Advertisements

Program Payung Rahmah – Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

Advertisements

Payung Rahmah bantu B40 tangani isu kos sara hidup

Kerajaan akan memperkenalkan program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program itu adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan itu dalam tempoh enam bulan ini, dengan ia dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Katanya, program Payung Rahmah yang akan diperincikan lebih lanjut Selasa ini, dalam ucapan Tahun Baru KPDN di Putrajaya itu nanti akan turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Pengangkutan.

Pada 31 Disember lalu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH dilaporkan mengadakan perbincangan hati ke hati bersama beberapa pemain industri termasuk pengedar runcit negara bagi melaksanakan inisiatif Bakul Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40.

Beliau dilaporkan berkata, kerjasama bagi melaksanakan inisiatif itu diharap dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar ketika ini.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka pendek, sederhana, dan panjang dalam mendepani isu kos sara hidup rakyat.

Katanya, ia termasuk program Payung Rahmah iaitu program jangka pendek yang perlu dilaksanakan dahulu dengan segera sebagai persediaan membantu beban ditanggung rakyat terjejas dalam menghadapi isu kos sara hidup.

“Selain program Payung Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Mohd Rafizi Ramli sedang menyiapkan pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang sebagai strategi menyediakan negara mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.

“Di samping itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sentiasa diadakan dari masa ke semasa sekali gus membuktikan betapa serius kerajaan mahu mendepani isu kos sara hidup dihadapi rakyat,” katanya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program bantuan ini.

payung rahmah
Sumber gambar: BERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Apakah Program Payung Rahmah?

Program Payung Rahmah Kasih Sayang ini adalah inisiatif berfokus selama 6 bulan nsgi mengurangkan beban sara hidup golongan B40 dan miskin tegar.

Menurut Menteri Perdagangan lagi, jika tidak dibantu, dibimbangi keadaan ekonomi global yang dijangka begitu serius tahun ini menyebabkan golongan ini akan terkesan.

4 Elemen Bantuan Untuk B40

Program ini membabitkan empat elemen iaitu Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Murah Rahmah dan Barangan Rahmah bagi menyantuni golongan B40.

I) BAKUL RAHMAH

Bakul Rahmah adalah pemberian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan.

II) BARANGAN RAHMAH

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis kesyukuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Pulai, pada 7 Januari 2023.

Barangan Rahmah pula merupakan pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.

III) KAFE RAHMAH

Kafe Rahmah pula adalah khusus bagi pelajar universiti bagi mendapatkan makanan pada harga lebih murah dengan pelajar susah akan dibantu.

IV) JUALAN MURAH RAHMAH

Perincian Jualan Murah Rahmah akan diumumkan lebih lanjut pada Selasa ini, 10 Januari 2023.

Maklumat Lanjut & Permohonan

Maklumat lanjut tentang program ini dan cara permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 4.5 / 5. Vote count: 10

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment