6 Ubat Cirit Birit Dewasa Yang Anda Boleh Cuba

Adakah anda sedang mencari ubat-cirit birit (diarrhea) yang berkesan?

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut sehingga mengganggu aktiviti harian.

Terdapat beberapa jenis ubat dengan fungsi tertentu yang anda boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi bagi mengurangkan masalah cirit-birit.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

6 Ubat Cirit-Birit Untuk Dewasa

1. Garam Rehidrasi Oral (Oral Rehydration Salt)

Doktor atau ahli farmasi boleh mengesyorkan pesakit cirit-birit untuk mengambil garam rehidrasi oral (ORS) bagi mengelakkan atau merawat dehidrasi yang berlaku akibat cirit-birit yang teruk.

Ia perlu dilarutkan dalam air dan diminum bagi menggantikan glukosa, garam serta mineral yang hilang ketika cirit-birit.

Selain didapati di klinik, garam rehidrasi boleh didapati tanpa preskripsi di farmasi.

ubat cirit-birit

2. Ubat Cirit-Birit

Ubat cirit-birit seperti Diphenoxylate dan Loperamide adalah ubat yang membantu mengurangkan serta memendekkan masa cirit-birit.

Kedua-dua ubat ini berfungsi dengan melambatkan pergerakan otot dalam usus agar lebih banyak air diserap di kawasan usus.

Ini menjadikan najis yang terbentuk lebih pejal. Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, ahli farmasi biasanya akan memberi tahu maklumat dos yang sesuai kepada pesakit.

Namun, harus diingat bahawa penggunaan ubat ini adalah bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sahaja.

3. Ubat Tahan Sakit

Meskipun ubat tahan sakit tidak merawat cirit-birit, namun ia boleh membantu melegakan demam dan sakit kepala sementara akibat cirit-birit.

Setelah makan ubat tahan sakit, anda perlulah berjumpa doktor segera.

4. Bismuth subsalicylate

Bismuth subsalicylate (Kaopectate, Pepto-Bismol) merupakan sejenis ubat yang dapat mengimbangi cara cecair bergerak di saluran penghadaman anda.

Ubat ini mampu meredakan keradangan serta melindungi usus daripada kuman. Pada masa yang sama, ia juga boleh meredakan gejala cirit-birit lain seperti loya atau sakit perut.

ubat cirit-birit

5. Antibiotik

Penggunaan antibiotik hanya sesuai bagi merawat cirit-birit yang teruk dan doktor telah kenalpasti jenis bakteria sebagai puncanya.

Ubat antibiotik hanya diberikan oleh doktor sahaja kerana sesetengah antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan.

Ia juga boleh menjadi kurang berkesan bagi merawt keadaan yang lebih serius jika berulang kali digunakan untuk merawat keadaan ringan.

6. Probiotik

Probiotik adalah bakteria hidup serta yis yang boleh didapati dalam makanan tambahan seperti kapsul atau cecair serta makanan tertentu seperti yogurt.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa probiotik tertentu boleh memendekkan tempoh cirit-birit.

Ia juga boleh membantu memulihkan keseimbangan sihat pada saluran usus dengan meningkatkan tahap bakteria baik.

Namun begitu, masih belum terdapat bukti kukuh untuk menjadikan probiotik sebagai rawatan utama cirit-birit.

Amaran Sebelum Membeli Ubat Cirit-Birit

Walaupun kebanyakan ubat ini boleh dibeli tanpa preskripsi, namun sesetengah individu tidak boleh mengambil ubat tertentu.

ubat cirit-birit

Loperamide

Sekiranya anda mempunyai tanda jangkitan, jangan ambil loperamide. Anda juga perlu berhenti serta merta sekiranya anda mengalami tindak balas alahan seperti ruam atau demam.

Loperamide juga perlu dielakkan oleh pesakit yang mempunyai masalah najis berdarah atau hitam. Ini mungkin petanda masalah serius seperti jangkitan bakteria.

Bismuth Subsalicylate

Ubat ini tidak boleh diambil sekiranya seseorang alami alahan terhadap aspirin.

NOTA PENTING: Jauhi Ubat Cirit-Birit Daripada Kanak-Kanak dan Ibu Hamil. Ini kerana kandungan ubat seperti magnesium, aluminum dan bismuth boleh terkumpul dalam badan kanak-kanak. Bagi ibu hamil, anda juga tidak boleh mengambil bismuth subsalicylate atau ubat antidiarea tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Tips Kurangkan Diarrhea

Sementara menunggu masalah cirit-birit untuk sembuh, anda juga boleh kurangkan gejala berkaitan cirit-birit dengan mengamalkan beberapa kaedah berikut :

  • Minum banyak air kosong, sup dan jus.
  • Elakkan pengambilan kafein dan alkohol
  • Tambahkan makanan semipejal dan rendah serat secara beransur-ansur untuk membantu pergerakan usus kembali normal. Anda boleh cuba makan telur, nasi, atau roti bakar.
  • Elakkan makanan tertentu seperti makanan berlemak, makanan berserat tinggi, dan produk tenusu.

Ketika membeli ubat cirit-birit di farmasi, jangan malu untuk bertanya atau dapatkan maklumat lanjut.

Elakkan mengambil ubat cirit-birit sekiranya terdapat darah atau lendir dalam najis atau suhu badan meningkat (demam).

Dalam situasi ini, anda perlulah merujuk kepada doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.

Sekiranya anda hamil dan mempunyai masalah kesihatan lain, anda juga perlu dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.

Sumber : KKM, hellodoktor.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!