Caruman Tambahan RM500 Di Akaun 1 KWSP – Semak Sekarang!

Caruman Tambahan RM500 Di Akaun 1 KWSP – Semak Sekarang!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55. Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

Dalam pembentangan Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan mengumumkan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.

“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

kwsp rm500

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.

Cara Semakan Caruman Tambahan KWSP RM500 & Penyata di i-Akaun

Untuk membuat semakan pengkreditan wang caruman tambahan RM500 ini, anda boleh login ke i-Akaun.

Sila rujuk langkah di bawah:

Berikut dikongsikan langkah demi langkah:

  1. Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  2. Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
  3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
  4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna i-Akaun, sila rujuk langkah pendaftaran di sini: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login & Semakan Penyata

Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!