Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 (Muat Turun)

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 ini
merupakan dokumen yang telah dikemas kini berdasarkan Garis
Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma
Baharu 2.0 yang telah dikeluarkan pada 9 Februari 2021.

Garis panduan ini disediakan dengan mengambil kira Pelan
Pemulihan Negara (PPN) sebagai langkah persediaan untuk
pembukaan sekolah secara bersemuka.

Aspek penting yang diberi perhatian adalah keselamatan dan kesihatan warga sekolah serta persekitaran sekolah yang selamat.

Baca juga: Format Baru UPKK : Diganti Secara Penilaian Penuh

Tujuan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
pentadbir serta guru di sekolah dalam mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

Garis panduan ini terpakai kepada semua

  • sekolah rendah dan sekolah menengah
  • termasuk prasekolah, kolej vokasional dan kolej tingkatan enam bawah KPM dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM.

Garis panduan ini disediakan berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Objektif

Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:

  • pengurusan sekolah dan asrama dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar;
  • persekitaran sekolah yang selamat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid sepanjang mereka berada di sekolah dan asrama;
  • proses PdP dilaksanakan dalam keadaan selamat; dan
  • pentaksiran pusat dan peperiksaan awam dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Melalui panduan ini, diharapkan pembukaan sekolah dan institusi pendidikan akan menjadi lebih lancar.

Muat Turun Garis Panduan & Pengurusan Sekolah 3.0

Sila rujuk garis panduan sepenuhnya di bawah & muat turun untuk simpanan dan rujukan anda.

Muat Turun di Pautan Ini :

https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/4641-garis-panduan-pengurusan-dan-pengoperasian-sekolah-3-0/file

BACA JUGA:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!