SejaTi MADANI: Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti

Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Golongan Sasaran

Program ini merupakan satu bentuk program bantuan kerajaan yang bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.

“Komuniti” di sini merujuk kepada kumpulan orang/ masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah:

(i)Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
(ii)Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP);
(iii)Komuniti Rumah Panjang;
(iv)Komuniti Kampung Orang Asli;
(v)Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan
(v)Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.

Hanya satu (1) permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.

Tempoh Permohonan SejaTi MADANI 2024

Permohonan SejaTi MADANI dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.

Artikel berkaitan: Senarai Klinik Perubatan Madani: Carian dan Semakan

SejaTi MADANI

Syarat Permohonan

Program yang dipohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.

5 sektor utama tersebut ialah

  • pertanian dan makanan
  • jahitan dan kraf tangan
  • herba dan kesihatan
  • pelancongan dan hospitaliti
  • aktiviti hijau dan kitar semula

Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Pertanian Dan Makanan

1. Sistem Kepadatan Padi (SRI)
2. Pembuatan Baja Organik
3. Perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan
4. Penanaman cili fertigasi/ cendawan hidroponik
5. Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
6. Produk sejuk beku
7. Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales
8. Perikanan dan penternakan

  1. Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku
  2. Penternakan ayam pedaging

Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Jahitan Dan Kraf Tangan

1. Pembuatan Tembikar Tradisional
2. Penghasilan Kraf Batik lukis/ digital/ ikat celup
3. Kraf Jahitan beg anyaman buluh/ rotan dan batik
4. Menjahit pakaian/ barangan sulaman
5. Penghasilan produk daripada tekatan benang emas/ tembaga
6. Pembuatan seramik studioseramik arca dan seramik industri
7. Produk anyaman buluh/ pandan/ mengkuang/ ribu-ribu
8. Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasaskan kayu. Contohnya, set catur kayu dan congkak.
9. Jahitan yang menghasilkan produk seperti pelitup muka, selendang, kain pasang, beg, alas meja dan sarung kusyen.
10. Penghasilan senjata berasaskan logam
11. Batik soft toy
12. Kraftangan berasaskan manik
13. Jahitan cadar/ sarung bantal daripada kain terpakai

Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Herba Dan Kesihatan

1. Penanaman tanaman herba
2. Pengkomersialan produk bunga telang (herba)
3. Perkhidmatan urutan tradisional/ spa
4. Program sistem pengairan automatik taman herba
5. Pembuatan sabun daripada herba-herba sunnah

Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Pelancongan Dan Hospitaliti

1. Inap Desa
2. Pembangunan perisian/ aplikasi
3. Program *Homestay Kampung
4. Program Arca Dasar Laut
5. Penghasilan produk jualan pelancongan dan hospitaliti mesra muslim
6. Inovasi penginapan menggunakan kenderaan terpakai (van/ bas)

*homestay mestilah yang dikendalikan oleh komuniti, bukan individu.

Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Aktiviti Hijau Dan Kitar Semula

1. Pengurusan Sisa Mampan
   – Projek Upcycling
   – Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin
2. Penghasilan buku kitar semula
3. Membuat beg menggunakan baju terpakai
4. Penjualan perabot rumah berunsurkan bahan kitar semula
5. Penghasilan produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur)

PENERANGAN:
Projek Upcycling
: Projek Upcycling adalah proses yang melibatkan penggunaan bahan-bahan yang tidak lagi digunakan atau yang akan dibuang dan mengubahnya menjadi sesuatu yang baharu dan lebih berguna. Contohnya, botol plastik, tayar, tiub, plastik, bungkusan makanan plastik, lebihan kain, pakaian lama, kertas, kadbod dan wayar elektrik diubah menjadi menjadi barang perhiasan seperti pasu bunga dan lain lain.

Kategori Permohonan

Kategori permohonan bagi bantuan SejaTi MADANI terbahagi kepada tiga (3) iaitu:

     (i)   Rintis – Program/ produk/ perkhidmatan yang baru diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun;
     (ii)   Peningkatan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang telah wujud di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun; dan
     (iii)   Pengembangan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang wujud melebihi tiga (3) tahun.

Cara memohon SejaTi MADANI 2024

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI di pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/home

Bagi komuniti yang tidak mempunyai capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, Pejabat Residen, atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).

Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.

VIDEO PENERANGAN : Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

permohonan SejaTi MADANI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai SejaTi MADANI, sila rujuk SOALAN LAZIM di pautan berikut: https://sejatimadani.icu.gov.my/soalan

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian berikut:

Sekretariat SejaTi MADANI,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

Tel: 03-8872 3888/ 6430 / 6406 / 6401
E-mel: [email protected]

Laman web: https://sejatimadani.icu.gov.my/home

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!