eMunakahat Sarawak : Permohonan & Borang Nikah Online

Perkhidmatan eMunakahat Sarawak disediakan melalui laman Khidmat Isla Sarawak (KISWA) bagi pasangan Islam di Sarawak yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Selain itu, perkhidmatan portal eMunakahat Sarawak ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian lain.

Artikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online

Senarai Perkhidmatan eMunakahat Sarawak

Melalui laman web ini, pengguna boleh membuat permohonan untuk pelbagai urusan antaranya:

  1. Permohonan Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan – Kursus persediaan bagi pasangan yang ingin berkahwin yang mengandungi modul yang komprehensif.
  2. Permohonan Nikah – Permohonan kebenaran berkahwin sebelum suatu perkahwinan hendak dilangsungkan hendaklah diperolehi. 
  3. Permohonan Daftar Nikah Luar Negeri – Setiap perkahwinan yang telah diakad nikah hendaklah di daftar di bawah Ordinan Undang Undang Keluarga Islam 2001. Oleh yang demikian perkahwinan yang telah di akad nikah di luar negeri atau perkahwinan terdahulu hendaklah didaftarkan melalui permohonan ini. 
  4. Permohonan Kad Perakuan Nikah – Permohonan untuk mendapatkan Kad Perakuan Nikah setelah memperolehi Surat Perakuan Nikah. Pemohon hendaklah mendaftar perkahwinan dibawah Ordinan Undang Undang Keluarga Islam 2001 untuk membolehkan pemohon memohon kad perakuan nikah.M
  5. Permohonan Khidmat Nasihat – Permohonan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling profesional dalam menangani, mendepani dan menyelesaikan isu-isu berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan.
  6. Permohonan Pendaftaran Perceraian & Pembatalan Nikah – Urusan pendaftaran perceraian setelah mendapat perintah untuk mendafttarkan perceraian diperolehi daripada Mahkamah Syariah
  7. Permohonan Ruju’
  8. Permohonan Gantian Surat Nikah, Cerai dan Ruju’

Artikel berkaitan: Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri Di Malaysia

Borang Nikah Online

Bagi pasangan yang ingin berkahwin, anda boleh melengkapkan permohonan nikah di terus di eMunakahat Sarawak di alamat https://kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/?service_id=1

  1. Log masuk dengan SarawakID anda
  2. Pilih jenis permohonan
  3. Lengkapkan borang nikah dengan maklumat peribadi diri dan pasangan.
  4. Sediakan dokumen lampiran berdasarkan senarai semak yang ditetapkan
  5. Tekan butang Simpan dan Hantar
  6. Cetak dan tandatangan borang permohonan untuk dikumpulkan bersama dokumen lampiran lain
  7. Hadir ke pejabat agam dengan membawa dokumen lampiran asal bagi tujuan pengesahan permohonan
  8. Membuat pembayaran bagi pengeluaran borang kebenaran berkahwin

Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 180 hari dari tarikh cadangan akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.

Nota: Akaun SarawakID merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke aplikasi SarawakPay, eRecruitment dan portal kerajaan Sarawak yang lain.

Kad Perakuan Nikah Sarawak

Now Sarawak dah boleh apply kad nikah untuk pengantin beragama Islam. Tak perlu lagi gunakan sijil sebesar A4 – lebih mudah nak dibawa ke mana-mana kan?

Nak memohon kena daftar akaun Sarawak ID dulu untuk memudahkan urusan online berkaitan Sarawak.

Cara-caranya seperti berikut:

eMunakahat Sarawak nikah

1. Login ke page Khidmat Islam Sarawak (KISWA):

https://kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/…

2. Login menggunakan Sarawak ID

https://sarawakid.sarawak.gov.my/

eMunakahat Sarawak

3. Isi maklumat sikit & attach gambar.

Pilih perkhidmatan – Munakahat. Lepas tu pilih permohonan kad nikah.

4. Simpan & hantar.

eMunakahat Sarawak

5. Tunggu e-mel makluman permohonan dah berjaya.

6. Pergi opis & jangan lupa bawa salinan yang diperlukan. (Rujuk slip hadir ke pejabat)

Rujukan:

1.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1946578282140193&id=1247686682029360

2.https://www.facebook.com/449321305262048/posts/1421702771357225/

3.https://www.facebook.com/449321305262048/posts/1435075186686650/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!