Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor 2021

GERAN BANTUAN KEWANGAN PROGRAM/ AKTIVITI PELANCONGAN SELANGOR

Permohonan geran bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan di Selangor kini dibuka untuk permohonan hingga 31 Disember depan.

Berikut dikongsikan info lanjut bagi geran bantuan ini beserta syarat dan cara permohonan.

Apakah Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor?

Geran bantuan kewangan Program / Aktiviti Pelancongan ini merupakan salah satu daripada 4 inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Pakej Kita Selangor 2.0 untuk memulih dan menggalakkan semula sektor pelancongan di negeri Selangor yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Geran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan melalui kaedah pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance.

Pelaksanaan inisiatif ini diharapkan mampu memulih dan merancakkan semula aktiviti industri pelancongan khususnya di Negeri Selangor.

Tempoh Permohonan

Tempoh Permohonan 23 September 2021 Hingga 31 Disember 2021

Tempoh Pelaksanaan Aktiviti

Tempoh Perlaksanaan Program /Aktiviti dianjurkan oleh pemohon 1 Oktober 2021 Hingga 30 Jun 2022

Organisasi Layak Memohon

  1. Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor yang berdaftar & diiktiraf di Malaysia dan Syarikat Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Negeri Selangor yang berdaftar & dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
  2. Pengusaha Homestay di Negeri Selangor yang berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
  3. Pengusaha dalam sektor MICE yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor.
  4. Hos Komuniti yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor.
  5. Persatuan komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar di Negeri Selangor.

Kriteria Kelayakan / Aktiviti Program

Kriteria kelayakan aktiviti / program promosi & pemasaran adalah seperti berikut :

  1. Pameran Pelancongan
  2. Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE)
  3. Misi Jualan
  4. Familiarization Trip

Kadar Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor

Amaun permohonan adalah berdasarkan kepada satu penyertaan / pelaksanaan iaitu 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ATAU mengikut kelayakan maksimum RM20,000 yang mana lebih rendah.

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila imbas QR code di bawah ini dan ikuti langkah berikut:

  1. Permohonan dibuat secara atas talian melalui Google Form : https://forms.gle/cWozpesQjw6Z86Yo9
  2. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen lengkap :
    • Perakuan Pendaftaran Syarikat / Persatuan
    • Pengesahan Penganjuran / Penyertaan Program (Jika berkaitan)
    • Kertas Kerja Penganjuran / Penyertaan Program (PPT dalam dormat PDF)*
      • *Sila rujuk di bawah untuk info kertas kerja.

Senarai ( CHECKLIST ) Permohonan : http://shorturl.at/aquB5

Baca juga : GKP 4.0 : Semakan Bayaran RM1,000 PKS (September & November 2021)

Maklumat Lanjut

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum program / aktiviti pelancongan dianjurkan ATAU disertai.

Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya pihak pemohon telah menerima subsidi / tajaan dari organisasi lain untuk program . aktiviti pelancongan tersebut.

Sila pastikan borang ini diisi dengan lengkap,Tourism Selangor berhak menolak permohonan yang tidak lengkap.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urus setia Geran Bantuan Kewangan Pakej Kita Selangor 2.0 seperti senarai berikut:
Emel:[email protected]

Baca juga: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 (Muat Turun)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!