Halal Sukses KUSKOP – Geran Usahawan Sehingga RM15,000

halal sukses kuskop
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempelawa PKS yang berkelayakan untuk memohon Geran Bantuan Program Pembangunan Kapasiti Usahawan – Halal Sukses KUSKOP yang boleh dipohon menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLXda2TOHM0kKaJy_0YIQh0ItgCul79Eg5cuCW1jOK6A3zPA/viewform.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran ini.

Mengenai Halal Sukses KUSKOP

Halal Sukses KUSKOP ialah inisiatif di bawah KUSKOP yang bertujuan untuk memperkasa usahawan tempatan, terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi, dalam industri halal.

Tujuan utama geran ini diwujudkan adalah untuk membimbing dan membantu usahawan untuk mendapatkan pensijilan Halal Malaysia bagi membolehkan produk mereka menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

Menerusi geran ini, usahawan akan mempunyai platform intervensi holistik yang merangkumi bimbingan teknikal, aspek perniagaan, dan latihan pembiayaan.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan geran yang ditawarkan adalah sehingga RM15,000 bagi setiap usahawan.

Skop Bantuan

Skop bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pelaksanaan program awareness melalui Program Halal Sukses KUSKOP.
  • Pelaksanaan bimbingan dan khidmat rundingan yang dilaksanakan oleh JAKIM/JAIN/MAIN dan Rakan Strategik yang dikenalpasti.
  • Fi pensijilan.
  • Bayaran perkhidmatan analisis produk.
  • Kos pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian premis serta pembelian peralatan kritikal bagi memenuhi syarat dan keperluan permohonan Pensinjilan Halal Malaysia.
  • Caj dan Kenaan Pematuhan Syarat-Syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memenuhi syarat dan keperluan permohonan Pensijilan Halal Malaysia.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan SSM / SKM / Badan Profesional / Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah serta pihak-pihak yang setaraf dengannya.
  2. Memenuhi definisi PKS berdasarkan saiz operasi seperti di bawah Garis Panduan yang disediakan oleh Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan.
  3. Syarikat dimiliki oleh 100% warganegara Malaysia.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah membuat permohonan menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLXda2TOHM0kKaJy_0YIQh0ItgCul79Eg5cuCW1jOK6A3zPA/viewform.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Halal Sukses KUSKOP?

Halal Sukses KUSKOP ialah inisiatif di bawah KUSKOP untuk memperkasa usahawan tempatan, terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi, dalam industri halal.

Berapakah jumlah bantuan yang ditawarkan?

Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM15,000 bagi setiap usahawan.

Apakah skop bantuan yang ditawarkan kepada pemohon?

– Pelaksanaan program awareness melalui Program Halal Sukses KUSKOP.
– Pelaksanaan bimbingan dan khidmat rundingan yang dilaksanakan oleh JAKIM/JAIN/MAIN dan Rakan Strategik yang dikenalpasti.
– Fi pensijilan.
– Bayaran perkhidmatan analisis produk.
– Kos pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian premis serta pembelian peralatan kritikal bagi memenuhi syarat dan keperluan permohonan Pensinjilan Halal Malaysia.
– Caj dan Kenaan Pematuhan Syarat-Syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memenuhi syarat dan keperluan permohonan Pensijilan Halal Malaysia.

Adakah perniagaan saya perlu berdaftar untuk memastikan saya layak untuk memohon?

Ya. Perniagaan pemohon mestilah berdaftar dengan SSM / SKM / Badan Profesional / Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah serta pihak-pihak yang setaraf dengannya.

Jika syarikat tersebut dimiliki oleh warga asing sebanyak 5%, adakah syarikat tersebut boleh memohon?

Tidak. Syarikat tersebut mestilah 100% warganegara Malaysia.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLXda2TOHM0kKaJy_0YIQh0ItgCul79Eg5cuCW1jOK6A3zPA/viewform.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar emel ke alamat:

Baca juga: PPKPH: Geran Bantuan Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut