Banjir: Perodua Tawar Rebat, Diskaun & Pemeriksaan Kenderaan Percuma

Perodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat-syarat yang dikenakan.

Jika anda merupakan mangsa banjir yang beli kereta Perodua atau renew insurance dengan wakil sah Perodua, anda boleh tuntut elaun banjir RM1,000.

Khidmat Percuma Pasca Banjir Perodua

PERODUA menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk semua pemilik kenderaan jenamanya yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan Perodua boleh menuntut perkhidmatan tunda sehingga maksimum RM100 di cawangan servis Perodua berhampiran dengan terma dan syarat dikenakan.

“Walaupun beberapa pusat servis kami turut terjejas akibat banjir, pelanggan kami digalakkan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.”

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi kami (di kawasan terjejas) secepat mungkin,” tambahnya.

Selain itu, Perodua turut menawarkan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan yang rosak akibat banjir.

Baca juga:

“Alat ganti tulen PERODUA disertakan dengan waranti pengeluar dan pihak kami tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan,” kata Dato’ Zainal.

Ia termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, perapi pintu (door trims) dan permaidani.

“Pelanggan sangat penting bagi kami dan perkhidmatan nilai tambah ini disediakan untuk membantu meringankan sedikit beban yang terpaksa ditanggung pelanggan kami semasa bencana ini,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Sebagai tambahan, anda juga boleh membuat tuntutan RM1000 jika anda mempunyai insurans Perodua Total Protect Plus.

rebat perodua banjir

Maklumat Lanjut

Pelanggan yang terjejas banjir, boleh hubungi di talian bebas tol khidmat pelanggan PERODUA 1-800-88-6600 untuk bantuan.

Semoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan.

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web Perodua Malaysia atau Facebook Perodua di pautan berikut: https://www.facebook.com/Perodua/posts/4944013055617538

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!