani.
Maklumat lanjut: https://www.kpkm.gov.my/

Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP)
Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) ialah bantuan kewangan berbentuk geran padanan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang disasarkan khusus untuk usahawan mikro dalam sektor makanan, pertanian, dan industri asas tani.
Maklumat lanjut: https://www.kpkm.gov.my
Market Development Grant (MDG) – MATRADE
Bantuan ini diberikan dalam bentuk geran padanan 50% (tuntutan bayaran balik) dengan had siling seumur hidup sebanyak RM300,000.
Maklumat lanjut: https://www.matrade.gov.my
Kategori: Usahawan Wanita
DANA EKONOMI USAHAWAN WANITA

Inisiatif DEWI menyatukan program di bawah 4 agensi utama bergantung kepada skala perniagaan anda:
1. Skim Pembiayaan Wanita – TEKUN Nasional
- Amaun: Sehingga RM30,000.
- Tempoh Bayaran Balik: Sehingga 3 tahun dengan kadar keuntungan sekitar 4% setahun.
- Sangat sesuai untuk usahawan wanita kategori mikro yang mahu menambah modal pusingan atau memulakan perniagaan kecil.

2. Skim Pembiayaan Ikhtiar – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
- Amaun: Sehingga RM30,000.
- Khusus untuk wanita berpendapatan rendah (B40) menerusi pelbagai sub-program seperti i-Wibawa (modal perniagaan bermusim) dan i-Bestari (peningkatan perniagaan) tanpa memerlukan cagaran tegar.

3. BR BizLady-i – Bank Rakyat
- Amaun: Sehingga RM1 juta.
- Untuk perniagaan wanita peringkat kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan suntikan modal kerja yang lebih besar atau pembelian aset perniagaan.

4. MySMELady 2.0 – SME Bank
- Amaun: Bermula dari RM100,000 sehingga RM3 juta per pemohon.
- Kesesuaian: Untuk syarikat milikan wanita berskala pertengahan yang mahu melakukan ekspansi pasaran, automasi industri, atau menembusi pasaran eksport.

Maklumat lanjut: https://www.kuskop.gov.my/
Kategori: Bantuan/Geran yang Dibuka Setiap Tahun (ps: Permohonan sudah ditutup setakat Ogos 2026)
Program TUBE 2026 (Tunas Usahawan Belia Bumiputera)
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Skala (TUBE-S) 2026 merupakan inisiatif latihan keusahawanan dan geran perniagaan intensif daripada SME Corp. Malaysia yang menyasarkan belia Bumiputera berumur 18 hingga 30 tahun.
Program ini merupakan inisiatif utama kerajaan dalam melahirkan usahawan belia baharu, bermakna permohonan akan dibuka semula untuk siri seterusnya pada awal tahun hadapan (2027).
Maklumat Lanjut: https://tube.smecorp.gov.my/
Skim Pemerkasaan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB)
Skim Pemerkasaan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dibuka pada setiap tahun oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Program ini merupakan salah satu inisiatif tahunan teras kerajaan untuk memperkasakan ekonomi usahawan mikro dan kecil di kawasan luar bandar.
Pada kebiasaannya, KKDW akan membahagikan permohonan kepada beberapa fasa (Siri 1, Siri 2, dan seterusnya) sepanjang tahun tertakluk kepada baki peruntukan tahunan semasa.
Oleh itu, jika anda terlepas permohonan yang baru ditutup pada Julai 2026, anda boleh bersedia untuk memohon pada pembukaan siri seterusnya atau awal tahun hadapan (2027).
Maklumat lanjut: Portal Rasmi KKDW.
Program Agropreneur NextGen 2026
Bantuan diberikan sepenuhnya dalam bentuk barangan atau peralatan projek mengikut kategori berikut:
- Kategori Start-Up: Untuk belia berumur 18 hingga 43 tahun yang baru mula berniaga, nilai bantuan barangan adalah sehingga RM30,000.
- Kategori Scale-Up: Untuk usahawan tani berumur 21 hingga 45 tahun yang ingin mengembangkan projek sedia ada, nilai bantuan perkakasan mencapai sehingga RM50,000.
Sektor yang layak merangkumi aktiviti rantaian perniagaan tanaman, ternakan, perikanan, serta industri asas tani.
Pendaftaran akaun dan pengisian dokumen kertas kerja boleh dilakukan secara terus melalui Portal eGAN KPKM.
NOTA: Permohonan baharu geran Agropreneur Nextgen ditangguhkan sementara. Sistem akan dibuka semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Rujuk Facebook Program Agropreneur Next-Gen KPKM.

Skim Dana Padanan SDP 2026
Skim Dana Padanan (SDP) 2026 di bawah MyCreative Ventures dibuka secara bermusim setiap tahun dengan tarikh tutup permohonan yang spesifik.
Bagi tahun ini (2026), permohonan rasmi telah pun DITUTUP pada 27 Mei 2026.
Memandangkan geran padanan 1-dengan-1 sehingga RM250,000 ini ditawarkan setiap tahun di bawah aspirasi Belanjawan MADANI, anda boleh membuat persiapan kertas kerja bermula sekarang.
Maklumat lanjut: Portal Rasmi MyCreative Ventures Grants.
FAQ – Soalan Lazim Senarai Bantuan, Geran dan Pembiayaan untuk Usahawan 2026
Geran Digital PMKS MADANI (BSN). Kerajaan memberi bantuan modal 50% sehingga RM5,000 untuk anda melanggan sistem komputer perniagaan seperti e-Invois, sistem perakaunan, atau sistem kedai (e-POS)
Ada, memohonlah Geran Digital Penjaja MADANI. Anda boleh dapat bantuan sehingga RM1,000 untuk memasang terminal kad atau kod QR pembayaran tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Boleh, melalui Geran CUP (KPKM) jika jualan setahun bawah RM300,000. Kerajaan menanggung 70% kos mesin sehingga RM60,000. Jika jualan atas RM300,000, anda layak memohon Geran HIP sehingga RM200,000 (padanan 50%).
Anda boleh memohon BSN Micro/i MADANI (pinjaman RM2,000 hingga RM100,000 dengan faedah sekitar 3.5% setahun) atau TEKUN Nasional (pinjaman modal sehingga RM100,000).
Betul, khusus melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP). Syaratnya anda mestilah daripada golongan B40 (penerima STR), pelajar IPT sepenuh masa, atau warga emas berusia 60 tahun ke atas. Anda jimat yuran pendaftaran sehingga 2 tahun.




