Carsome Malaysia: Panduan & Pengalaman Jual Beli Kereta Terpakai

Sekiranya anda sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli atau menjual kereta anda sebagai kereta terpakai, anda pastinya akan perasan iklan-iklan oleh pihak Carsome Malaysia.

Tahukah anda bagaimanakah cara untuk menggunakan aplikasi ini dan mendapatkan kereta idaman?

Jom baca selanjutnya!

Apakah Carsome Malaysia?

Syarikat yang berasal dari Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 2015 ini sedang mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dan mengembangkan operasi di beberapa negara di Asia Tenggara antaranya Indonesia, Thailand dan Singapura.

Sehingga kini, menurut laman Carsome Malaysia sendiri terdapat lebih 8000 pengedar, 50 pusat Carsome di lebih 50 buah bandar di Asia Tenggara.

Carsome menyediakan penyelesaian hujung ke hujung kepada pengguna dan pengedar kereta terpakai, daripada pemeriksaan kereta kepada pemindahan hak milik kepada pembiayaan, menjanjikan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap.

Kelebihan Jual Beli Kereta Di Carsome

Ramai yang tak tahu apakah langkah yang perlu diambil semasa membuat pembelian kereta terpakai. Carsome ingin membantu anda membeli kereta terpakai dengan mudah dan senang.

Kelebihan membeli kereta terpakai dengan Carsome:

1. Pandu Uji – Untuk anda merasai sendiri pengalaman memandu kereta yang ingin dibeli sekali gus menjamin kepuasan anda sebagai pembeli dan kualiti kereta yang ditawarkan.

2. Laporan Pemeriksaan Teliti – Supaya anda mengetahui sejarah kereta jika pernah terlibat kemalangan, terbakar atau ditenggelami banjir sehingga menjejaskan struktur kereta.

3. Waranti – Kereta terpakai Carsome Certified dilengkapi dengan jaminan satu tahun yang merangkumi kerosakan seperti enjin, sistem transmisi dan sistem penyaman udara.

4. Jaminan Pulangan – Mereka juga menawarkan jaminan pulangan wang dalam 5 hari jika pelanggan berubah fikiran dalam tempoh pandu milik.

Cari kereta idaman anda di https://bit.ly/CarsomeHM2 sekarang!

Panduan Jual Kenderaan Terpakai

Anda mempunyai kenderaan yang tidak digunakan dan mahu menjual kenderaan tersebut?

Dengan laman web atau aplikasi ini, proses menjual kenderaan terpakai anda tidaklah rumit dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Tempah Pemeriksaan Percuma – Hantar butiran anda dan dapatkan harga anggaran segera untuk kereta anda sebelum membuat temujanji.
  2. Periksa Kereta Anda – Pemeriksa mahir kami akan menjalankan pemeriksaan menggunakan skor 175 mata dan membuat tawaran harga yang sewajarnya kepada anda
  3. Jual Kereta Anda – Sekiranya anda berpuas hati dengan tawaran pihak Carsome, anda boleh jual terus kepada Carsome atau pilih untuk lakukan jualan melalui pembidaan secara langsung.

Panduan beli kenderaan terpakai

Dengan laman web / aplikasi ini, anda boleh menempah & membeli kereta dalam talian tanpa perlu bersusah payah kerana pihak Carsome mengendalikan segala-galanya untuk anda.

Pihak Carsome_Malaysia menyediakan halaman khas yang menyenaraikan kereta-kereta terpakai yang boleh dibeli oleh anda di pautan https://www.carsome.my/buy-car/

Berikut merupakan langkah-langkah membeli kenderaan terpakai dari pihak Carsome:

  1. Semak dan imbas inventori tentang kereta terpakai berkualiti
  2. Periksa dalaman & luaran dengan pandangan 360 darjah, lengkap dengan laporan pemeriksaan penuh
  3. Padankan bajet anda & ketahui jumlah pembayaran anda dengan kalkulator pinjaman kereta yang disediakan

Laman tersebut juga menyediakan beberapa fungsi menarik seperti kebolehan membuat carian berdasarkan model kenderaan, tahun dibuat, harga, warna, transmisi dan pelbagai kriteria lain.

Syarat Menjual Kereta

Carsome Malaysia

Setiap kereta yang ingin dijual melalui platform ini akan diperiksa ketat untuk memastikan ianya mematuhi kriteria pematuhan kualiti yang ditetapkan oleh pihak Carsome.

Pemeriksaan 175 mata kami mematuhi garis panduan yang ketat untuk memastikan setiap kereta bebas daripada kemalangan besar atau kerosakan banjir, manakala semua kereta dibaik pulih untuk meningkatkan kelayakan berada atas jalan raya.

Pengalaman Jual Beli Di Carsome

Di halaman Facebook Carsome, anda boleh lihat rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh pihak Carsome.

Antara reviu positif yang diberikan adalah:

Carsome lebih cepat info dan terkini, dan mudah lihat pilihan individu untuk membeli kereta.

– Dazile Lie

Good staff, good service. Nice price offer, recommended or sell and buy cars.

Shafarul Mustafa

Buying from Carsome because of the warranty given for the first which give me confidence of your quality given

James Kuan

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!