Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

TERKINI: Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

ANDA TERKESAN DENGAN BANJIR?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 & RM5000 serta cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir Yang Diumumkan?

Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). 

Selain itu, bantuan RM5000 juga disediakan kepada pemilik rumah yang yang mengalami kerosakan akibat banjir / bencana alam.

BANTUAN PEMBAIKAN RUMAH (BPR) DENGAN NILAI KOS KEROSAKAN MAKSIMUM RM5000

Pemilik rumah perlu mengemukakan permohonan BPR maksimum RM5000 kepada Pengerusi JPBD dan proses verifikasi akan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) atau mana-mana agensi yang dilantik.

Jumlah sumbungan adalah tertakluk kepada nilai kerosakan rumah yang disahkan oleh pihak penilai dengan had maksimum sebanyak RM5000.

Sila rujuk kenyataan terkini oleh NADMA bertarikh seperti yang berikut:

Syarat Kelayakan

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Bagi KIR yang telah membawa keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pendaftaran BWI TIDAK PERLU DIBUAT kerana senarai nama pendaftaran di PPS akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.

Bagi KIR yang rumah terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dibuat menerusi ketua-ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah berhampiran lokasi anda.

Nota Makluman

  • Semua proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan & agihan BWI adalah di bawah tanggungjawap Pejabat Daerah/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD).
  • Peruntukan BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • NADMA tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan atau agihan BWI kepada KIR.
bantuan wang ihsan banjir

Jumlah Amaun Kelayakan

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

*Tiada permohonan secara online.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:

  1. Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  2. Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  3. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 KEPADA MANGSA YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA BANJIR

bantuan wang ihsan banjir rm1000
bantuan wang ihsan banjir rm1000

Untuk info lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:

bantuan wang ihsan banjir rm1000

Sumber : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Orang awam boleh merujuk Portal NADMA atau lampiran FAQ di bawah berkenaan BWI.

Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!