Advertisements

Geran Hilang? Cara Mohon Geran Kereta / Motor Yang Hilang Atau Rosak

Advertisements

Mahu tahu cara mohon geran hilang?

Sekiranya pinjaman kenderaan anda masih belum habis, pihak bank hanya akan memberikan salinan geran kereta atau motor anda sahaja.

Walau bagaimanapun, situasi seperti kehilangan geran akibat kecuaian sendiri atau pun rosak akibat malapetaka seperti banjir sering sahaja berlaku.

Salinan geran ini masih diperlukan dalam segelintir perkara contohnya apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dan mahu membuat tuntutan insurans/takaful (sama ada milik sendiri atau si pelanggar), maka salinan geran kenderaan ini diperlukan oleh syarikat insurrans/takaful kenderaan anda.

Salinan ini juga diperlukan sekiranya anda hendak renew cukai dan insurans kenderaan, pertukaran hak milik kenderaan dan sebagainya.

Dapatkan salinan geran kenderaan daripada bank

Sekiranya pinjaman kenderaan anda belum habis bayar, biasanya geran original bagi kenderaan tersebut akan dipegang oleh pihak bank.

Oleh itu, sekiranya geran hilang, anda boleh ke cawangan bank dimana anda menandatangani perjanjian pinjaman tersebut untuk memohon salinan geran kenderaan anda. Hanya ikuti langkah-langkah berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Hadir ke cawangan tempat anda tandantangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaan
  2. Isi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliran
  3. Setelah nombor dipanggil, datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas
  4. Setelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan

Dapatkan salinan geran kenderaan daripada kaunter JPJ

Anda juga boleh terus ke kaunter di cawangan JPJ berdekatan untuk mendapatkan salinan geran kenderaan anda, juga dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran Kenderaan.

Sekiranya anda adalah pemilik kenderaan, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut bersama-sama ketika datang ke kaunter JPJ:

  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  4. Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  5. Fi yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda adalah waris atau wakil pemilik kenderaan, terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dibawa bersama apabila hadir ke kaunter JPJ.

Untuk senarai penuh dokumen yang diperlukan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut daripada pautan berikut https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/pengeluaran-salinan-perakuan-pendaftaran-kenderaan

Dapatkan geran kenderaan daripada kiosk JPJ

Terdapat kiosk JPJ yang tersedia di seluruh Malaysia dimana anda boleh dapatkan geran kenderaan anda dengan mudah.

  1. Masukkan kad pengenalan untuk pengesahan
  2. Lakukan imbasan cap jari kanan
  3. Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan daripada menu
  4. Masukkan kad debit dan no PIN
  5. Bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) bagi transaksi yang berjaya akan dikenakan

Leave a Comment