Advertisements

Cara Check Scammer Online Melalui Portal PDRM (Semakmule)

Advertisements

CARA CHECK SCAMMER ONLINE (SEMAKMULE PDRM)

Adalah penting untuk semak scammer (nombor telefon, nombor akaun) apabila melakukan pembayaran transaksi secara dalam talian.

Pada masa kini, terdapat banyak cara si penjenayah atau scammer menipu pembeli dengan pelbagai modus operandi dan boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.

Sebagai pembeli, kita haruslah bijak untuk mengenalpasti ciri-ciri scammer melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Menyemak nombor telefon scammer
  2. Menyemak nombor akaun scammer

Sistem CCID PDRM

semak scammer

Kebiasaannya, seorang scammer akan menggunakan nombor telefon yang sama (atau beberapa nombor telefon) bagi menjalankan penipuan mereka.

Advertisements

Adalah sukar untuk penjenayah ini mendaftarkan banyak nombor telefon kerana setiap pendaftaran nombor telefon memerlukan penggunaan kad pengenalan mereka untuk pengaktifan nombor telefon tersebut.

Pihak PDRM mempunyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang diwujudkan berdasarkan maklumat daripada laporan yang diterima oleh mangsa-mangsa penipuan secara online ini dalam portal CCID mereka.

CCID merupakan singkatan bagi Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.

Berikut dikongsikan cara untuk check scammer online melalui portal tersebut.

Cara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon

Portal CCID ini boleh diakses melalui pautan berikut https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi tujuan untuk semak scammer .

  1. Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
  2. Pilih kategori Nombor Telefon
  3. Masukkan nombor telefon yang ingin disemak
  4. Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan
  5. Klik “Semak Maklumat”
  6. Maklumat berrikut akan dipaparkan:
    • “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
    • Sekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.

Nota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.

Rujuk video tutorial semakan di bawah:

Cara Check Nombor Akaun Scammer

  1. Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
  2. Pilih kategori Akaun Bank
  3. MasukkanNombor Akaun Bank yang ingin disemak
  4. Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan
  5. Klik “Semak Maklumat”
  6. Maklumat berrikut akan dipaparkan:
    • “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
    • Sekiranya nombor Akaun Bank tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.

Nota: Walaupun berkemungkinan nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor akaun orang lain sebagai tumpangan bagi menerima duit anda.

Baca juga:

Aplikasi CCID

Sekiranya anda kerap melakukan transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui pautan di bawah:

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 3.9 / 5. Vote count: 14

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment