ePangkat KPM : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG10 HINGGA DG14 (SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM) DAN GRED DG44 HINGGA GRED DH54 (SISTEM SARAAN MALAYSIA) YANG LAYAK JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2025 (FASA 1/2025)
Dimaklumkan bahawa iklan urusan kenaikan pangkat secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dibuka untuk calon yang layak dari Januari hingga Jun 2025. Urusan ini melibatkan PPP Gred DG10 hingga DG14 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSPA) dan Gred DG44 hingga DG54 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem ePangkat bermula 17 Februari 2025. Berikut kami kongsikan butiran lanjut mengenai urusan kenaikan pangkat secara time-based ini.
PERINGKAT | TEMPOH | TARIKH |
---|---|---|
Pemohon | 14 Hari | 17 Februari 2025 (Isnin) hingga 2 Mac 2025 (Ahad) |
Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian di Bahagian, IAB, IPG Kampus, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional) | 14 Hari | 3 Mac 2025 (Isnin) hingga 16 Mac 2025 (Ahad) |
Penyemak/Pengesah di JPN, Bahagian, IAB, IPGM | 40 Hari | 17 Mac 2025 (Isnin) hingga 25 April 2025 (Jumaat) |
Baca juga: Duti Setem: Kadar Duti Setem Terkini & Penalti 2025
Sejarah ePangkat
Sistem e-Pangkat KPM ini diperkenalkan sekitar tahun 2008 bagi mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat seperti tempoh masa yang lama untuk memproses dan sebarang kesilapan yang mungkin timbul.
Ianya merupakan satu sistem yang menyediakan maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi semua guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dengan sistem ini, semua maklumat dan informasi para guru akan disimpan dalam sistem, seterusnya memudahkan pihak KPM menguruskan hal-hal berkaitan pertukaran pangkat pra guru.
Dengan adanya sistem bersepadu ePangkat, ianya dapat mengelakkan sebarang kesilapan dan pengurusan KPM untuk memantau kenaikan pangkat para guru.
Dengan sistem ini juga, para guru sendiri dapat mengemaskini maklumat terbaru mereka dan menyemak bagi memastikan tiada sebarang kesilapan mengenai maklumat diri mereka.
Objektif ePangkat
Sejak diperkenalkan, ePangkat mempunyai beberapa objektif utama antaranya:
- Memudahkan para guru mengemaskini maklumat terkini mereka bagi mengelakkan urusan kenaikan pangkat mereka mempunyai sebarang masalah
- Menyediakan satu sistem pengurusan kenaikan pangkat yang tersusun
- Memudahkan dan mengautomasikan semua proses dan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan
- Memudahkan perancangan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan
- Memastikan urusan kenaikan pangkat yang lebih sistematik dngan memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat
Tarikh Penting ePangkat Fasa 1/2025
Daftar dan login ePangkat
Berikut merupakan langkah-langkah mendaftarkan akaun anda (bagi pengguna kali pertama) dan anda boleh log masuk setelah melengkapkan pendaftaran:
- Layari laman e-Pangkat KPM di alamat https://epangkat.moe.gov.my/login.php
- Bagi yang mahu mendaftar, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik butang “Belum Berdatar?”
- Untuk mendaftarkan akaun, masukkan butiran seperti Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan Alamat Emel.
- Kemudian, klik butang “Hantar”
Peringatan Penting!!
- Ketua Jabatan diingatkan untuk mengunci masuk, memuat naik, dan mengemaskini dokumen serta maklumat penting seperti maklumat perkhidmatan calon di dalam Sistem ePangkat.
- Calon yang layak digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera bagi mengelakkan keciciran dalam urusan kenaikan pangkat ini.
Tips Kenaikan Pangkat Melalui e-Pangkat KPM
Kenaikan Pangkat Secara Time Based Kecemerlangan (TBBK) DG44 adalah satu proses yang ditawarkan setiap tahun.
Di sini kami kongsikan sedikit tips dan pengalaman oleh Mierul Mraz dari Facebook untuk panduan bersama.
Banyak orang dah lalui fasa ni. Untuk kesan proses saya sendiri & kongsi pengalaman, saya abadikan di sini.
- SENTIASA ALERT DENGAN TEMPOH PERKHIDMATAN
- Lantikan PPPS perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun.
- PPLD pula ada pengiraan tahun berkhidmat yang boleh diguna dalam kenaikan pangkat. Nak guna masa naik DG48 pun boleh.
- IKLAN KENAIKAN PANGKAT
- Iklan ni kita semak di website ePangkat. Tak perlu cukup tempoh berkhidmat pun untuk daftar.
- Iklan dikeluarkan 2 kali setahun untuk lantikan Jan – Jun & Julai – Disember (tak pasti bulan).
- PERSEDIAAN AWAL
- PT / Ketua Jabatan akan minta sedia beberapa dokumen:
i. Surat Lantikan SPP
ii. Surat Pengesahan Pelantikan SPP
iii. Surat Penempatan Sekolah
iv. Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan - PT akan upload dokumen ni setelah iklan keluar & dibuka untuk permohonan. Boleh rujuk carta alir untuk tengok tarikh2 penting proses permohonan. Sediakan juga dokumen sampingan:
i. Ijazah / Sijil Akademik
ii. Sijil Kelulusan Ikhtisas ( untuk Twinning Programme, bagi surat dari IPG yang menyatakan ijazah dari univeristi tu setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
- PT / Ketua Jabatan akan minta sedia beberapa dokumen:
- PERMOHONAN
- Ada 2 jenis permohonan; secara online & manual. Online untuk yang tak ada isu seperti Cuti Tanpa Gaji, Cuti Belajar. Boleh rujuk surat keluaran JPA untuk maklumat tepat. Manual untuk yang ada isu-isu tersebut. Saya cerita yang online saja okay…
- PT & KJ akan upload 3 dokumen penting termasuk Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). Yang ni kita tak ada akses, disimpan di PPD. Mereka akan uruskan. Jadi kalau ada pertukaran sekolah, PPD, negeri berkhidmat, semak betul-betul ya. Di BRP ni juga ada nombor rujukan surat, jadi pastikan surat tu sama macam dalam BRP.
- Ketua Jabatan akan semak & isi maklumat berkaitan seperti markah LNPT untuk 3 tahun terkini. Syaratnya mesti lebih 85% kalau tak silap untuk wajaran ketiga-tiga tahun tersebut.
- Dah selesai semua, kita log in menggunakan ID e-Pangkat kita untuk semak & pastikan kita lengkapkan maklumat seperti pinjaman pendidikan, tindakan tatatertib & lain-lain.
- Setelah selesai, kilik Mohon. Kita boleh cetak slip permohonan kita di bahagian TBBK.
- Jangan sesekali mohon kalau maklumat belum dikemaskini oleh PT & KJ.
- PROSES
- Kita ada dapat beberapa borang seperti:
i. Butir-Butir Calon Tapisan Keutuhan (SPRM)
ii. Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) 1a untuk gred 41.
iii. Akuan Pilihan bagi Calon Gred DG41/DG42 ke DG44 (ExPPLD)
iv. Surat Pengesahan Markah LNPT Tahun (2020, 2019, 2018) - Sediakan juga:
i. Salinan dokumen yang dimuatnaik dalam ePangkat (rujuk siaran KPM: Para 5 – m/s 4-5)
ii. Slip permohonan yang kita cetak masa membuat permohonan di 3(e). - Serahkan semuanya lengkap di isi untuk disahkan oleh pihak sekolah sebab dokumen kita akan dikemukakan ke Unit Naik Pangkat JPN masing-masing (sebelum 20 Januari mengikut JPN).
- Kita ada dapat beberapa borang seperti:
NOTA:
- Ada borang yang kita boleh download saja dari website e-Pangkat.
- Contoh Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) tu banyak ja di internet. Boleh tengok contoh ayat. Kita kena isi sumbangan kita 3 tahun terkini.
- Rajin-rajin tanya PT & KJ kalau ada kekeliruan.
- Borang KC: https://epangkat.moe.gov.my/…/Borang%20Kategori%201a%20…
Kalau ada yang salah atau nak kongsi pengalaman, feel free to comment.
Semakan urusan kenaikan pangkat
Untuk melakukan semakan kenaikan pangkat, anda boleh melakukannya melalui secara dalam talian seperti berikut:
- Layari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/naikpangkat.php
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik butang semak
Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi JPN / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan salinan Surat Siaran Iklan Fasa 1 (Januari Hingga Jun 2025), sila layari pautan berikut: https://epangkat.moe.gov.my/
Maklumat Perhubungan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Bahagian / Institut Aminuddin Baki (IAB) / Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Emel: [email protected]