Sumbangan Asas Rahmah @ SARA (duit bantuan one-off RM100) telah disalurkan kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas seperti mana pengumuman Perdana Menteri. Semakan status kelayakan boleh dibuat dengan menggunakan MyKad melalui Portal Rasmi SARA mulai 9 Februari 2026.
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, fungsi Touch ‘n Go pada MyKad TIDAK digunakan dalam proses pemberian SARA One-off RM100 dan duit bantuan juga TIDAK dimasukkan ke dalam MyKad.
Sebaliknya, MyKad hanya digunakan sebagai MEDIUM PENGESAHAN MAKLUMAT bagi mengesahkan sama ada individu tersebut merupakan penerima bantuan SARA atau tidak. Ia berfungsi untuk VERIFIKASI SAHAJA, bukan untuk menyimpan atau memindahkan wang.
Artikel ini akan membincangkan cara menyemak baki, menambah nilai, dan menebus bantuan SARA 2026 melalui MyKad anda.

Duit Dalam MyKad @ Bantuan SARA 2026
Bantuan SARA RM100 ‘One-Off’ – Bagaimana Tebus Duit Dalam MyKad?
Masih ramai yang keliru mengenai peranan MyKad dalam pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100.
Untuk makluman:
Duit bantuan TIDAK dimasukkan ke dalam MyKad
Fungsi Touch ‘n Go pada MyKad juga TIDAK digunakan dalam proses ini
MyKad hanya digunakan sebagai MEDIUM PENGESAHAN MAKLUMAT bagi mengesahkan sama ada individu tersebut merupakan penerima bantuan SARA atau tidak. Ia berfungsi untuk VERIFIKASI SAHAJA, bukan untuk menyimpan atau memindahkan wang.

AWAS PENIPUAN!
Jangan sesekali percaya jika ada pihak mendakwa mereka boleh keluarkan duit daripada MyKad anda. Sentiasa semak maklumat daripada sumber rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan atau agensi-agensi berkaitan.
Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKasih Menggunakan IC
Kerajaan telah menyalurkan Bantuan Asas Rahmah (SARA) kepada SEMUA rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa perlu permohonan – penerima yang layak akan menerimanya secara automatik!
Apa itu SARA? SARA ialah bantuan Sumbangan Asas Rahmah daripada Kerajaan yang membolehkan penerima menggunakan MyKad di kedai terpilih untuk membeli keperluan harian, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup.


Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Beras
- Buku
- Perubatan
- Penjagaan Mulut
- Pembersih Tandas
- Telur
- Pembersih Lantai
- Syampu
- Beg Sekolah
- Perasa
- Mee
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Biskut
- Minyak Masak
- Sabun Basuh Pinggan
- Makanan Sejuk Beku
- Roti
- Pencuci Badan
- Pencuci Pakaian
- Tepung
- Tuala Wanita
- Alat Tulis
- Seragam

NOTA: Penerima SARA UNTUK SEMUA adalah melibatkan SEMUA rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, manakala SARA STR adalah bagi penerima STR yang layak. Penerima SARA STR ini akan menerima bantuan secara bulanan, manakala SARA UNTUK SEMUA adalah bantuan secara one-off.
Bagi penerima SARA bulanan berstatus miskin tegar atau B40 dan M40 anda boleh semak kelayakan melalui pautan berikut: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus


Jika anda layak menerima bantuan tersebut, anda boleh membeli barangan melalui aplikasi MyKasih.
Rujuk infografik dan video di bawah untuk mengetahui kaedah pembelian dengan lebih lanjut.

Cara Tebus Duit Dalam MyKad (Bantuan SARA)
Langkah-langkah pembelian melalui Bantuan SARA One-off RM100 adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan anda
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan
- Tukar nombor pin. Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru
- Imbas kod barangan
- Bayar menggunakan MyKad. Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi.
- Simpan resit untuk semakan. Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Untuk menggunakan atau menebus wang dalam MyKad, anda hanya perlu membawa MyKad ke kedai yang terpilih. Sila rujuk : Kedai MyKasih Setiap Negeri 2026 (Senarai Lengkap)
Juruwang akan mengimbas kad pengenalan anda untuk menebus bantuan tersebut. Pastikan anda menggunakannya untuk memberi barangan keperluan dalam kategori yang dikhaskan. Sila rujuk : Senarai Barang MyKasih / Bantuan SARA RM100
Anda boleh membuat semakan baki melalui laman web atau aplikasi MyKasih.
Jumlah Duit Bantuan Dalam MyKad (MyKasih)
Sempena Hari Kebangsaan, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 (one-off).
Pemberian menerusi MyKad mulai 9 Februari hingga 31 Disember 2026 untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai.

