Enter Sarawak: Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak

Mungkin ada yang belum tahu, bahawa semua yang ingin masuk Sarawak kena mohon ataupun apply kebenaran memasuki Sarawak melalui aplikasi Enter Sarawak.

Kenapa lain dan special berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?

Ini kerana kemasukan ke Sarawak adalah hak dan dibawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yg telah termaktub dalam Perjanjian MA63.

Jadi, kita kena isi beberapa maklumat sebagai contoh kena upload tiket flight, status vaksin dan sebagainya serta pastikan dapat kebenaran atapun Approval dulu sebelum naik kapal terbang.

Pihak syarikat penerbangan pun akan check, dah lulus ke belum. Jadi, memang penting tau prosedur ni ok!

Jom kami kongsikan serba sedikit tentang EnterSarawak dan cara isi borang yang dimaksudkan.

Apakah Enter Sarawak?

Enter Sarawak adalah sebuah portal saringan sebelum kemasukan ke Sarawak bagi membantu mengurangkan risiko penyebaran dalam pesawat sekali gus melindungi penumpang dalam pesawat yang sama selain mengurangkan risiko penularan kes import ke negeri tersebut.

Permohonan dalam EnterSarawak perlu mematuhi syarat-syarat tertentu termasuklah bukti status ‘lengkap vaksinasi’ serta keputusan ujian COVID-19 yang ‘negatif’ dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak.

Siapa yang perlu mengisi borang EnterSarawak?

Setakat 12 November 2021, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa pengembara yang perlu mengisi borang EnterSarawak adalah seperti berikut:

  1. Bukan warga Sarawak dalam Malaysia
  2. Kanak-kanak di bawah 18 tahun (bukan warga Sarawak)
  3. Masuk atas sebab kerja / mesyuarat (bukan warga Sarawak)
  4. Kemasukan dari luar negara
  5. Bukan warga Sarawak yang masuk bagi tujuan riadah

Cara Isi Borang Enter Sarawak

  1. Layari laman web https://sarawakdisastermc.com/entersarawak/ atau muat turun aplikasi EnterSarawak melalui
  2. Sebelum isi, pastikan anda telah membeli tiket penerbangan.
  3. Kemudian, isikan maklumat lengkap vaksin anda (buka aplikasi MySejahtera untuk detail nama, tempat vaksin, batch vaccine dan sebagainya)
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan seperti sijil vaksin, gambar IC, dan tiket penerbangan anda.
    (*Berdasarkan pengalaman, dicadangkan anda mengisi melalui APPS Enter Sarawak, sebab websitenya mudah crash dan tak dapat submit.
    Sekiranya ada masalah dengan sistem, anda boleh terus hubungi
    SOCOE System: +6013-5842759)
  5. Dalam 15 minit lepas hantar borang yang diisi melalui Apps Enter Sarawak, anda akan terus dapat email sama ada approval / rejection.
    Jika status anda approval baru dapat masuk ke Sarawak.

Selesai!

Masuk ke laman web atau apps Enter sarawak kemudian isi APPLY NEW ENTRY di barisan ke-3 macam dalam gambar di atas ni.

Pertama dan kedua boleh skip. Isi macam biasa masukkan nama gambar status vaksin dan IC .

Status approved akan dikemaskini selepas selesai isi borang.

Baca juga: JBALB: Semakan Bil Air Sarawak & Cara Bayaran Online

Apa perlu buat selepas itu?

  1. Isi e-Health Declaration 12 jam sebelum kemasukan ke Sarawak
  2. Check MySejahtera untuk Sijil Vaksin
  3. Dah sampai Sarawak, di bahagian Imigresen perlu berbaris di barisan Malaysian, Non Sarawakian.
  4. Kaunter imegresen akan beri 1 kertas kecil (rujuk gambar di bawah) untuk simpanan *JANGAN HILANG* sebab kertas ini diperlukan sewaktu keluar semula dari Sarawak nanti.

TERKINI:

Bagi warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke negara Botswana, Lesotho, Namibia, Zimbabwe, Eswatini, Mozambique dan Afrika Selatan, perlu dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.

enter sarawak

Baca juga: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

Dokumen Yang Diperlukan

Ada beberapa dokumen yang diperlukan bergantung kepada status anda:

Bukan rakyat Sarawak yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak juga tidak perlu mohon EnterSarawak tetapi hanya perlu tunjuk sijil perkahwinan sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.

Anak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia) juga hanya perlu menunjukkan sijil lahir sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.

Pemegang visa Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang hanya perlu menunjukkan dokumen pas visa sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.

Sila rujuk jadual berikut:

enter sarawak

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan SOP terkini tentang kemasukan ke Sarawak, anda boleh layari laman web berikut

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!