Cuti Pelepasan Pelajar IPT Pulang Mengundi PRU-15

Tarikh Cuti Pelepasan Pelajar IPT Pulang Mengundi PRU-15

Merujuk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 20 Oktober 2022 yang lalu berkenaan tarikh hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuat ketetapan dan meminta supaya semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cuti pelepasan untuk pulang mengundi yang diperuntukkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

cuti mengundi pelajar ipt

Cuti Mengundi Pelajar IPT (PRU15)

Sepertimana sedia maklum, PRU15 telah ditetapkan pada 19 November ini. Dalam hubungan ini, berlandaskan semangat dan penguatkuasaan Undi18, pihak KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua IPT membenarkan pelajar mereka untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing selama lima hari.

Menurut beliau, tempoh tersebut cukup untuk memberi ruang kepada pelajar untuk pulang mengundi, sehubungan itu semua aktiviti pembelajaran perlu ditangguhkan.

Siapa Yang Terlibat?

  • IPT awam & swasta
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
cuti mengundi pelajar ipt

Tarikh Pelepasan

Setiap institut pengajian tinggi (IPT) akan memberi pelepasan kepada pelajar mereka pada 17 hingga 21 November ini (5 hari) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, para pelajar boleh merujuk kepada pihak pentadbiran universiti dan IPT masing-masing.

Sila ikuti update terkini tentang PRU-15:

Siaran media Kementerian Pengajian Tinggi : https://www.facebook.com/MOHEOfficial

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!