e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online

Ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan sudah mewujudkan portal e-syariah iaitu satu pangkalan data mengenai status perkahwinan dan penceraian seseorang individu.

Laman ini juga berguna sekiranya anda ingin menyemak dahulu status sebenar calon pasangan anda sama ada sudah berkahwin atau tidak.

Dengan e-syariah, maka seseorang individu lelaki beragama Islam tidak lagi boleh membuat helah masih solo/duda untuk berkahwin lain dengan sewenang-wenangnya.

Untuk menikmati kemudahan yang disediakan dalam portal ini, anda perlulah membuat pendaftaran keahlian terlebih dahulu.

Perkhidmatan percuma untuk ahli

e-syariah

Sebagai pengguna portal, anda akan menikmati perkhidmatan berikut secara percuma:

  • Pra-Pendaftaran Dalam Talian.
  • Langganan Surat Berita E-Syariah.
  • Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Pendakwa Syarie boleh menyemak status kes di seluruh Negara dalam talian.

Semakan status di e-Syariah

Semua orang Islam yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang di Malaysia boleh mendaftarkan permohonan dan tuntutan di mana-mmana Mahkamah Syariah tempat mereka bermastautin.

Untuk melakukan semakan status perkahwinan, layari portal e-Syariah di alamat http://www.esyariah.gov.my/.

Semakan boleh dibuat dengan memasukkan maklumat nombor kad pengenalan dan maklumat perkahwinan atau penceraian seseorang individu tersebut akan dipaparkan dalam laman porrtal ini.

Untuk makluman, segala maklumat yang dipaparkan dalam laman ini diperolehi daripada kesemua Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).

Perkhidmatan atas talian untuk orang awam

Bagi orang awam, laman e-Syariah menyediakan pelbagai kemudahan atas talian untuk anda antaranya:

  1. Semakan kes
  2. Carian Peguam Syarie
  3. Maklumat Peguam Syarie
  4. Permohoonan Peguam Syarie
  5. Permohonan Peguam Syarie dengan Pembayaran

Soal-jawab perkahwinan

Laman ini juga menyediakan beberapa soal-jawab ringkas beberapa isu penting antaranya:

  1. Perceraian
  2. Perkahwinan
  3. Fasakh
  4. Li’an
  5. Hadhanah
  6. Faraid
  7. Mutaah
  8. Umum

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai topik-topik di atas, anda boleh melayari halaman Soalan Lazim.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi terus pihak pengedali portal e-Syarah melalui salah-satu kaedah berikut:

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
Telefon: 03-8887 9200
Faks: 03-8887 9500

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!