e-Qaryah : Permohonan Nikah Kelantan & Borang Online

e-Qaryah merupakan sebuah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Pembinaan portal e-Qaryah ini selari dengan kemajuan teknologi masa kini yang membolehkan rakyat Kelantan membuat urusan permohonan perkahwinan secara dalam talian yang ternyata lebih mudah berbanding kaedah konvensional.

Sistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan.

Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim.

Perkhidmatan e-Qaryah

Portal ini menyediakan 2 kemudahan utama seperti yang berikut:

  1. Pendaftaran Anak Mukim – Pengesahan anak mukim melalui sistem ini untuk mendapat kemudahan yang ditawarkan
  2. Permohonan Berkahwin – Permohonan berkahwin bagi Negeri Kelantan secara atas talian
  3. Semakan Pengesahan Status Anak mukim
  4. Semakan Status Permohonan Berkahwin

Kesemua urusan ini boleh dilakukan secara dalam talian di portal e-Qaryah dengan melayari https://eqaryah.kelantan.gov.my/

Artikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online

Cara Pendaftaran Anak Mukim

Untuk mendaftarkan nama anda sebagai Anak Mukim, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pada halaman utama, klik pada “Pendaftaran Anak Mukim”
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Pilih borang pendaftaran – Ketua Keluarga / Ahli Keluarga
  4. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan terlebih dahulu
  5. Sekiranya nama anda belum terdapat dalam sistem, lengkapkan segala butiran yang diminta untuk melengkapkan pendaftaran

Cara Permohonan Berkahwin

  1. Pada halaman utama, klik pada “Permohonan Berkahwin”
  2. Sila baca dengan teliti segala prosedur dan lengkapkan dokumen sokongan yang disenaraikan
  3. Klik butang “Teruskan” pada bahagian bawah halaman
  4. Lengkapkan permohonan berkahwin anda dengan mengisi segala butiran yang diminta dan lampirkan kesemua dokumen sokongan yang disenaraikan

Peraturan Am

  • Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.
  • Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
  • Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.
  • Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-
    • Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
    • Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
    • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.
    • Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut dengan 2 SALINAN:-

Artikel berkaitan: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera

TUTORIAL VIDEO

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segala perkhidmatan yang disediakan melalui portal e-Qaryah, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas seperti yang berikut:

Alamat:
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7443633
Faks: 09-7446685
Email: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!