Contoh Buku Skrap Kreatif & Terbaik Untuk Inspirasi Anda

Bagi pelajar di sekolah menengah, kebiasaannya anda akan diminta untuk membuat buku skrap sebagai projek sekolah bagi sesetengah subjek yang diambil.

Ianya merupakan satu tugasan yang menarik dimana para pelajar akan diminta untuk menghasilkan buku ini bergantung kepada topik atau subjek tertentu.

Rekabentuk dan coraknya juga biasanya bebas kepada seseorang pelajar itu, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Pengenalan

Sebelum itu, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan buku skrap?

“Skrap” secara mudah difahaminya bermaksud bahan terpakai, boleh itu buku skrap merupakan sebuah buku yang dihasilkan daripada bahan-bahan terpakai yang dijadikan lembaran-lembaran yang kemudiannya disatukan sebagai sebuah buku.

Ianya boleh dijadikan sebagai hadiah, album foto, medium pembelajaran, tugasan di sekolah dan pelbagai tujuan lain.

Baca lagi: 13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik Untuk Dijadikan Sebagai Kenangan

Bahan-bahan

Untuk membuat buku skrap, anda memerlukan bahan-bahan berikut:

  1. Kertas putih / Kertas Warna
  2. Pensel warna
  3. Alat Tulis
  4. Reben
  5. Gunting

Penggunaan bahan-bahan tidak terhad kepada senarai di atas semata-mata dan anda boleh menggunakan apa sahaja bahan lain mengikut kreativiti anda.

Tips Menghasilkan Buku Skrap Terbaik

Sesebuah buku yang terbaik bukan hanya cantik semata-mata, tetapi mencapai objektif anda membuatnya.

Sebagai panduan, berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda ikuti:

  1. Pilihan kertas yang sesuai – Jika anda ingin membuat buku skrap yang tahan lasak, gunakan kertas yang tebal dan bertekstur seperti kertas sulam atau kertas buku namun jika anda ingin membuat buku yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, gunakan kertas art carton atau kertas bristol.
  2. Tentukan tema – penting untuk memberi fokus kepada kandungan buku anda dan kandungan anda tidak kelihatan caca marba.
  3. Pilih saiz bersesuaian – Pastikan buku yang dihasilkan mempunyai saiz yang sesuai dengan keperluan anda.
  4. Susun kandungan – Buat senarai apa yang ingin anda masukkan dalam buku anda seperti gambar, catatan, atau apa sahaja yang berkaitan dan kemudian letakkan kandungan tersebut dalam susunan yang logik dan menarik.
  5. Hiasan –  Gunakan warna yang menarik dan kreatif untuk menambahkan elemen visual kepada buku anda

Baca lagi: 12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif Untuk Lelaki & Perempuan

Contoh Buku Skrap Kreatif

Rekabentuk dan corak untuk menghasilkan buku ini tidak terhad kepada apa-apa corak dan rekabentuk.

Ianya bergantung kepada kreativiti anda semata-mata dan berikut merupakan beberapa contoh buku skrap terbaik untuk inspirasi anda:

CONTOH BUKU_SKRAP TEMA MERDEKA / HARI KEBANGSAAN

@norliyananorazli

Mak2 membantu anak2 tabika menyiapkan Buku Skrap Tokoh Pejuang Kemerdekaan sempena Hari Merdeka yang ke~65 tahun. Happy Independence Day Malaysia! Proud to be Malaysian! 🇲🇾 #merdeka #malaysia #malaysiamerdeka #diy #handmade #handcraft #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage

♬ original sound – bello – ashiee
Sumber: Tiktok FanaaBridalHouse

CONTOH MENGHASILKAN HIASAN KREATIF PELBAGAI TEMA

buku skrap terbaik
buku skrap
contoh buku skrap
@biiruu._

kalo bikin yg gini rasanya seneng aja gitu #scrapbook #scrapbookidea

♬ reckless – safe place
buku skrap sekolah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!