Keputusan & Persembahan Final Famili Duo TV3 Musim 2 2022

Famili Duo musim 2 bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 akan menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Famili Duo merupakan program realiti nyanyian yang unik dalam menyaksikan pasangan selebriti popular yang mempunyai pertalian darah berentap untuk merebut hadiah mingguan yang berjumlah RM 10,000 setiap minggu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep program ini, senarai peserta musim terbaru, barisan juri, pengacara, serta waktu dan hari siaran.

Konsep Rancangan Famili Duo TV3 Musim 2

Bagi musim kedua, rancangan ini masih mengekalkan pasangan selebriti yang mempunyai pertalian darah sebagai peserta.

Peserta yang mara kepusingan akhir bagi musim ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 dengan pemarkahan sebanyak 80% ditentukan oleh juri tetap dan 20% undian atas talian dari penonton.

Walau bagaimanapun, program kali ini tampil berbeza berbanding musim pertama yang mula diperkenalkan pada tahun lalu kerana telah mempunyai banyak pembaharuan.

“Untuk musim kali ini memang banyak pembaharuan yang kita buat. Pertandingan kali ini bukan hanya santai-santai tetapi kita dah ada juara mingguan dan juara keseluruhan jadi persembahan dari setiap peserta lebih berkualiti.

“Cuma perbezaannya untuk musim kali ini, kami bukan menilai dari segi vokal, malah persembahan yang paling menghiburkan dari segi konsep dan pemilihan lagu mereka menjadi fokus penting dalam proses penilaian nanti,” kata Muhamad Sufian Che Isa, selaku Penerbit Eksekutif rancangan ini.

Senarai Peserta Famili Duo Musim Kedua

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah :

  • Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu)
  • Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik)
  • Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu)
  • Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik)
  • Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu)
  • Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik)
  • Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik)

Pengacara

Program 8 episod ini bakal dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee.

Tarikh & Waktu Siaran

Program ini akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Juri

Memperkenalkan juri kita untuk FamiliDuo musim terbaru ini! Gandingan yang mantap dan tidak asing lagi, iaitu Ajai dan Mas Idayu.

Tentu ramai yang nak dah rindu dengan komen-komen mereka berdua ni kan?

famili duo 2022 musim 2

MARKAH PESERTA MINGGU PERTAMA

Berikut adalah senarai markah peserta bagi Minggu 1:

famili duo musim 2 2022

MARKAH PESERTA MINGGU 2

Berikut adalah markah mingguan keseluruhan yang terkumpul setakat ini.

MARKAH PESERTA MINGGU 3

Tahniah diucapkan kepada pasangan duo adik-beradik @zakiyamani._ @yamaniabdillah kerana berjaya menjadi juara minggu ini!

Carta markah keseluruhan yang terkumpul setakat ini! Undian korang semua amat bermakna untuk mereka!

Jadi jangan lepaskan peluang undi dorang ni tau! Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10k. So, undi jangan tak undi!

famili duo musim 3

MARKAH PESERTA MINGGU 4

TAHNIAH DIUCAPKAN buat Ayda Jebat dan Fyna Jebat!!

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu Keempat:

  1. Ayda Jebat & Fyna Jebat – 57.7%
  2. Naim Daniel & Sissy Imann – 52.8%
  3. Ara Johari & Shaffiq Erwin – 48.2%
  4. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – 48.1%
  5. Bella Astillah & Wani Kayrie -33.8%
  6. Siti Saida & Siti Sairah -23.5%
  7. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique – 17%

MARKAH PESERTA MINGGU 6

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu Keenam :

  1. Siti Saida & Siti Sairah – 72.8%
  2. Bella Astillah & Wani Kayrie – 71.4%
  3. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique – 65.9%
  4. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – 59.9%
  5. Ayda Jebat & Fyna Jebat – 56.7%
  6. Naim Daniel & Sissy Imann – 48.7%
  7. Ara Johari & Shaffiq Erwin – 47.5%

MARKAH PESERTA SEPARUH AKHIR (MINGGU KE-7)

Tema Minggu Ini : Lagenda / Idola

Ahad, 29 Januari, 2023 (9.00 malam)

Gelaran Juara Mingguan dibawa pulang pasangan adik-beradik, Ayda dan Fyna Jebat, sekali gus melayakkan mereka mara ke pentas akhir.

Duo tersebut bagaimanapun, memilih untuk berkongsi kemenangan mereka dengan Sabhi Saddi dan Fareedpf serta Sissy Iman dan Naim Daniel.

Keputusan & Persembahan Pusingan Akhir Famili Duo 2022

Tahniah kepada 4 finalis duo kita:

  • Tempat Pertama : Zaki Yamani & Yamani Abdillah
  • Tempat Kedua : Ayda Jebat & Fyna Jebat
  • Tempat Ketiga : Bella Astillah & Wani Kayrie
  • Tempat Keempat : Naim Daniel & Sissy Imann
famili duo final

Yamani Abdillah & Zaki Yamani – Hutang, Bunga & Kau Pun Sama | Famili Duo (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=GSeHRTaqCy8

Yamani Abdillah & Zaki Yamani – Potret & Pelukan Angkasa | Famili Duo (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=59NqwugoSGU

Sissy Imann & Naim Daniel – Kau Yang Punya | Famili Duo (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=d0PS_GdpiWA&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=65

Sissy Imann & Naim Daniel – Sumpah | Famili Duo (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=NODhU8Gk_b4&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=64

Ayda Jebat & Fyna Jebat – Let’s Get Loud & Gangnam Style | Famili Duo (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=v1JcL_Cw8P0&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=66

Bella Astillah & Wani Kayrie – Gila & Lagu Untukmu | Famili Duo (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=wEUqozrZ5Yw&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=68

FULL EPISODE – FAMILI DUO FINAL 2022

Cara Mengundi

LANGKAH-LANGKAH MENGUNDI PESERTA PILIHAN ANDA DALAM FAMILI DUO MUSIM 2 TV3:

1. layari laman web www.xtra.com.my/familiduo

2. Klik tanda “3 bergaris” dibahagian kanan atas skrin telefon anda kemudian pilih bahagian “UNDI”.

3. Klik “UNDI” pada NAMA PASANGAN PESERTA PILIHAN ANDA.

4. Ulangsemula langkah-langkah diatas menggunakan telefon, laptop atau apa saja alat peranti yang lain bagi menghantarkan undian lagi.

PERHATIAN!

Undian online dibuka pada setiap hari Isnin jam 12.00 AM (TENGAH MALAM) sehingga pada hari konsert iaitu Ahad jam 11.00 MALAM ketika sesudahnya persembahan terakhir pada malam tersebut.

Setiap pengundi boleh mengundi sebanyak 10 KALI sehari untuk setiap alat peranti.

Pautan LIVE

Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3 :

Tonton LIVE minggu ke-2 Musim 2 2022 / 2023 di pautan berikut: [LIVE] Famili Duo (2022)

Vote kumpulan kegemaran di korang www.xtra.com.my/familiduo tau!

Teruskan menonton FamiliDuo untuk info yang terkini.

Baca juga:

Layari dan tonton LIVE streaming : https://watch.tonton.com.my/#/

Jangan lupa download dan tonton #familiduotv3 melalui aplikasi Tonton dan secara langsung di TV3 bermula 18 Disember 2022, Setiap Ahad, 9 malam #familiduotv3

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!