Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2025

maksud semakan semula keputusan spm 2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Calon Tahun 2025 boleh dilakukan dalam tempoh 30 hari mulai dari tarikh pengumuman rasmi keputusan iaitu pada 31 Mac 2026 sehingga 29 April 2026. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian di elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP).

Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 31 Mac 2026, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2025 anda.

Rujuk info penuh permohonan semak semula keputusan SPM bagi calon tahun 2025 di bawah.

semakan semula keputusan spm 2025 2026

Apa itu Permohonan Semak Semula Keputusan SPM?

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM ialah proses rasmi untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memohon agar skrip jawapan mereka disemak semula oleh pemeriksa jika mereka merasakan keputusan yang diterima mungkin tidak tepat.

Pelajar dan ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan SPM 2025 yang telah pun diumumkan itu, boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui permohonan semakan semula secara dalam talian di portal e-Lembaga Peperiksaan

semak semula keputusan spm

Tempoh Permohonan

Permohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan, iaitu : 31 Mac 2026 sehingga 29 April 2026.

Bayaran

Bayaran semak semula keputusan SPM ialah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

Permohonan dilakukan secara atas talian melalui portal e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) atau aplikasi e-LP dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan.

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM

Menurut Kementerian Pendidikan, keputusan anda boleh disemak semula sekiranya perlu.

Pelajar dan ibubapa boleh mengikut langkah yang dikongsikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah:

semak semula keputusan spm
Sumber: Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi

PANDUAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan melalui langkah berikut:

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Pendaftaran Akaun:
    • Pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan maklumat yang betul dan tepat.
  3. Permohonan Penyemakan:
    • Pilih menu “Semak Semula” untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan.
    • Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.
semak semula keputusan spm
Log masuk ke Portal Lembaga Peperiksaan (https://elp.moe.gov.my/)
semak semula keputusan spm
Klik pada ikon ‘Semak Semula’ seperti dalam paparan di atas.
semak semula keputusan spm
Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang disediakan.
semak semula keputusan spm
Teruskan proses pembayaran dan tunggu keputusan semakan. Kadar bayaran adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

Sila rujuk video :

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

TARIKH SEMAK KEPUTUSAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Setelah membuat permohonan semakan semula, keputusan lazimnya akan diumumkan dalam tempoh DUA BULAN. Semakan keputusan semakan semula boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Semakan Status Permohonan:
    • Pilih menu “Semak Status” untuk:
      • Menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau
      • Menyemak keputusan KEKAL atau BERUBAH.
Contoh keputusan SPM yang berubah selepas semakan

Maksud Tafsiran Keputusan Semakan Semula SPM

Maksud tafsiran keputusan semakan semula keputusan SPM adalah seperti berikut :

  1. Berubah = Berubah gred
  2. Kekal = Tiada perubahan Gred
  3. Sedang diproses = Pemeriksaan semak semula sedang dijalankan
maksud semakan semula keputusan spm 2025

NOTA:

  • Sekiranya keputusan penyemakan adalah KEKAL, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
  • Sekiranya keputusan penyemakan adalah BERUBAH, tindakan berikut perlu diambil:
    • Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
    • Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
semak semula keputusan spm

Peraturan & Manual Panduan / Semakan Semula Keputusan SPM 2025

Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan merujuk proses kerja yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sekiranya terdapat permohonan daripada calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan tahun semasa. Permohonan penyemakan semula ini terbahagi kepada 2 bahagian seperti yang berikut:
a) penyemakan semula gred keputusan bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan, dan
b) penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’.

A. PENYEMAKAN SEMULA GRED KEPUTUSAN BAGI SETIAP MATA PELAJARAN YANG DIDAFTARKAN

Calon boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari mulai 31 Mac 2026 hingga 29 April 2026.

Bayaran dikenakan RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian di sesawang elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP):
i. pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah mendaftar dengan maklumat yang betul dan tepat.
ii. pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan.
iii. pilih menu Semak Status untuk:
a) menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat, atau
b) menyemak keputusan KEKAL/BERUBAH.

Sekiranya pemohon memperoleh keputusan KEKAL, slip keputusan peperiksaan yang sedia ada terpakai.

Sekiranya pemohon memperoleh keputusan BERUBAH:
i. calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
ii. calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.

PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KES ‘T’

Calon yang memperoleh keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dalam tempoh 30 hari mulai 31 Mac 2026 hingga 29 April 2026.

Peringatan:
Calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/Ujian Amali Sains/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut (sekiranya berkenaan).

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ dibuat sepenuhnya secara dalam talian di sesawang elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP):
i. pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah
mendaftar dengan maklumat yang betul dan tepat.
ii. pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan.
iii. pilih menu Semak Status untuk:
a) menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat, atau
b) menyemak keputusan permohonan.

Bayaran dikenakan RM100.00 bagi setiap mata pelajaran. Bayaran akan dikembalikan jika keputusan BERUBAH.

Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan:
i. melayari portal rasmi LP di sesawang https://lp.moe.gov.my.
ii. merujuk manual e-LP.
iii. menghantar e-mel kepada [email protected], atau
iv. menghubungi talian 03-88843785/3787/3365/3260/3443/3439 mengikut
waktu operasi berikut:
Isnin hingga Khamis 8:15 pagi hingga 4:30 petang
Jumaat 8:15 pagi hingga 12:00 tengah hari,
2:45 petang hingga 4:30 petang

Apa Perlu Buat Jika Keputusan Berubah?

