Semakan MyKid kini boleh dibuat dengan mudah secara online melalui portal rasmi JPN di pautan https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/.
Ibu bapa atau penjaga hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan untuk mengetahui status terkini permohonan, tanpa perlu hadir ke kaunter.
Kaedah ini lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa.
Apa itu MyKid
MyKid ialah kad pengenalan bercip untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Fungsinya sama seperti MyKad, namun tidak memaparkan gambar dan tidak mempunyai cap jari.
Perkataan “My” bermaksud “Malaysia”, manakala “Kid” merupakan singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan pada MyKid akan digunakan dalam semua urusan sejak kelahiran sehingga akhir hayat.
MyKid mengandungi tiga aplikasi utama dalam cipnya, iaitu:
- Aplikasi JPN (maklumat kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid
Berikut adalah kelebihan MyKid kepada rakyat Malaysia:
- Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
- Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
- Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
- Bentuk cantik dan menarik
Cara Mohon MyKid
Individu yang layak memohon MyKid adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.
Dokumen Sokongan
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri Pemohon (ibu atau bapa)
- Salinan IC bapa
- Salinan IC ibu
Bayaran
Tiada bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan MyKid
Cara Semak Permohonan MyKid
Untuk membuat semakan MyKid 2025, and boleh lakukannya secara dalam talian melalui langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut untuk menyemak statu MyKid: https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/
- Masukkan nombor MyKid anak dan kod captcha yang dipaparkan dan tekan butang ‘Semak’
- Status akan dipaparkan. Sila rujuk pemberitahuan MyKid sama ada sedia untuk diambil ataupun permohonan sedang diproses.



Proses Kutipan MyKid
Berikut adalah beberapa status permohonan MyKid dan kaedah tentang proses kutipan MyKid yang perlu anda tahu:
1. Sudah Membuat permohonan MyKid (ADA SLIP). Status: Sedia Diambil
- Anda boleh terus ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan untuk mengambil MyKid tersebut.
2. Sudah Buat Permohonan MyKid (ADA SLIP). Status: Dalam Proses
- Anda perlu ke portal JPN (https://www.jpn.gov.my/my/) untuk buat pengesahan cetakan MyKid.
- Bagi mana-mana ibu bapa yang berada di luar kawasan atau di lain negeri atau di luar negara yang tidak boleh membuat kutipan MyKid, anda tidak perlu buat pengesahan tersebut.
- Pengesahan hanya dibuat untuk individu yang boleh datang ke JPN dan mengambil MyKid sahaja.
3. Sudah Ada Sijil Kelahiran Tapi Belum Pernah Ada MyKid
- Bagi ibu bapa yang sudah mendaftar kelahiran anak tetapi belum membuat permohonan MyKid, anda boleh datang ke JPN untuk buat pendaftaran.
- Bawa sekali Sijil Lahir Anak yang asli (original) dan Kad Pengenalan ibu / bapa yang hadir ke JPN untuk membuat permohonan.
4. Pendaftaran Kelahiran Baharu
- Anda boleh datang ke JPN untuk membuat pendaftaran kelahiran dan dalam masa yang sama buat juga permohonan untuk mendapatkan MyKid.
- Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk datang ke JPN kerana tempoh pendaftaran kelahiran adalah dalam masa 60 hari.
Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi
Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut:
- Johor : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/johor
- Melaka : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/melaka
- Selangor : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/selangor
- Perak : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/perak
- Kelantan : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/kelantan
- Kedah : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/kedah
- Sarawak : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/sarawak
- Wilayah Persekutuan Labuan : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/wp-labuan
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/wp-kuala-lumpur
- Negeri Sembilan : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/negeri-sembilan
- Pahang : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/pahang
- Pulau Pinang : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/pulau-pinang
- Terengganu : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/terengganu
- Perlis : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/perlis
- Sabah : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan/sabah
Waktu Operasi Kaunter JPN
1. Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
- Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 4.45 petang
- Waktu Rehat:
- Isnin – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
- Jumaat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang
2. Kedah, Kelantan & Terengganu
- Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 4.45 petang
- Khamis: 8.00 pagi – 3.15 petang
- Waktu Rehat:
- Ahad – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
3. Sabah, Sarawak & Labuan
- Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 4.45 petang
- Waktu Rehat:
- Isnin – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
- Jumaat:
- Sabah & Labuan: 11.30 pagi – 2.00 petang
- Sarawak: 11.45 pagi – 2.15 petang
4. Cawangan UTC Seluruh Negara
- Hari Bekerja: 8.00 pagi – 7.00 petang
- Hari Minggu: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Waktu Rehat: Tiada waktu rehat kecuali Jumaat

Soalan Lazim
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip
Semakan permohonan MyKid boleh disemak di laman web JPN di pautan : https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/
Berdasarkan kepada arahan semasa jabatan, penggantian MyKid adalah tidak dibenarkan. Permohonan MyKid hanya diberikan untuk permohonan kali pertama sahaja dan kanak-kanak yang tidak pernah memiliki MyKid (bawah 12 tahun).
Pembetulan maklumat MyKid adalah tidak dibenarkan. Maklumat MyKid adalah berdasarkan pada maklumat kelahiran yang dikemukakan.
Tempoh kutipan MyKid adalah 36 bulan daripada kad siap di cetak.
– Permohonan Pendaftaran Kelahiran Baru
– Permohonan Pendaftaran Pengangkatan
– Permohonan Pembetulan Maklumat Kelahiran
– Permohonan Sijil Warganegera / Sijil Pengesahan Taraf (PTW) / Borang H/W
– Permohonan MyKid Kali Pertama
– Sijil kelahiran / Sijil pengangkatan / Sijil Warganegara / Sijil Pengesahan Taraf (PTW) / Borang H/W Kanak-Kanak
– Dokumen pengenalan diri ibu / bapa
Permohonan MyKid terbatal dan perlu hadir ke pejabat JPN untuk permohonan baru.
Tidak dibenarkan
Pihak ketiga boleh membuat kutipan MyKid dengan surat kebenaran dan salinan dokumen pengenalan diri ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan