MyEG Login: Daftar & Renew Lesen Memandu / Roadtax / Insurans Kereta

MyEG menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembaharuan lesen memandu, roadtax dan insurans kereta secara dalam talian sahaja.

Seiring dengan kemajuan teknologi, pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN, Jabatan Imegresen Malaysia dan banyak lagi dapat dilakukan secara atas talian sahaja melalui portal atau aplikasi MyEG.

Apa itu MyEG?

myeg

MYEG Services Berhad (“MYEG”) ialah pemegang konsesi untuk Aplikasi Utama MSC Kerajaan Elektronik Malaysia (“E-Government).

MYEG membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik untuk menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi Kerajaan kepada rakyat dan pemilik perniagan di Malaysia.

Buat masa kini, sudah terdapat banyak servis yang ditawarkan melalui portal dan aplikasinya seperti yang berikut:

  1. Pembaharuan lesen memandu
  2. Semak saman trafik PDRM
  3. Semakan resit cukai jalan
  4. Semakan status bankrap
  5. Semakan status pembantu rumah
  6. Pembaharuan roadtax
  7. Pembaharuan insuran kereta

dan banyak lagi. Dan tidak mustahil pada masa hadapan servis dan kemudahan ini akan diperluaskan lagi untuk lebih banyak agensi kerajaan.

Cara daftar MyEG

Proses pendaftaran akaun boleh dilakukan terus dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal MyEG di pautan https://www.myeg.com.my/
  2. Klik pada tulisan LOGIN / REGISTER pada bahagian atas kanan halaman tersebut
  3. Klik pada butang “Create Account” untuk pendaftaran akaun baru
  4. Isikan segala maklumat yang dikehendaki
  5. Klik pada kotak “I’m not a robot”
  6. Klik butang Enter Details
  7. Emel beserta link pengesahan akan dihantar ke emel anda
  8. Buka emel dan klik pada link pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda

Cara Renew Lesen Memandu Roadtax / Insurans Kereta

Untuk memperbaharui lesen memandu, ianya cukup mudah.

  1. Log masuk akaun anda
  2. Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan
  3. Pilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan klik pada butang “Driving License Renewal (CDL)”
  4. Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki
  5. Lengkapkan pembayaran secara dalam talian
  6. Setelah lengkap pembayaran, lesen baru anda akan di pos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem

Cara Renew Roadtax / Insurans Kereta

Roadtax dan insurans kereta dan motorsikal juga boleh diperbaharui dengan menggunakan portal ini.

  1. Log masuk akaun anda
  2. Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan
  3. Pilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan klik pada butang
    • “Auto Insurance Renewal (Car)” – Untuk kereta
    • “Auto Insurance Renewal (Motorcycle)” – Untuk motorsikal
  4. Anda akan dibawa ke laman perkhidmatan “Compare” oleh MyEG dimana anda boleh membandingkan beberapa jenis insurans atau takaful untuk kenderaan anda
  5. Masukkan nombor plat kenderaan anda
  6. Klik butang “Next”
  7. Sahkan maklumat kenderaan anda adalah betul dengan klik pada kotak pengesahan
  8. Masukkan segala maklumat yang dikehendaki
  9. Senarai pilihan syarikat/pakej insurans/takaful akan dipaparkan
  10. Setelah memilih pakej insurans/takaful, lengkapkan pembayaran secara dalam talian. Anda juga boleh pilih untuk perbaharui roadtax atau cukai jalan anda sekaligus
  11. Roadtax dan insurans/takaful anda akan di pos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!