Selain itu amaun kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau Bantuan SARA bagi tahun 2026 adalah RM100 / RM50 / RM200 sebulan, mengikut kategori kelayakan.
Untuk makluman, wang bantuan ini dikreditkan secara bulanan pada setiap awal bulan bagi penerima STR yang layak.
Sila rujuk jadual di bawah:
| Kategori Penerima STR 2026 | Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih |
|---|---|---|
| Isi Rumah (Tiada had umur) | RM2,400 RM200/bulan (Januari-Disember) | RM1,200 RM100/bulan (Januari-Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 RM150/bulan (Januari-Disember) | RM600 RM50/bulan (Januari-Disember) |
| Bujang (21-59 tahun) | RM1,200 RM100/bulan (Januari-Disember) | RM600 RM50/bulan (Januari-Disember) |
diluluskan
Jadual bayaran SARA adalah seperti dalam jadual di bawah:

Tarikh Akhir Tuntut Duit Dalam MyKad
Wang yang diberikan menerusi MyKad ini boleh dituntut sehingga 31 Disember 2026.
Sekiranya wang ini tidak dituntut, ia akan disalurkan kepada golongan rentan yang memerlukan menerusi program-program bantuan kerajaan.
Cara Semak Baki Duit TNG dalam MyKad
Selain membuat semakan bantuan, tahukah anda MyKad boleh digunakan sebagai kad Touch n Go (TNG).
Mengetahui baki semasa dalam MyKad adalah penting untuk memastikan kelancaran transaksi.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk menyemak baki:
1. Menggunakan Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Aplikasi TnG eWallet membolehkan pengguna menyemak baki duit dalam MyKad secara dalam talian. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Muat turun dan buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Klik pada ikon “TNG Card”.
- Pilih butang “Add New Card”.
- Masukkan nombor siri kad pengenalan (Nombor MFG) dan nama pengguna dengan betul.
- Klik butang “Submit”.
- Baki duit dalam Kad akan dipaparkan.
2. Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go
Kiosk TnG tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam. Untuk menyemak baki duit dalam Kad:
- Letakkan MyKad pada pengimbas di kiosk.
- Baki akan dipaparkan di skrin.
3. Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka
Beberapa stesen minyak dan kedai serbaneka menyediakan mesin tambah nilai yang juga memaparkan baki semasa duit dalam MyKad.
Semakan baki adalah percuma, sama ada melalui aplikasi, kiosk, atau laman web rasmi.
Artikel berkaitan: Kod No IC Ikut Negeri & Maksud Nombor Dalam MyKad
Cara Tambah Nilai TNG (Top-up)

Untuk memastikan duit dalam MyKad anda sentiasa mencukupi, berikut adalah cara-cara untuk menambah nilai:
1. Melalui Kedai Serbaneka atau Stesen Minyak
Anda boleh menambah nilai duit dalam MyKad di kedai serbaneka seperti 7-Eleven atau di stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
2. Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Selain menyemak baki, aplikasi TnG eWallet juga membolehkan pengguna menambah nilai secara dalam talian:
- Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Pilih butang “Reload”.
- Ikuti arahan untuk menambah nilai ke dalam MyKad.
Penutup
Dengan memahami dan memanfaatkan sepenuhnya fungsi MyKad, urusan harian dapat dijalankan dengan lebih mudah dan efisien.
Pastikan anda sentiasa menyemak dan menambah nilai baki duit dalam kad anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa transaksi.
Soalan Lazim – Duit Dalam Mykad/SARA
SARA adalah bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima SARA secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Setiap penerima layak menerima RM100 one-off untuk tahun 2026, dengan tempoh penggunaan dari 9 Februari hingga 31 Disember 2026. Isi rumah dengan beberapa penerima boleh menerima jumlah lebih tinggi secara kolektif.
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasar raya/kedai runcit yang terpilih dengan mengimbas barangan dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
Baki boleh disemak melalui portal rasmi SARA (https://sara.gov.my), aplikasi MyKasih, atau semakan resit pembelian.
Ya, pembelian lebih dari baki kredit MyKad perlu dibayar sendiri oleh penerima.
Ya, baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya tetapi akan luput selepas 31 Disember 2026.
Penerima perlu segera ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menggantikan MyKad baru.
Tidak, SARA hanya boleh digunakan oleh individu penerima dengan menggunakan MyKad mereka sendiri.
Duit dalam MyKad eWallet SARA adalah kredit bantuan barangan keperluan asas yang dikreditkan secara automatik ke dalam akaun elektronik yang dipautkan dengan MyKad penerima. Penerima boleh menggunakan duit ini untuk membeli barang keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit terpilih tanpa menggunakan wang tunai.
Anda boleh menyemak baki “wang” dalam MyKad dengan menggunakan aplikasi seperti T&G eWallet atau mesin kiosk Touch ‘n Go. Untuk bantuan SARA, baki boleh disemak melalui portal rasmi SARA (https://sara.gov.my), aplikasi MyKasih, atau semakan resit pembelian.
Baca juga:




