SePKM : Cara Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM

SePKM dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seiringin dengan kemajuan teknologi dan merupakan salah satu rancangan kerajaan dalam “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia”.

Dengan kewujudan portal SePKM ini, segala data mengenai murid di Malaysia dapat dikumpul dan diakses oleh kesemua pihak yang memerlukannya untuk membuat penilaian terhadap mereka.

Kewujudan sistem e-profil berkangkalan ini juga selaras dengan kemajuan teknologi dimana segalanya boleh dilakukan secara dalam talian atau online sahaha walau dimana-mana sahaja.

Apa itu SePKM?

SePKM merupakan akronim atau singkatan bagai Sistem e-Profil kerjaya Murid yang berperanan untuk memantau perkembangan pelajar lepasan SPM secara dalam talian.

Melalui portal atau sistem ini, kerajaan boleh mengumpulkan data rasmi mengenai keperibadian personaliti dan minat kerjaya pelajar.

Sistem ini awalnya bermula daripada sistem e Perkhidmatan Kaunseling Murid yang merupakan inisiatif daripada pihak sekolah, sebelum ianya diperluaskan kepada lebih ramai pihak agar mendapat manfaatnya.

Bagi mengetahui fungsi utama portal ini, teruskan bacaan di bawah.

Objektif dan tujuan

sepkm

Terdapat beberapa objektif mengapa pihak KPM mewujudkan portal e-Profil pelajar ini antaranya:

  • Memudahkan guru pembimbing atau kaunselor mengakses maklumat pelajar, seterusnya menjimatkan masa mereka membuat penilaian
  • Menyimpan rekod perundingan secara dalam talian, seterusnya memudahkan ianya diakses
  • Memudahkan proses menganalisis data dengan cepat dan tepat
  • Rekod yang disimpan dapat digunakan untuk tindakan susulan yang lebih sistematik dan berkesan
  • Merancangan operasi berdasarkan data dalam sistem

Kategori pengguna SePKM

Secara umumnya terdapat tiga kategori pengguna bagi portal ini, seperti yang berikut:

  1. KPM/JPN/PPD
  2. Guru Kaunseling
  3. Murid

Cara login

Sekiranya anda merupakan salah satu pihak daripada kategori yang dinyatakan di atas, maka anda boleh terus log masuk ke akaun anda dengan cara yang berikut:

  1. Layari portal ini di alamat https://epkm.moe.gov.my/
  2. Bagi murid atau pelajar, klik pada pilihan “Pelajar” dan masukkan No. Kad Pengenalan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!