Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri Di Malaysia

Kini lebih mudah kerana pasangan yang ingin membina rumah tangga boleh menghadiri kursus kahwin online sahaja tanpa perlu menghadiri kelas secara bersemuka.

Bagi pasangan yang pertama kali ingin berkahwin, mereka diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bagi perkahwinan kedua dan seterusnya, seseorang individu itu tidak lagi perlu menghadiri kursus perkahwinan.

Sijil kursus perkahwinan ini diperlukan apabila menghantar dokumen permohonan perkahwinan kepada pejabat agama Islam daerah masing-masing.

Disarankan untuk menghadiri kursus perkahwinan awal dan tidak menunggu di saat akhir kerana dikhuatiri tiada kekosongan untuk anda.

Malah, sekiranya anda masih belum mempunyai calon pasangan sekalipun, anda sudah boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil kursus yang diperlukan untuk memohon pendaftaran perkahwinan kelak.

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysim (SPPIM)

kursus kahwin online

Kini, JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.

Laman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my/sppim/home

Melalui laman web ini, setiap individu boleh membuat carian kursus pra-perkahwinan mengikut lokasi masing-masing.

Harap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda berasal dari Perlis tetapi kini bekerja di Kuala Lumpur, maka anda mesti mendaftarkan kursus perkahwinan untuk negeri Perlis sekiranya merancang untuk bernikah di Perlis.

Panduan daftar kursus kahwin melalui SPPIM

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan kursus perkahwinan anda:

  1. Layari laman SPPIM di pautan https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
  2. Klik butang “Daftar Kursus”
  3. Lakukan carian mengikut kriteria berikut:
    • Negeri
    • Daerah
    • Penganjur
    • Tarikh kursus
  4. Pilih tempat dan lokasi kursus berdasarkan hasil carian yang dipaparkan
  5. Teruskan pendaftaran dengan memasukkan maklumat yang tepat mengenai diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, emel, nombor telefon dan sebagainya
  6. Klik pada kota perakuan yang mengatakan anda bersetuju dengan syarat dan terma
  7. Setelah berjaya, satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.

Pastikan anda menghadiri kesemua modul dan bahagian dalam kursus perkahwinan yang didaftarkan bagi membolehkan anda lulus dan layak mendapat sijil kursus pra-perkahwinan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!