e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: Fungsi & Cara Daftar Akaun

e-lembaga peperiksaan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (atau e-LPM/eLP) ialah platform digital rasmi di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Portal ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://elp.moe.gov.my/auth/login.

Fungsi utama e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (e-LPM/eLP) ialah menjadi hab digital untuk memudahkan semua urusan peperiksaan secara dalam talian, menggantikan proses manual yang memakan masa.

Di sini dikongsikan cara untuk calon-calon mendaftar aplikasi eLembaga Peperiksaan dan membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan dan semakan keputusan peperiksaan.

Apa Itu e-Lembaga Peperiksaan Malaysia?

e-Lembaga Peperiksaan (eLP) adalah platform digital rasmi di bawah Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibangunkan untuk memudahkan calon dan orang awam menguruskan hal-hal berkaitan peperiksaan kebangsaan secara dalam talian.

Sistem ini boleh dicapai melalui Portal Rasmi eLP atau aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau App Store.

    Fungsi e-LPM

    Portal dan aplikasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan digital penting, seperti:

    FungsiPenerangan
    1. Pendaftaran Peperiksaan OnlineDaftar SPM, STPM, UPSR, dan peperiksaan persendirian tanpa perlu ke sekolah atau pejabat pendidikan
    2. Semakan KeputusanSemak keputusan UPSR, PT3, SPM, SPMU, STPM secara real-time dengan masukkan nombor kad pengenalan & angka giliran
    3. Muat Turun Slip PeperiksaanTukar download slip peperiksaan terus selepas diumumkan, tanpa tunggu surat pos
    4. Permohonan Salinan SijilMohon sijil pengganti jika asal hilang/rosak (SPM, PMR, SRP, LCE, MCE) secara online, sijil dihantar pos
    5. Penyemakan Semula KeputusanAjukan permohonan semak semula keputusan peperiksaan
    6. Perkhidmatan Terjemahan SijilMohon terjemahan sijil peperiksaan ke bahasaInggeris/bahasa lain
    7. Pengesahan DokumenSahkan keaslian sijil atau keputusan peperiksaan melalui sistem digital yang selamat
    8. Semakan Status PermohonanSemak status permohonan secara real-time (contoh: status permohonan salinan sijil)
    9. Muat Turun Dokumen PeperiksaanStatistik, jadual peperiksaan, garis panduan, peraturan, dan bahan rujukan lain
    10. Maklumat TerkiniAkses berita rasmi, tarikh penting, format peperiksaan, perubahan dasar, dan notifikasi

    Cara Daftar Akaun e-Lembaga Peperiksaan (eLP)

    Untuk mengetahui cara daftar akaun dan log masuk e-Lembaga Peperiksaan (eLP),sila ikuti langkah berikut:

    LANGKAH 1: Sila ke laman web e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login

    LANGKAH 2: Klik pada bahagian Daftar Akaun.

    sijil hilang

    LANGKAH 3: Isi maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan. Selesai isi, klik butang Daftar.

    LANGKAH 4: Anda akan terima notifikasi seperti di bawah setelah PENDAFTARAN BERJAYA. Klik OK.

    sijil SPM hilang

    LANGKAH 5: Semak emel dan klik pada link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.

    Anda akan menerima emel seperti dalam gambar di bawah:

    e-lembaga peperiksaan sijil hilang

    LANGKAH 6: Sekarang pergi semula ke Portal Lembaga Peperiksaan dan log masuk menggunakan e-mail dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

    e-lembaga peperiksaan

    Muat Turun Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (eLP)

    Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (eLP) boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi rasmi mengikut jenis peranti anda:

    Pastikan anda memuat turun aplikasi versi terkini (contohnya versi 1.9.0 atau ke atas) untuk kelancaran fungsi permohonan dan semakan.

    Cara Semak Keputusan Peperiksaan Melalui eLP

    Semakan keputusan peperiksaan melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan (eLP) boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal web atau aplikasi mudah alih.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:

    Melalui Portal Rasmi eLP

    1. Layari Portal Rasmi eLP.
    2. Log Masuk: Masukkan e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Jika belum mempunyai akaun, anda perlu klik “Daftar Akaun” terlebih dahulu.
    3. Pilih Menu: Cari dan klik pada menu “Perkhidmatan” atau terus ke modul “Semakan Keputusan”.
    4. Masukkan Butiran: Pilih jenis peperiksaan (contohnya SPM), tahun peperiksaan, dan masukkan Nombor Kad Pengenalan serta Angka Giliran anda.
    5. Paparan Keputusan: Klik butang semak untuk melihat ringkasan keputusan anda.

    Melalui Aplikasi Mudah Alih eLP

    1. Buka aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang telah dimuat turun di telefon pintar anda.
    2. Log masuk menggunakan akaun yang sah.Pilih “Modul Semakan Keputusan Peperiksaan”.
    3. Masukkan maklumat yang diminta (No. KP dan Angka Giliran) untuk melihat slip keputusan.

    NOTA: Perkhidmatan semakan keputusan secara langsung hanya tersedia dalam tempoh tertentu selepas pengumuman rasmi peperiksaan (seperti SPM atau STAM) oleh KPM.

    Peperiksaan yang Boleh Disemak/Diurus melalui e-LP

    Sistem e-Lembaga Peperiksaan (eLP) membolehkan anda menguruskan pelbagai jenis peperiksaan kebangsaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

    Secara umumnya, peperiksaan ini terbahagi kepada dua kategori: peperiksaan semasa (untuk semakan keputusan) dan peperiksaan terdahulu (untuk permohonan salinan sijil).

    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Semakan keputusan, penyemakan semula, dan salinan sijil.
    • SPM Ulangan (SPMU): Semakan keputusan dan permohonan salinan sijil.
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Semakan keputusan dan permohonan salinan sijil.
    • Peperiksaan Terdahulu (Dokumen lama): LCE (Lower Certificate of Education), SRP (Sijil Rendah Pelajaran), PMR (Penilaian Menengah Rendah), dan MCE (Malaysian Certificate of Education).

      Cara Mohon Salinan Sijl SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL yang Hilang/ Rosak Melalui e-Lembaga Peperiksaan

      Untuk mendapatkan salinan bagi sijil peperiksaan seperti SPM, PMR, SRP dan lain-lain, anda juga boleh mohon secara online saja di Portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP).

      Di sini kami kongsikan caranya step-by-step untuk makluman bersama ok. Mudah je…

      LANGKAH 1

      Bila dah boleh login lepas daftar, inilah paparan di halaman utama.

      Bagi yang nak memohon salinan sijil SPM yang hilang tu, boleh klik pada ikon Salinan Keputusan.

      e-lembaga peperiksaan

      LANGKAH 2

      Klik pada simbol + untuk memulakan permohonan.

      sijil SPM hilang

      LANGKAH 3

      Pilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan.

      e-lembaga peperiksaan sijil hilang

      Skrol ke bawah dan tekan butang Cari.

      e-lembaga peperiksaan

      LANGKAH 4

      Semak dan sahkan maklumat.

      Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.

      Dekat sini anda perlu masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.

      e-lembaga peperiksaan sijil hilang

      LANGKAH 5

      Dah siap check dan isi, sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.

      Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan, dan tambahan RM10.00 bagi yang memilih kaedah kiriman pos untuk dapatkan salinan sijil terus ke rumah anda!

      Dah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.

      Selesai!

      Baca juga: Perkhidmatan Patching Sijil SPM – Lembaga Peperiksaan Malaysia

      Cara Mohon Sijil SPM Hilang/RosaK Secara Manual (Kaunter/Pos)

      Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh juga dibuat secara manual melalui 3 cara iaitu:

      I) Secara Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP)

      Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

      II) Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)

      Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).

      Permohonan Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan

      III) Permohonan Melalui Pos

      Pemohon boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

      Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.

      Borang Permohonan Manual

      Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil, LP Putrajaya atau boleh dimuat turun di pautan berikut:

      Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA”.

      Cek persendirian tidak diterima.

      Caj Yang Dikenakan Bagi Setiap Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan

      Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan.

      Bagi permohonan online, anda boleh memilih sama ada untuk menerima salinan sijil melalui pos atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Peperiksaan terdekat.

      Wang pos sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi kiriman pos.

      Bayaran boleh dibuat secara online, wang tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”. Cek persendirian tidak diterima.

      Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

      Baca juga: SePKM : Cara Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM

      Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil Peperiksaan

      Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
      • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
      • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
      • Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja

      BACA JUGA: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2025

      Maklumat Lanjut e-Lembaga Peperiksaan (eLP)

      Untuk info lanjut berkenaan peperiksaan, sila rujuk laman web rasmi

      Soalan Lazim e-Lembaga Peperiksaan (eLP)

      Apa Itu e-Lembaga Peperiksaan (eL)

      e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (atau e-LPM/eLP) ialah platform digital rasmi di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

      Peperiksaan apa yang boleh disemak melalui e-LP?

      Calon boleh menyemak keputusan bagi kebanyakan peperiksaan utama kendalian Lembaga Peperiksaan (LP) seperti SPM, STAM, SPMU, dan peperiksaan lama seperti PMR, SRP, atau LCE untuk permohonan salinan sijil.

      Bolehkah saya memohon penyemakan semula keputusan SPM melalui e-LP?

      Ya, permohonan penyemakan semula (termasuk Kes “T”) bagi peperiksaan seperti SPM boleh dibuat melalui Portal eLP atau aplikasi mudah alih dalam tempoh 30 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.

      Bagaimana jika saya kehilangan sijil asal SPM?

      Anda boleh memohon salinan pernyataan keputusan melalui menu “Salinan Keputusan” di dalam e-LP dengan membayar kadar bayaran yang ditetapkan.

      Adakah saya perlu mendaftar akaun baru untuk log masuk eLP?

      Ya, pengguna perlu mendaftar akaun menggunakan nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi yang sah sebelum boleh mengakses perkhidmatan penuh di Pautan Log Masuk eLP.

      Apa perlu buat jika lupa kata laluan?

      Anda boleh menggunakan fungsi “Lupa Kata Laluan?” di halaman log masuk portal atau aplikasi untuk menetapkan semula kata laluan melalui e-mel yang didaftarkan.

      Adakah permohonan melalui eLP memerlukan bayaran?

      Bergantung kepada jenis perkhidmatan. Semakan keputusan adalah percuma, manakala permohonan salinan sijil dan penyemakan semula keputusan tertakluk kepada caj tertentu.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut