JBALB: Semakan Bil Air Sarawak & Cara Bayaran Online

Bagi penduduk Sarawak, anda boleh menyemak dan menjelaskan bil air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) secara online.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar atau singkatannya JBALB adalah sebuah jabatan di negeri Sarawak yang mengurus dan menambah baik sistem bekalan air di Sarawak, mengambil alih peranan yang sebelum ini dipegang oleh JKR Sarawak.

Untuk menjelaskan bil air JBALB secara online, terdapat beberapa cara pembayaran:

  • PaybillsMalaysia
  • Sarawak Pay

Semakan Bil Air Sarawak

Sebelum menjelaskan bil air bulanan, anda boleh menyemak terlebih dahulu bil JBALB anda untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar pada setiap bulan.

Untuk makluman, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan hanya akan dipaparkan apabila anda memilih salah satu cara pembayaran yang dinyatakan di atas.

Layari laman rasmi JBALB dan pada paparan menu di web tersebut, anda boleh memilih cara pembayaran yang dikehendaki:

bil air sarawak

Bayaran menggunakan PaybillsMalaysia

Untuk menjelaskan bil air JBALB hanya ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi PaybillsMalaysia
  2. Log masuk akaun PaybillsMalaysia
    • Sekiranya belum mendaftar, klik pada butang “Sign Up Now”
  3. Di paparan menu, klik “Service Subscription”
  4. Klik “New”
  5. Klik pautan “Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sarawak”
  6. Masukkan nombor akaun bil
  7. Masukkan nama pengguna
  8. Klik butang “Continue”
  9. Setelah akaun didaftar, tunggu kelulusan untuk pendaftaran. Anda boleh menyemak status di bahagian “Service Subscription”.
  10. Sekiranya diluluskan, akaun anda akan dipaparkan d akaun PaybillsMalaysia anda
  11. Pilih bil yang hendak dibayar
  12. Pilih mod pembayaran (perbankan internet, kad kredit dan lain-lain)
  13. Klik butang “Pay”
  14. Semak jumlah bayaran yang ingin dibuat
  15. Masukkan kod sekuriti dan klik butang “Continue”
  16. Satu “pop-up” akan muncul. Semak butiran pembayaran dan klik “Continue” untuk meneruskan bayaran
  17. Lengkapkan proses pembayaran. Sekiranya menggunakan perbankan internet, anda akan dibawa ke laman web perbankan internet
  18. Resit akan terpapar sekiranya pembayaran diluluskan

Bayaran menggunakan Sarawak Pay

Sarawak Pay merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi memudahkan penduduk Sarawak khususnya membayar bil dan membuat pebelian secara dalam talian.

Untuk menjelaskan bil air JBALB, ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi melalui Google Play Store atau Apple’s App Store
  2. Buka aplikasi dan log masuk akaun PaybillsMalaysia anda
  3. Sekiranya anda untuk menambah nilai dompet anda, anda boleh menambah nilai melalui perbankan dalam talian atau kad debit/kredit
  4. Dalam aplikasi, anda boleh menyemak bil JBALB
  5. Anda juga boleh membuat pembayaran bil JBALB (dan pelbagai bil lain) menggunakan dompet Sarawak Pay atau bayar terus menggunakan kad debit/kredit
  6. Anda boleh menyemak bil-bil yang pernah dijelaskan pada halaman History.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!