Kesinambungan daripada kejayaan HONOR Pad 20, HONOR Pad 20 telah dilancarkan dengan beberapa ciri penambahbaikan.
Ianya merupakan tablet terbaru dari HONOR yang hadir dengan pelbagai peningkatan menarik untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan peranti serba guna untuk produktiviti dan hiburan.
Dilengkapi dengan skrin luas, bateri tahan lama, dan ciri kecerdasan buatan, tablet ini hadir untuk menjadi pesaing utama dalam pasaran tablet di Malaysia.
Sebagai salah satu jenama yang terus mendominasi pasaran tablet Android di Malaysia, HONOR telah melancarkan siri tablet ini dengan dua model utama iaitu HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro, yang masing-masing menawarkan spesifikasi dan kelebihan tersendiri.
Spesifikasi Utama HONOR Pad 20

Dari segi spesifikasi, HONOR Pad 20 dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 yang dibina di atas proses 4 nanometer untuk prestasi yang cekap dan berkuasa.
Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 15% dan prestasi GPU sebanyak 50% berbanding generasi sebelumnya, menjadikannya sesuai untuk pelbagai tugas seperti melayari internet, menonton video, permainan ringan, dan pengeditan video.
Bagi mereka yang inginkan prestasi lebih tinggi, HONOR Pad 20 Pro pula dilengkapi dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang lebih berkuasa, sesuai untuk pengguna yang menjalankan aplikasi berat dan memerlukan prestasi setaraf komputer riba.
Kedua-dua model ini didatangkan dengan pilihan storan dalaman 256GB dan bagi versi HONOR Pad 20 Wi-Fi, ia menawarkan 6GB RAM fizikal yang boleh dikembangkan sehingga 12GB dengan teknologi HONOR RAM Turbo, manakala versi 5G dan model Pro pula menawarkan 8GB RAM fizikal yang boleh dikembangkan sehingga 16GB.
Sistem operasi yang digunakan adalah MagicOS 10 yang berasaskan Android 16, memberikan antara muka yang moden dan lancar.
Rekabentuk

Rekabentuk tablet ini menampilkan binaan badan logam yang nipis dan ringan, dengan ketebalan hanya 6.29mm untuk versi Wi-Fi dan berat sekitar 525 gram, menjadikannya selesa untuk dibawa ke mana-mana.
Skrin utamanya adalah sebuah panel LCD 12.1 inci yang luas dengan resolusi 3K iaitu 3000 x 1872 piksel dan ketumpatan piksel 292 ppi, memberikan paparan yang tajam dan terperinci.
Skrin ini turut menyokong kadar segaran 120Hz untuk animasi yang lebih lancar, dan memiliki kecerahan puncak 700 nits yang memudahkan penglihatan di bawah cahaya matahari.
Bagi model HONOR Pad 20 Pro pula, ia menawarkan pengalaman visual yang lebih premium dengan kadar segaran 165Hz serta paparan “Paperlike” dengan permukaan matte anti-silau yang bukan sahaja mengurangkan pantulan cahaya tetapi juga memberikan pengalaman seperti menulis di atas kertas apabila menggunakan stylus.
Kesemua model siri ini hadir dalam satu pilihan warna iaitu Gray yang memberikan penampilan elegan dan profesional.
Varian Pilihan

HONOR menawarkan tiga varian utama untuk siri HONOR Pad 20 di Malaysia bagi memenuhi keperlaan dan bajet pengguna yang berbeza.
Varian pertama adalah HONOR Pad 20 Wi-Fi yang dilengkapi dengan 6GB RAM + 256GB storan, sesuai untuk pengguna yang banyak menggunakan rangkaian Wi-Fi.
Varian kedua adalah HONOR Pad 20 5G yang menawarkan 8GB RAM + 256GB storan dan keupayaan sambungan 5G untuk kelajuan internet yang lebih pantas di luar kawasan liputan Wi-Fi.
Perbezaan ketara pada varian 5G ini termasuklah peningkatan kamera belakang kepada 13MP berbanding 8MP pada varian Wi-Fi, serta ketebalan dan berat yang sedikit berbeza iaitu 6.39mm dan 548 gram.
Varian ketiga adalah HONOR Pad 20 Pro yang merupakan model paling premium dengan spesifikasi terbaik, hanya didatangkan dalam versi Wi-Fi dengan 8GB RAM + 256GB storan, cip Snapdragon 8s Gen 4, skrin 165Hz Paperlike, dan sokongan pengecasan 66W.
Artikel berkaitan: 17 Tablet Murah Terbaik untuk Kerja, Pelajar & Guru (Bawah RM1000)
Harga HONOR Pad 20 di Malaysia

Bagi pasaran Malaysia, harga tablet ini ditetapkan pada tahap yang kompetitif.
Harga runcit rasmi untuk HONOR Pad 20 Wi-Fi (6GB + 256GB) bermula dari RM1,999, manakala HONOR Pad 20 5G (8GB + 256GB) dijual pada harga RM2,299, dan HONOR Pad 20 Pro (8GB + 256GB) pula pada harga RM2,499.
Apa yang menarik, HONOR menawarkan diskaun pendidikan istimewa sebanyak 15% untuk pelajar bagi siri HONOR Pad 20 ini, yang boleh menurunkan harga permulaan serendah RM1,699.15 untuk model Wi-Fi.
Sebagai nilai tambah, setiap pembelian siri HONOR Pad 20 disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM898 yang merangkumi papan kekunci pintar Bluetooth dan stylus HONOR Magic-Pencil 4S, menjadikan pembelian ini lebih bernilai.
Tablet ini boleh didapati melalui laman web rasmi HONOR, platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada, serta peruncit bertauliah seperti Senheng, senQ, Harvey Norman, dan Urban Republic, manakala varian 5G juga ditawarkan melalui rangkaian telekomunikasi CelcomDigi dan Maxis.
Dengan pelbagai varian yang ditawarkan, pengguna boleh memilih model yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR Malaysia.




