Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

MyKad Generasi Baharu yang mula dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 17 September 2026 tidak lagi dilengkapi dengan kemudahan Touch ‘n Go (TNG).

    Langkah ini diambil kerana MyKad baharu kini memberi fokus sepenuhnya kepada fungsi utamanya sebagai dokumen pengenalan diri rasmi negara yang lebih selamat dan berteknologi tinggi.

    Jom ketahui lebih lanjut mengenai MyKad Generasi Baharu yang tidak dilengkapi Touch n Go di bawah.

    MyKad Generasi Baharu Diperkenalkan Mulai 17 Sept

    MyKad Generasi Baharu secara rasmi mula dikeluarkan pada 17 September 2026. Pelancaran rasminya telah disempurnakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 16 September 2026, menggantikan reka bentuk lama yang telah digunapakai selama lebih dua dekad.

    Sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi dengan kemudahan Pusat Cetakan Teragih (DPP) sedia mencetak dan menyiapkan MyKad baharu anda pada hari yang sama.

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN menasihatkan orang ramai supaya tidak tergesa-gesa atau berpusu-pusu hadir ke pejabat JPN semata-mata untuk menukar kad baharu.

    MyKad sedia ada anda masih sah dan boleh terus digunakan seperti biasa. Penggantian kad buat masa ini diutamakan bagi kes-kes tertentu seperti kad rosak, kad hilang, atau apabila pemegang mencapai had umur tertentu (seperti pertukaran kad usia 18 tahun).

    mykad generasi baharu 2

    MyKad Generasi Baharu Tak Ada Touch n Go

    Betul, MyKad Generasi Baharu yang mula dikeluarkan pada 17 September 2026 tidak lagi mempunyai fungsi Touch ‘n Go (TNG).

    Keputusan ini diambil oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan kad pengenalan baharu ini fokus sepenuhnya kepada keselamatan biometrik dan fungsi pengenalan diri yang lebih canggih dengan 53 ciri keselamatan.

    Oleh itu, jika anda menukar ke MyKad baharu ini, anda tidak lagi boleh menggunakannya untuk menyentuh pembaca kad di plaza tol mahupun di pintu pusing stesen LRT/MRT.

    Alternatif Penggunaan Touch ‘n Go

    Bagi anda yang ingin terus menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go untuk tol, pengangkutan awam, atau pembayaran, JPN menyarankan dua alternatif berikut:

    • Touch ‘n Go eWallet: Menggunakan aplikasi di telefon pintar.
    • Kad Touch ‘n Go Berasingan: Menggunakan kad fizikal TNG biasa atau kad Enhanced TNG.
    MyKad Generasi Baharu

    Ciri-Ciri Utama MyKad Generasi Baru

    Walaupun tiada fungsi TNG, kad pengenalan baharu ini hadir dengan peningkatan keselamatan yang sangat ketara untuk mengelakkan pemalsuan:

    • Fokus Keselamatan: Dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
    • Teknologi Baharu: Mempunyai hologram dinamik, tetingkap lutsinar (transparent window), teks mikro, dan kod QR penguatkuasaan.
    • Cip Dwi-Fungsi: Menggunakan cip antara muka dwi-fungsi (dual-interface chip) yang lebih moden.
    • Nombor IC Kekal: Pertukaran kepada MyKad baharu ini tidak akan mengubah nombor kad pengenalan sedia ada anda

    Cara Tukar MyKad yang Masih Mempunyai Baki TNG

    Jika anda ingin menukar kad pengenalan tetapi baki TNG masih ada, anda boleh rujuk cara-caranya di bawah:

    1. Membuat permohonan gantian MyKad secara hadir ke kaunter JPN / melalui dalam talian (online) / panggilan telefon (MyPhone-In)
    2. Memohon cetakan slip Touch ‘n Go bagi MyKad lama di kaunter JPN untuk mendapatkan nombor siri Touch ‘n Go;
    3. Membuat kutipan MyKad baharu di kaunter JPN;
    4. Mendaftar dan menebus kembali baki kad di portal rasmi Touch ‘n Go (https://www.touchngo.com.my)
    Touch n Go Mykad

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim MyKad Generasi Baharu Tak Ada Touch n Go

    Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai MyKad Generasi Baharu, sila rujuk:

    Adakah kemudahan Touch ‘n Go masih tersedia dalam MyKad Generasi Baharu?

    Tidak. Kemudahan Touch ‘n Go tidak lagi disediakan dalam MyKad Generasi Baharu. Pengguna yang ingin terus menggunakan perkhidmatan TNG boleh berbuat demikian menerusi Touch ‘n Go eWallet (aplikasi telefon) atau menggunakan kad fizikal Touch ‘n Go yang berasingan.

    Apa jadi dengan baki duit (kredit) TNG di dalam MyKad lama saya?

    Baki wang tersebut tidak akan hilang. Apabila anda menukar ke MyKad baharu, anda boleh melakukan proses tuntutan semula (refund) baki wang tersebut secara dalam talian melalui portal rasmi Touch ‘n Go dengan memasukkan nombor siri TNG yang tertera di belakang MyKad lama anda.

    Mengapa fungsi Touch ‘n Go ini dibuang?

    Langkah ini diambil supaya kad pengenalan baharu ini dapat memberi fokus sepenuhnya kepada fungsi utamanya sebagai dokumen pengenalan diri rasmi negara. Slot memori cip kini diperuntukkan untuk memuatkan 53 ciri keselamatan fizikal dan biometrik yang lebih tinggi bagi mengekang isu pemalsuan identiti.

    Adakah nombor kad pengenalan 12-digit saya akan berubah

    Tidak. Pengeluaran MyKad Generasi Baharu ini tidak akan mengubah nombor kad pengenalan sedia ada anda. Segala maklumat peribadi anda juga kekal sama.

    Berapakah bayaran bagi proses penggantian MyKad baharu ini?

    Kos gantian biasa hanya RM10. Bagaimanapun, jika penggantian dibuat disebabkan kes hilang (carian hilang), anda akan dikenakan bayaran denda mengikut kadar kompound kehilangan kad pengenalan yang telah ditetapkan.

    Boleh kah MyKad baharu ini digunakan untuk menebus subsidi kerajaan?

    Ya, boleh. Walaupun tiada fungsi TNG, MyKad Generasi Baharu tetap menyokong penuh urusan penebusan subsidi dan bantuan kerajaan seperti BUDI95 (tertakluk kepada syarat program semasa).

    Penulis