Dana Didik Johor 2023: RM100 Bagi Setiap Kelahiran Bayi

DANA DIDIK JOHOR 2023

Percuma simpanan RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun Simpan SSPN PRIME!

Tahukah anda apakah itu Dana Didik Johor dan bagaimana cara untuk membuat permohonan?

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenainya.

Apakah Dana Didik Johor?

Kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan Johor.

YPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, PTPTN melalui program Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) menggalakkan para ibu bapa di negeri ini untuk berbuat demikian, buat bayi mereka yang baru lahir.

Syarat Kelayakan

  • Bayi yang lahir di Negeri Johor  mulai 01hb Januari 2022;
  • Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
  • Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun

Tempoh Permohonan Dana Didik Johor 2023

Dibuka sepanjang tahun 2023 (Mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2023)

Cara Permohonan Dana Didik Johor

Permohonan boleh dibuat di laman web YPJ (https://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/) atau scan QR code dalam poster di bawah.

dana didik johor 2023

Anda juga boleh mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di mana-mana kaunter berikut:

  1. Wad-wad bersalin hospital utama Negeri Johor
  2. Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor
  3. Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Johor
  4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

Hantar Permohonan : Diemelkan ke [email protected] ATAU dihantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi / Whatsapp di talian berikut:

Ayuh mohon rakyat Johor!!!

Baca juga:

Latarbelakang Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Objektif YPJ:

1. Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri.

2. Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.

3. Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi di serata dunia.

SEBARANG PERTANYAAN, ADUAN & MAKLUMAN BOLEH DISALURKAN KE EMEL BERIKUT :-

i. PERTANYAAN AM : [email protected]

ii. BANTUAN PENDIDIKAN 

Pinjaman Pelajaran : [email protected]

iii. BKDO & Dana Didik Johor : [email protected]

iv. BAYARAN BALIK PINJAMAN : [email protected]

v. ADUAN : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!