Sarawak Pay merupakan aplikasi e-wallet serba guna yang dibangunkan khas untuk kemudahan rakyat Sarawak. S Pay Global merupakan penjenamaan semula bagi aplikasi e-dompet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak. Perubahan nama ini dilakukan pada September 2021 untuk mencerminkan keupayaan aplikasi tersebut beroperasi di peringkat antarabangsa melalui kerjasama dengan UnionPay. Layari https://spayglobal.my/ untuk muat turun dan daftar Sarawak Pay.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menikmati pelbagai fungsi termasuk kemudahan transaksi tanpa tunai serta menerima bantuan seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
TERKINI: BAYARAN SKAS FASA 1 AKAN DIKREDITKAN MENERUSI PLATFORM SPAY GLOBAL PADA 10 MAC 2026 (SELASA).
Semakan kelayakan untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh diakses di portal rasmi https://sarawak.gov.my atau https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/?m=w&l=en&t=public
Rujuk info lebih lanjut tentang SarawakPay dan bagaimana anda boleh mendaftarkannya untuk menerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
BACA JUGA: SKAS – Semakan Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
HEBAHAN AWAM : CARA MENGESAHKAN PENYALURAN BANTUAN SKAS 2026 DI S PAY GLOBAL / SARAWAKPAY
Acknowledge dari Push Notification
- Langkah 1: Anda akan menerima pemberitahuan push. [Klik padanya]
- Langkah 2: Kemudian, klik Acknowledge.
- Langkah 3: Pengagihan bantuan sedang diproses! Anda akan diberitahu sebaik sahaja dana telah dikreditkan ke dalam akaun anda.
Acknowledge dari Aplikasi
Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi dari app tersebut,
- Langkah 1: Pada aplikasi, klik pada Lambang Negeri Sarawak.
- Langkah 2: Kemudian, klik pada butang Acknowledge Now.
- Langkah 3: Pengeluaran bantuan sedang ‘diproses!
Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja dana telah dikreditkan ke akaun anda



Sumber: S Pay Global
Apakah Sarawak Pay?
Sarawak Pay adalah aplikasi e-wallet (dompet elektronik) rasmi negeri Sarawak yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak.
Ia dilancarkan untuk mempromosikan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan penduduk Sarawak dan menyokong inisiatif ke arah ekonomi tanpa tunai.
Pada tahun 2022, Sarawak Pay telah dijenamakan semula sebagai SPay Global.
S Pay Global membolehkan pengguna membeli barangan, menyelesaikan bil utiliti dan majlis bandaraya melalui telefon bimbit mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan S Pay Global atau pada bil mereka.
S Pay Global juga bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN di kawasan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan perbankan.
Ini bertujuan untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.
Sarawak Pay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah. Kerajaan Sarawak dan memegang lesen e-Wallet yang sah dari Bank Negara Malaysia.
Melalui Sarawak Pay, anda boleh menebus Bantuan SKAS dengan mudah dan selamat.

Cara Daftar Sarawak Pay untuk Bantuan SKAS

Untuk mendaftar S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) bagi menerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play Store atau App Store.
- Buka aplikasi dan pilih “Register Now”.
- Pilih kewarganegaraan anda (Malaysian atau Others).
- Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan.
- Lakukan pengesahan identiti (eKYC):
- Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda
- Rakam gambar ‘selfie’ untuk pengesahan.
- Sahkan nombor telefon anda:
- Masukkan nombor telefon bimbit
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS.
- Tetapkan nombor PIN 6-digit untuk transaksi masa hadapan.
- Selesai!




Rujuk video cara daftar S Pay Global untuk menerima SKAS:
Cara Log Masuk Sarawak Pay
Cara log masuk ke akaun S PAY GLOBAL (Sarawak Pay) boleh dilakukan dengan beberapa kaedah sama ada menggunakan username, nombor telefon, atau Sarawak ID.
Rujuk langkah-langkah berikut:
Log Masuk Guna Username
- Buka aplikasi S PAY GLOBAL.
- Pilih menu “Login”.
- Masukkan username yang telah didaftarkan bersama kata laluan.
- Tekan butang “Login” untuk masuk ke akaun.
- Jika lupa kata laluan, guna fungsi “Forgot Password” untuk reset.
Log Masuk Guna Nombor Telefon
- Pada halaman log masuk, pilih “Use Mobile Number”.
- Masukkan nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun.
- Masukkan 6 digit terakhir MyKad atau nombor pasport sebagai pengesahan.
- Sistem akan hantar kod TAC ke nombor tersebut.
- Masukkan kod TAC untuk verifikasi dan log masuk.
- Kaedah ini mudah dan menggunakan nombor telefon sebagai ID utama.






Log Masuk Menggunakan Sarawak ID
Sarawak ID adalah sistem pengenalan digital rasmi kerajaan Sarawak yang boleh digunakan dalam aplikasi S PAY GLOBAL.
- Pilih fungsi log masuk menggunakan Sarawak ID di aplikasi.
- Masukkan alamat emel dan kata laluan Sarawak ID anda.
- Sahkan dengan kod TAC jika diminta.

Cara Kemaskini Sarawak Pay
Pastikan aplikasi S PAY GLOBAL anda dikemas kini ke versi terkini untuk menerima Sumbangan Asas Keperluan Sarawak (SKAS).
Sebelum memulakan proses, pengguna diingatkan untuk memastikan mereka mempunyai akaun SarawakID yang sah. Akaun ini penting kerana ia digunakan untuk mengesahkan identiti dan menyambungkan maklumat penerima dengan sistem rasmi kerajaan.
Langkah 1 – Klik “Update”
Pengguna perlu log masuk ke portal SKAS dan menekan butang “Update” bagi memulakan proses kemas kini maklumat akaun S PAY GLOBAL. Terdapat juga pautan dan kod QR untuk memuat turun aplikasi S PAY GLOBAL melalui Google Play, App Store, atau AppGallery.
Langkah 2 – Isi Maklumat Diperlukan
Setelah itu, pengguna perlu mengisi semua maklumat penting seperti nombor MyKad, nombor telefon, dan butiran akaun S PAY GLOBAL dengan lengkap dan tepat. Selepas selesai, tekan butang “Submit” untuk menghantar maklumat tersebut.
Langkah 3 – Sahkan Penghantaran
Satu tetingkap pengesahan akan muncul untuk memastikan pengguna benar-benar ingin menghantar maklumat yang telah diisi. Pengguna perlu menekan “Yes” untuk mengesahkan dan meneruskan proses penghantaran.
Langkah 4 – Pengesahan Berjaya
Setelah maklumat berjaya dihantar, paparan mesej “Successfully Submitted!” akan muncul di skrin sebagai tanda bahawa proses kemas kini telah selesai dengan jayanya.

Cara ‘Acknowlegde’ & Guna Baucar SKAS
Penerima bantuan perlu memastikan akaun S PAY GLOBAL aktif serta dikemas kini.
Setelah layak, amaun bantuan akan dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL dan boleh diguna terus di kedai terpilih seperti Everrise, MDS, dan lain-lain.
Mulai 15 Oktober 2025 penerima baru boleh menuntut/menebus SKAS dengan memastikan akaun S PAY GLOBAL dikemaskini, log masuk, dan mengesahkan penerimaan bantuan.
Setiap transaksi menggunakan SKAS dilindungi dan hanya untuk produk keperluan asas, tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai.
Berikut ialah cara terperinci untuk ‘Acknowledge’ (sahkan penerimaan) dan guna baucar SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melalui aplikasi S PAY GLOBAL:
Cara ‘Acknowledge’ (Sahkan Penerimaan) SKAS

- Layari portal rasmi SKAS di pautan berikut: www.sarawak.gov.my
- Masukkan no kad pengenalan untuk membuat semakan kelayakan.
- Anda akan menerima pemberitahuan push notification di telefon bimbit anda. “Tap on the push notification” iaitu anda perlu sentuh atau tekan pemberitahuan tersebut pada skrin telefon anda.
- Selepas itu, halaman pengesahan “Aid Acknowledgement” akan dipaparkan, menunjukkan status eKYC telah disahkan dan saiz wallet mencukupi untuk penyaluran bantuan. Anda hanya perlu klik butang “Acknowledge” pada halaman tersebut untuk mengesahkan bahawa anda terima bantuan SKAS.
- Selesai.
Atau, anda boleh buka aplikasi S Pay Global, dan klik banner bertulisan SKAS, dan kemudian klik “Acknowledge Now”
Pengesahan ini penting supaya bantuan boleh terus digunakan dan memastikan dana diaktifkan dalam akaun anda.





Cara Tebus & Guna Baucar SKAS
- Selepas ‘Acknowledge’, dana bantuan akan aktif dalam aplikasi.
- Untuk guna baucar, pergi ke premis/peniaga rakan niaga S PAY GLOBAL (seperti pasar raya, kedai runcit terpilih).
- Pilih “Scan & Pay” pada aplikasi.
- Imbas kod QR kedai tersebut, masukkan jumlah untuk dibayar (mengikut keperluan pembelian barang asas).
- Sahkan pembayaran dan masukkan nombor PIN transaksi.
- Transaksi pembayaran kepada peniaga akan ditolak terus daripada akaun SKAS anda—tiada tunai terlibat, hanya pembelian barangan asas dibenarkan.
- Penerima tidak boleh menunaikan atau menukar bantuan SKAS kepada tunai; hanya boleh ditebus terus untuk pembelian.
Terlupa Pin Pembayaran
Anda terlupa pin pembayaran 6 digit? Jangan risau, ikut cara reset semula pin pembayaran di bawah:
- Klik “Forgot Your Pin?”
- 6 digit kod tac akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
- Masukkan kod tac tersebut dan klik “Next”.
- Set semula pin pembayaran anda dan klik “Next”
- Selesai!




Tarikh Bayaran SKAS Fasa 1 2026
Bantuan SKAS Fasa 1 bagi tahun 2026 dijangka mula disalurkan pada 10 Mac 2026 (Selasa) menerusi e-dompet S PAY GLOBAL.
Pengagihan bantuan ini akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan. Sepanjang tahun 2026, pembayaran akan dilaksanakan secara berkala setiap empat bulan, dengan jumlah keseluruhan tiga kali bayaran setahun.
Kaedah Bayaran
Bantuan SKAS 2026 akan disalurkan secara terus ke dalam dompet digital S PAY GLOBAL (Sarawak Pay) penerima yang layak.
Jumlah bantuan yang dikreditkan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya yang menerima kaedah pembayaran melalui aplikasi berkenaan.
Kadar Bantuan SKAS Fasa 1 2026
Kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2026 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya untuk semua kategori penerima.
Berikut merupakan jumlah bantuan SKAS 2026 yang akan diterima mengikut kategori yang ditetapkan:
| Kategori Penerima | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | Jumlah Setahun |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah (≤ RM5,000) | RM316 | RM316 | RM316 | RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000) | RM166 | RM166 | RM166 | RM500 |
| Bujang (≤ RM2,500) | RM100 | RM100 | RM100 | RM300 |
Semakan Status & Kelayakan SKAS 2026
Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my. Namun tarikh sebenar untuk semak kelayakan SKAS 2026 masih belum diumumkan secara rasmi.
Kami akan mengemas kini maklumat tersebut dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
- Kunjungi laman web rasmi: https://sarawak.gov.my/skas.
- Pada laman utama SKAS, pilih menu “Semak Kelayakan”.
- Isikan nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang “Cari”.
- Setelah itu, status permohonan SKAS anda akan dipaparkan di skrin sama ada lulus, tidak lulus atau sedang diproses.
Semakan juga boleh dilakukan di pautan berikut: https://t.ly/SKASNewApplicationPortal

Tarikh Permohonan Rayuan SKAS 2026
Menurut semakan terkini di laman web rasmi Portal Kerajaan Sarawak, tiada permohonan baharu dibuka untuk tahun 2026 ini.

Ini kerana bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak, mengikut data penerima STR 2026 fasa 1.
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global
Senarai Kedai Yang Boleh Guna Sarawak Pay / Bantuan SKAS
Penerima SKAS, kepada yang layak mendapat SKAS, berikut adalah link dan senarai Merchant / Kedai yang boleh guna S Pay Global / SarawakPay mengikut Daerah masing-masing.
Save siap-siap sebagai rujukan!
- Kuching
- Samarahan
- Serian
- Sri Aman
- Betong
- Sarikei
- Sibu
- Kapit
- Mukah
- Bintulu
- Miri
- Limbang
- Sabah
- Selangor
- Johor
Sumber: https://spayglobal.my/page-0-0-131-Sumbangan-Keperluan-Asas-Sarawak-SKAS.html
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal
Cara daftar Sarawak Pay (S Pay Global) sebagai peniaga:
- Muat turun dan daftar di aplikasi S Pay Global sebagai pengguna.
- Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran.
- Muat Naik:
- Gambar IC (Depan & Belakang)
- Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
* Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
* Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
- . Sila tunggu emel pengesahan dari pihak S Pay Global untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.
- Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran
- Templat QR kod S Pay Global boleh dimuat turun di SINI
- Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi S Pay Global.


Cara Daftar Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan
- Muat turun dan isi borang permohonan di sini
- Sertakan dokumen sokongan berikut
- Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM
- Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank
- Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.
- Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan
- Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda.
- Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMA.
- Muat turun Surat Persetujuan di sini.

Maklumat Lanjut
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Sarawak Pay di laman rasmi berikut:
- Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/
- Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
- Sarawak Awareness Group
Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.
Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email ([email protected]) dan talian (082-22 45 99).
- Facebook : https://www.facebook.com/spayglobal.my
- Youtube : https://www.youtube.com/@spayglobal
Tidak perlu keluar ke UTC atau kaunter Service Sarawak, anda boleh laporkan masalah mengenai S PAY GLOBAL anda dengan imbas kod QR dan isi borang berikut.
https://snt.d-crown.com.my/dcrown/cats/home/change_request/
Panduan untuk S PAY GLOBAL
- Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID
- Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ]
Panduan untuk SKAS
- Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
- Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
- Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik ].

Soalan Lazim Sarawak Pay
S PAY GLOBAL ialah platform e-wallet rasmi kerajaan Sarawak yang membolehkan pengguna membuat bayaran bil, pembelian, pemindahan dana, serta menuntut baucar bantuan seperti SKAS secara digital dan tanpa tunai.
Muat turun aplikasi S PAY GLOBAL di Google Play Store atau App Store.
Pilih “New User Registration”.
Isikan maklumat dan muat naik gambar MyKad.
Rakam muka (selfie) untuk verifikasi eKYC.
Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon untuk pengesahan.
Tetapkan PIN pembayaran untuk transaksi harian.
Bantuan SKAS akan dimasukkan ke akaun S PAY GLOBAL penerima layak bermula 10 Mac 2026 (untuk penerima automatik) dan selepas pengesahan untuk penerima baru.
Notifikasi serta status akan dipaparkan dalam aplikasi selepas anda ‘acknowledge’ penerimaan.
TIDAK boleh. SKAS hanya boleh digunakan untuk pembelian keperluan asas di kedai/pasar raya terpilih. Ia tidak boleh ditukar atau dikeluarkan secara tunai melalui e-wallet.
Untuk reset kata laluan, guna fungsi ‘Forgot Password’ dalam aplikasi atau laman web.
Untuk tukar nombor telefon atau kemas kini maklumat, log masuk ke akaun S PAY GLOBAL dan kemas kini info melalui menu ‘Profile’, atau ikut panduan bantuan pelanggan.
Setiap transaksi (bayaran/pembelian/pemindahan) akan dihantar dalam bentuk notifikasi (push notification) serta direkod dalam menu ‘Transaction History’ dalam aplikasi.
Ya, akaun S PAY GLOBAL boleh digunakan tanpa akaun bank tetapi pastikan anda sudah verifikasi eKYC untuk jumlah dompet maksimum serta kelulusan bantuan/ganjaran.
Guna fungsi “Scan & Pay” di pasar raya, kedai runcit, farmasi, dan peniaga berdaftar di seluruh Sarawak, semak senarai kedai melalui aplikasi (Merchant Listing).
Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
Pergi ke menu “Profile” dan pilih “Account Settings”.
Kemaskini nombor telefon, alamat, atau maklumat peribadi yang lain.
Pastikan juga telah buat pengesahan identiti (eKYC) melalui muat naik gambar dan rakaman selfie dalam aplikasi.
Kemaskini maklumat penting supaya tidak gagal proses penyaluran bantuan SKAS.
‘Acknowledge’ bermaksud pengesahan penerimaan bantuan SKAS yang dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL.
Anda akan terima pemberitahuan push notification untuk acknowledge.
Tekan notifikasi tersebut dan pilih butang “Acknowledge” dalam aplikasi.
Hanya selepas anda acknowledge, dana bantuan akan diaktifkan dan boleh digunakan.
Setelah dana diaktifkan, gunakan fungsi “Scan & Pay” di aplikasi untuk membeli barang keperluan asas di kedai rakan niaga.
Imbas kod QR peniaga dan masukkan jumlah pembelian.
Sahkan pembayaran dengan memasukkan PIN transaksi.
Transaksi akan terus ditolak daripada akaun SKAS anda dan bukannya wang tunai.
Jika tidak lulus, anda boleh membuat rayuan semakan kelayakan secara atas talian dalam tempoh yang ditetapkan.