Keputusan permohonan penyemakan semula peperiksaan akan dimaklumkan melalui 2 kaedah berikut:
i. pemberitahuan melalui e-mel, dan
ii. secara dalam talian melalui aplikasi e-LP.

Jika penyemakan semula keputusan peperiksaan didapati BERUBAH, tindakan calon adalah seperti berikut:
i. calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu melalui sekolah masing-masing, atau
ii. calon persendirian boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
*Tambahan : Jika keputusan melibatkan syarat yang mencukupkan calon untuk memohon sesuatu kursus,. tapi tidak keluar dalam senarai, anda boleh menghubungi UPU. Minta mereka buka tapisan tu supaya calon boleh memohon dengan keputusan yang terkini.
Jika tidak melibatkan syarat, keputusan tersebut lazimnya akan dikemaskini secara automatik. Namun anda boleh juga memaklumkan pihak UPU di bagaian maklumbalas seperti pada paparan yang tertera di bawah.

Keputusan Boleh Naik Atau Kekal Sahaja, Tak Akan Turun

Ada yang bertanya, kalau check semula tapi markah lebih rendah macam mana? Takut pula nak semak semula.

Sebenarnya, dah dijelaskan bahawa keputusan peperiksaan yang disemak semula hanya akan KEKAL atau NAIK sahaja.

Jadi, tak perlu risau jika anda membuat permohonan semakan semula.

Pengalaman Ibu Ayah Semak Semula Keputusan SPM

Ramai juga nak tahu, adakah potensi untuk tukar gred tu ada? Atau sangat jarang berlaku?

Di sini kami kongsikan perkongsian di sosial media oleh ibu bapa yang pernah membuat permohonan untuk semakan semula keputusan SPM pada tahun-tahun lepas. Rata-rata, mereka mengatakan bahawa peluang untuk naik gred memang ada. Jadi, kalau tidak menyusahkan, tak salah untuk mencuba.

Ini contoh satu posting yang dibuat dalam group Halatuju Pendidikan Selepas SPM

Anda boleh baca komen-komen yang reply dalam posting tersebut. Ada yang jawab dapat naik gred, dan ada yang jawab keputusannya kekal.

Anda boleh baca perkongsian tersebut di Facebook melalui link berikut : https://www.facebook.com/groups/174323522608658/?multi_permalinks=35092051147075784&hoisted_section_header_type=recently_seen

Semoga info dan perkongsian ini membantu!

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Semak Semula Keputusan SPM 2025

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

  • Portal rasmi LP di sesawang https://lp.moe.gov.my.
  • Menghantar e-mel kepada [email protected], atau
  • Menghubungi talian 03-88843785/3787/3365/3260/3443/3439 mengikut
  • Waktu operasi berikut:
    • Isnin hingga Khamis 8:15 pagi hingga 4:30 petang
    • Jumaat 8:15 pagi hingga 12:00 tengah hari,
    • 2:45 petang hingga 4:30 petang

Bagi anda yang pertama kali mendaftar sebagai pengguna di laman web Lembaga Peperiksaan atau menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan, sila rujuk : e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Jadual & Sijil

Bagaimanakah cara untuk memohon semak semula keputusan SPM 2025?

Permohonan kini dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) di elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun di Apple Apps Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.semakan semula keputusan spm 2025 2026

Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2025?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah calon
tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.

Berapakah tempoh masa permohonan?

Permohonan dibuka selama 30 hari bermula dari tarikh keputusan SPM diumumkan (31 Mac 2026 sehingga 29 April 2026). Selepas tempoh ini, sistem akan ditutup dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Adakah permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan ini dikenakan bayaran? Jika ada, berapa jumlahnya?

Ya. Kadar bayaran bagi penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

Adakah permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ akan dikenakan bayaran?

Ya. Kadar bayaran bagi penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap mata pelajaran. Namun, untuk Kes ‘T’, bayaran akan
dikembalikan jika keputusan BERUBAH.

Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ bagi Peperiksaan SPM Tahun 2025?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ adalah calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/ Ujian Amali Sains/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut (sekiranya berkenaan) tetapi memperolehi gred ‘T’ bagi mata pelajaran tersebut.

Bilakah keputusan semak semula akan diumumkan?

Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan (60 hari) selepas tarikh tutup permohonan. Anda boleh menyemak status tersebut di portal yang sama menggunakan nombor kad pengenalan dan angka giliran.

Adakah saya akan mendapat sijil baharu jika gred berubah?

Ya. Jika terdapat perubahan gred, anda dikehendaki memulangkan slip keputusan asal kepada JPN atau Lembaga Peperiksaan, dan sijil SPM yang baharu akan dicetak mengikut gred terkini.

Boleh semak semua subjek sekali gus?

Ya, calon boleh memilih:
– Satu subjek sahaja
– Atau beberapa subjek mengikut keperluan

Adakah bayaran akan dipulangkan jika tiada perubahan?

Tidak. Bayaran tidak akan dikembalikan walaupun keputusan kekal sama.

Patutkah saya mohon semak semula?

Sesuai jika:
– Anda yakin jawapan anda betul tetapi markah rendah
– Perlukan peningkatan gred untuk sambung belajar

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: