Dana PEMACU 2.0 MOSTI: Maksud, Fokus Bidang & Pembiayaan

dana pemacu 2.0
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Dana PEMACU 2.0 kini kembali untuk membantu usahawan teknologi dan penyelidik tempatan mengkomersialkan hasil R&D mereka dan permohonan boleh dibuat menerusi https: //sdb.mosti.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai dana ini.

Mengenai Dana PEMACU 2.0

PEMACU 2.0 merupakan Dana Pembiayaan R&D oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertujuan memartabatkan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara bagi menyokong pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif, selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.

Inisiatif ini memfokuskan kepada pemecutan pembangunan teknologi strategik ke arah pengkomersialan, serta menjana impak yang signifikan kepada industri dan kesejahteraan masyarakat.

Bidang keutamaan ini kemudiannya akan dipadankan dengan 10 pemacu sains dan teknologi (Science & Technolgy Drivers) seperti 5G/6G, blockchain, advance intelligence system dan lain-lain.

Penekanan akan diberikan kepada projek berbentuk pembangunan eksperimental yang bersifat praktikal dan spesifik serta memberi ruang kepada inovasi menuju ke tahap yang lebih cepat ke arah pengkomersialan.

Objektif Dana PEMACU 2.0

Objektif dana ini diwujudkan adalah untuk:

  • Menyediakan dana bagi membiayai projek-projek R&D yang menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju, pelan tindakan atau inisiatif Kerajaan.
  • ·Menyelesaikan masalah dalam bentuk teknologi, produk atau proses baharu yang berinovatif.
  • Mematangkan konsep reka bentuk teknologi, proses, atau produk sedia ada ke arah pengkomersialan
  • Memperkasakan ekosistem R&D melalui kolaborasi strategik antara GRI, IPT dan pihak industri.

Bidang Strategik Utama

Bidang strategik utama adalah seperti berikut:

  • Nuklear
  • Angkasa
  • Bioteknologi
  • Hidrogen
  • Bahan Termaju

Kategori Pemohon

Ketgori pemohon yang boleh memohon adalah seperti berikut:

  • Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Goverment Research Institutes (GRI)
  • Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • Syarikat Pemula (Startup)

Skim Pembiayaan Ditawarkan

Terdapat 2 skim pembiayaan yang ditawarkan iaitu:

i- Strategic Research Fund (SRF)

Jumlah Pembiayaan: RM10 juta
Tempoh Pembiayaan: 36 bulan

ii- Technology Development Fund (TeD)

Jumlah Pembiayaan: RM4 juta
Tempoh Pembiayaan: 36 bulan

Kriteria utama projek ialah projek mesti mencapai sekurang-kurangnya Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) 4 (mempunyai bukti konsep atau prototaip berfungsi)

Pemohon dari IPT dan GRI wajib berkolaborasi dengan PKS atau Syarikat Pemula Pemohon dari PKS dan Syarikat Pemula digalakkan berkolaborasi dengan IPT atau GRI.

    Skop Projek Yang Dibiaya

    Skop projek yang dibiaya menerusi dana ini adalah seperti berikut:

    • G01 (40% daripada jumlah diluluskan) Peralatan dan infrastruktur sokongan yang berkait langsung dengan loji perintis/ prototaip.
    • G02 Ujian pra-klinikal / ujian klinikal / ujian bukan klinikal / lapangan / ujian tekanan / ujian penerimaan pengguna.
    • G03 Harta Intelek (IP)
    • G04 (10% daripada jumlah diluluskan) Kajian dan penilaian pasaran.
    • GO5 Pematuhan peraturan dan piawaian.
    • G06 (20% daripada jumlah diluluskan) Perkhidmatan ikhtisas dan khas.
    • G07 (20% daripada jumlah diluluskan) Bahan mentah / bahan guna habis yang berkaitan langsung dengan projek.
    • G08 Pentadbiran (pelantikan GRA / RO. Perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan berkaitan projek).
    • G09 (50% daripada jumlah diluluskan) Perolehan Teknologi / IP.

    Cara Memohon

    Permohonan dalam boleh dibuat seperti berikut:

    1. Layari Sistem Dana Bersepadu (SDB): https: //sdb.mosti.gov.my
    2. Daftar ID bagi pengguna baharu.
    3. Log masuk ke dalam sistem.
    4. Lengkapkan borang permohonan dalam sistem.
    5. Muat naik dokumen sokongan (Rujukan: Senarai Semak Garis Panduan).
    6. Hadir ke Sesi Penilaian pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Urus Setia Dana.
    7. Keputusan akan dimaklumkan melalui notifikasi e-mel dan catatan dalam sistem

    Soalan Lazim

    Apakah dimaksudkan Dana PEMACU 2.0?

    Dana ini merupakan Dana Pembiayaan R&D oleh MOSTI yang memfokuskan kepada pemecutan pembangunan teknologi strategik ke arah pengkomersialan, serta menjana impak yang signifikan kepada industri dan kesejahteraan masyarakat.

    Apakah bidang strategik utama bagi permohonan dana ini?

    Terdapat 5 bidang strategik utama dana ini iaitu:
    – Nuklear
    – Angkasa
    – Bioteknologi
    – Hidrogen
    – Bahan Termaju

    Siapakah yang boleh memohon dana ini?

    – Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    – Goverment Research Institutes (GRI)
    – Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS)
    – Syarikat Pemula (Startup)

    Apakah skim pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini?

    Skim pembiayaan yang ditawarkan adalah:
    – Strategic Research Fund (SRF): RM10 juta
    – Technology Development Fund (TeD): RM4 juta

    Bagaimanakah cara untuk memohon dana ini?

    Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https: //sdb.mosti.gov.my

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai Dana PEMACU 2.0, sila layari laman web https://sdb.mosti.gov.my/.

    Baca juga: DEWI : Permohonan Dana Ekonomi Usahawan Wanita 2026

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut