Cara Buat Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)

Bagaimana cara buat link Whatsapp supaya pembeli / orang yang nak hubungi kita tak perlu save nombor kita ke dalam Contacts?

Boleh dikatakan rata-rata pemilik telefon pintar di Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar mesej ke sesiapa sahaja.

Walaupun aplikasi Telegram didakwa lebih selamat dan mempunyai lebih banyak fungsi menarik, aplikasi WhatsAPp tetap menjadi pilihan.

Untuk menghantar mesej ke sesebuah no telefon, secara umumnya anda perlu menyimpan (save) nombor tersebut terlebih dahulu.

Sudah tentulah perkara ini dianggap leceh dan remeh, lagi-lagi apabila anda hanya perlu menghantar mesej tersebut kepada seseorang individu itu sekali sahaja.

cara buat link whatsapp

Sekiranya anda seorang penjual secara dalam talian, bukankah lebih mudah sekiranya anda boleh buat link WhatsApp khas buat no telefon anda?

Sebagai contoh, apabila anda membuat satu posting meniklankan produk yang hendak di jual di Facebook atau Twitter, anda boleh sertakan satu link yang akan membolehkan orang lain atau bakal pelanggan anda menghantar mesej terus ke WhatsApp anda.

Apabila seseorang individu mengklik link tersebut, secara automatiknya aplikasi WhatsApp mereka akan dibuka dan boleh terus menghantar mesej kepada anda.

Mereka tidak perlu lagi menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu untuk membolehkan mereka menghantar mesej terus kepada anda. Mudah bukan?

Bagi yang tidak tahu, pihak WhatsApp sendiri sebenarnya ada menyediakan fungsi membuat link WhatsApp ini namun fungsi ini hanya terhad bagi pengguna WhatsApp Business sahaja.

Untuk mendapatkan link bagi nombor telefon anda, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi WhatsApp Business anda
  2. Klik “Settings”
  3. Klik “Business Settings”
  4. Klik “Short Link”
  5. Copy link tersebut dan anda boleh paste dimana-mana posting anda di media sosial

Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Sekiranya anda tidak menggunakan aplikasi WhatsApp Business, anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh web wasap.my.

Wasap.my hanyalah berfungsi sebagai link shortener dan menggunakannya begitu mudah. Sila ikut langkah berikut:

  1. Taip https://www.wasap.my/
  2. Tambah tanda palang “/” diikuti nombor “6” yang mewakili nombor kod negara.
  3. Kemudian, tambah nombor telefon. Contoh https://wasap.my/60123456789

Paste atau kongsikan sahaja link tersebut dalam posting anda di media sosial dan apabila seseorang individu itu mengklik link tersebut, mereka akan terus dapat menghantar mesej kepada anda melalui aplikasi WhatsApp.

Menariknya anda tidak perlu mendaftar di web wasap.my dan boleh menggunakan fungsi ini secara percuma. Namun sekiranya anda mendaftar akaun di wasap.my, anda boleh membina custom link anda sendiri contohnya “ecentral.wasap.my”

Bonus: Tambah mesej

Anda juga boleh letakkan mesej khas bagi lik tersebut. Sebagai contoh, anda seorang penjual makanan dan mengiklankan produk anda dalam beberapa kombo – Kombo A, Kombo B dan sebagainya.

Bagi memudahkan pelanggan, anda boleh menghasilkan custom link dengan hanya menambah mesej di belakang link. Pastikan tiada “space” antara mesej.

Contohnya:

  • https://wasap.my/60123456789/komboa
  • https://wasap.my/60123456789/kombob

Sekiranya link tersebut terlalu panjang, anda boleh gunakan perkhidmatan link shortner percuma antaranya Bitly dan Owly.

Anda juga boleh menghasilkan link Whatsapp tanpa mendedahkan nombor telefon atas faktor keselamatan, scammer dan lain-lain.

Caranya mudah, hanya pergi ke laman web di bawah untuk mencipta link:

Sila rujuk panduan step-by-step melalui video di bawah:

Sumber video: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia – PEDi Felda Bukit Batu

Diharapkan artikel mengenai cara mudah buat link WhatsApp ini bermanfaat kepada anda, terutamanya kepada pemilik-pemilik bisnes atau sesiapa sahaja

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!