13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik Untuk Dijadikan Sebagai Kenangan

Apabila suda berkhidmat dalam beberapa tempoh waktu, tibalah masanya untuk bersara dan memberikan peluang untuk individu lain untuk memulakan perkhidmatan dan menyambung legasi kecemerlangan sesebuah organisasi. 

hadiah persaraan

Sekiranya anda sedang tercari-cari hadiah persaraan sama ada untuk rakan sekerja, cikgu sekolah atau sesiapa sahaja, maka, artikel ini memang khusus untuk anda. 

Sebaiknya pilih hadiah yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penerima untuk dikenang sepanjang waktu sekaligus sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat. 

Nak tahu apa sahaja hadiah persaraan yang praktikal dan sesuai untuk diberikan, mari teruskan membaca.

13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik

1. Frame Gambar

Bagi mengekalkan kenangan yang dicipta, anda boleh hadiahkan sebuah frame dan gambar anda bersama. Bolehlah nanti dipaparkan di ruang tamu si penerima untuk dijadikan sebagai hiasan dinding. Setiap kali memandang frame tersebut, pasti si penerima akan teringatkan anda.

Frame gambar: https://shopee.com.my/homieboss/9714609123

2. Set Tupperware

Set Tupperware juga adalah salah satu pilihan hadiah yang menarik. Ia sesuai untuk diberikan kepada mana-mana jantina sama ada lelaki dan perempuan.

Jika si penerima adalah lelaki, pasti isterinya di rumah bersorak riang menerima set Tupperware. Anda boleh pilih mana-mana koleksi set tupperware yang terkini untuk dijadikan sebagai koleksi kesayangan. 

Set Tupperware: https://shopee.com.my/tupperwarebrands.my/3153370461

3. Hiasan Meja

Seterusnya, hadiah persaraan yang popular diberikan ialah hiasan meja. Anda boleh pilih pelbagai jenis hiasan meja yang sesuai dijadikan sebagai hadiah.

Bukan itu sahaja, ada juga hiasan meja yang boleh di ‘personalised’ khusus sebagai hadiah persaraan. Contohnya seperti, pasu bunga, frame gambar, porcelain dan sebagainya.

Hiasan meja pasu bunga: https://shopee.com.my/shoppaz06/11260311952

4. Dompet

Dompet juga adalah merupakan salah satu hadiah persaraan yang bermanfaat untuk si penerima. Sama ada lelaki ataupun perempuan, dompet ialah hadiah yang sangat sesuai dan sudah pasti akan digunakan.

Anda boleh kumpul duit bersama rakan-rakan lain untuk membeli dompet yang berkualiti ataupun berjenama agar boleh digunakan dalam tempoh yang agak lama. 

Dompet lelaki: https://shopee.com.my/jsuniquestore/4126185068

Dompet perempuan: https://shopee.com.my/playboymalaysia/18053083505

5. Kasut Skechers

Kebiasaannya, individu yang bersara adalah merupakan individu yang sudah berusia lanjut. Sehubungan dengan itu, mereka pastinya memerlukan kasut yang selesa dan sesuai dipakai untuk aktiviti seharian tanpa menyebabkan kaki terasa sakit. Kasut berjenama Skechers ini adalah merupakan salah satu pilihan hadiah yang tepat. 

Kasut Skechers: https://shopee.com.my/skechers.os/23014715745

6. Set Memancing

Hadiahkan satu set memancing untuk individu yang bakal bersara agar mereka boleh memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah.

Hadiah ini sangat sesuai terutamanya untuk pesara lelaki yang sangat meminati aktiviti memancing. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti bersama keluarga. Anda boleh dapatkan FRRTC Fishing Rod Set ini daripada Shopee

FRRTC Fishing Rod Set: https://shopee.com.my/frrtc.my/18070563992

7. Cenderahati Ukiran Kayu

Cenderahati ukiran kayu adalah antara pilihan hadiah yang terbaik untuk dijadikan sebagai kenangan. Anda boleh pilih rekaan untuk ukiran kayu ini mengikut citarasa yang anda inginkan.

Anda juga boleh letakkan ucapan penghargaan, nama individu yang bakal bersara dan sebagainya. Cenderahati ini boleh dijadikan sebagai hiasan meja ataupun dinding. 

Ukiran kayu: https://shopee.com.my/creativeshope/23001737800

8. Ukiran khat

Terdapat banyak pilihan ukiran khat yang sesuai dijadikan sebagai hadiah persaraan. Anda boleh pilih ukiran khat yang berkaitan dengan tulisan ayat al-quran atau tulisan Arab “Allah”/”Muhammad”, “Assalamualaikum” dan sebagainya. Ukiran khat ini sesuai dijadikan sebagai hiasan dinding untuk ruang tamu di rumah. 

Ukiran khat: https://shopee.com.my/another_art_studio_official/11951123625

9. Rehal Kayu Premium

Hadiahkan sebuah rehal kayu premium keluaran rekaukir ini untuk rakan sekerja anda yang bakal bersara untuk digunakan ketika membaca al-quran bagi mengisi masa yang terluang. Anda boleh minta nama individu yang ingin dihadiahkan untuk diukir di atas rehal kayu premium ini secara percuma.

Rehal kayu: https://shopee.com.my/laserukirstudio/14668262199

10. Sejadah

Pilih sejadah yang sesuai digunakan untuk dibawa pergi bersolat di masjid ataupun di rumah. Biasanya, individu yang sudah bersara suka meluangkan masa untuk pergi ke masjid bagi mengikuti aktiviti kerohanian bagi mengisi masa terluang. 

Sejadah sandar: https://shopee.com.my/kamal.utama/7243062216

11. Set Meja Makan Martin

Sekiranya anda mencari idea hadiah yang lain daripada yang lain dengan harga yang berpatutan, anda boleh pertimbangkan untuk memberikan set meja makan Martin ini. Anda boleh mengumpul duit bersama rakan sekerja yang lain untuk membelinya. Barulah sehati sejiwa!

Set meja makan Martin: https://shopee.com.my/wilfurniture/21956537953

12. Basikal Bersenam (Spinning Bike Bicycle) 

Galakkan penjagaan kesihatan dengan menghadiahkan rakan sekerja anda yang bakal bersara sebuah basikal khusus untuk bersenam atau dikenali sebagai Spinning Bike Bicycle. Alat bersenam ini sangat mudah untuk digunakan termasuk untuk individu yang sudah berusia. 

Spinning Bike Bicycle: https://shopee.com.my/emascare/5396426660

13. Kerusi Urut

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh hadiahkan sebuah kerusi urut sebagai hadiah persaraan untuk rakan sekerja/majikan anda.

Kerusi urut ini sangat sesuai untuk individu yang bersara bagi melegakan sakit-sakit badan yang dialami setelah berpuluh tahun berhempas pulas bekerja. 

Kerusi urut Gintell: https://shopee.com.my/gintell/11144826635

Semoga hadiah anda berikan bermanfaat untik digunakan mengisi masa lapang selepas persaraan!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!