Cara Matikan Setem Hasil untuk Pelajar Secara Online (2026)

cara matikan setem hasil untuk pelajar
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Cara matikan setem hasil untuk pelajar sering menjadi persoalan, terutamanya apabila melibatkan dokumen penting seperti surat tawaran pengajian atau perjanjian pinjaman pendidikan.

Ramai pelajar masih keliru tentang fungsi setem hasil dan bagaimana cara yang betul untuk “mematikan” atau mengesahkannya agar dokumen tersebut sah di sisi undang-undang.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan lengkap dan mudah difahami tentang cara matikan setem hasil untuk pelajar, termasuk langkah-langkah, jenis dokumen yang terlibat serta tips supaya proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Apa itu Duti Setem?

Duti setem ialah cukai langsung yang dikenakan oleh Kerajaan ke atas surat cara bertulis tertentu seperti perjanjian sewa, perjanjian pinjaman, perjanjian jual beli serta surat cara undang-undang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Setem 1949.

Siapa yang Perlu Bayar Duti?

Seksyen 33 bagi surat cara yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, pihak yang perlu membayar duti ialah:

  • Perjanjian pinjaman pelajaran
  • Perjanjian pinjaman perumahan
  • Borang 14 KTN
  • Perjanjian sewaan / pajakan tanah
  • Salinan perjanjian sewaan / pajakan tanah
  • Pemberi sewa / pajakan (lessor)
  • Penyewa / penerima pajakan (lessee)
  • Penerima pemberian / penerima pindah milik (grantee / transferee)
  • Penanggung obligasi (obligor)
  • Penggadai / penggadai janji (changor / mortgagor)

Jenis Duti Setem

Terdapat dua jenis duti setem:

Duti TetapDuti Ada Valorem
Duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat caraDuti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan
Harga yang dikenakan bagi duti setem ini telah ditetapkan mengikut kategori tersendiri dan tidak berubahHarga yang dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan
Contoh dokumen: surat kuasa wakil, nota janji hutang, polisi insuransContoh dokumen: surat cara pindah hak milik hartanah, perjanjian sewa, perjanjian pinjaman

Cara Matikan Setem Hasil untuk Pelajar

Berikut adalah cara matikan setem Hasil untuk pelajar:

    1. Layari http://stamps.hasil.gov.my
    2. Masukkan No. Kad pengenalan diri dan kata laluan
    3. Klik butang “Daftar Masuk”
    cara matikan setem hasil untuk pelajar
    LANGKAH 1
    1. Klik menu “Borang Permohonan”
    2. Pilih penyeteman
    cara matikan setem hasil untuk pelajar
    LANGKAH 2
    1. Pilih jenis penyeteman “Sekuriti”
    2. Pilih Pejabat Setem
    3. Pilih Tarikh Perjanjian Disempurnakan
    cara matikan setem hasil untuk pelajar
    LANGKAH 3
    1. Tapi Nama Perjanjian
    2. Pilih Prinsipal
    3. Klik Simpan Maklumat Am
    cara matikan setem hasil untuk pelajar
    LANGKAH 4
    1. Pilih pautan Syarikat / Perniagaan / Agensi Tidak Berdaftar dengan SSM untuk mengisi maklumat Pihak Pertama
    2. Pilih pautan individu untuk mengisi maklumat Pihak Kedua
    cara matikan setem hasil untuk pelajar
    LANGKAH 5
    1. Pihak Pertama klik Tiada bagi ruang Nombor Pendaftaran Syarikat dan simbol (*) adalah tanda bagi ruang yang wajib diisi
    2. Klik simpan setelah maklumat lengkap diisi
    cara matikan setem hasil untuk pelajar
    LANGKAH 6
    1. Pihak kedua klik “Guna Maklumat Dari Profil Saya” dan simbol (*) adalah tanda bagi ruang yang wajib diisi
    2. Klik simpan setelah maklumat lengkap diisi
    LANGKAH 7
    1. Semak maklumat Bahagian A
    2. Pilih Tab Bahagian B setelah selesai semak
    LANGKAH 8
    1. Simbol (*) adalah tanda bagi ruang wajib diisi
    2. Klik (Ya) dan nyatakan tempoh bayaran balik pinjaman
    3. Sila isi bilangan salinan perjanjian pinjaman sekiranya ada
    4. Klik Simpan Bahagian B setelah maklumat lengkap diisi
    LANGKAH 9
    1. Tidak perlu diisi, abaikan ruangan ini
    2. Klik Simpan Bahagian C
    LANGKAH 10
    1. Klik Choose File dan muat naik Dokumen Perjanjian
    2. Klik Simpan setelah fail dilampirkan
    LANGKAH 11
    1. Klik untuk lengkapkan perakuan
    2. Klik Butang Simpan dan Hantar untuk menghantar permohonan penyeteman yang telah lengkap
    LANGKAH 12
    1. Setelah Klik Hantar, sistem akan bertukar kepada status LHDNM Proses. Semakan status boleh disemak di bahagian Tab Log
    LANGKAH 13

    PANDUAN CARA MATIKAN SETEM UNTUK PELAJAR

    Maklumat Lanjut

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM yang berdekatan atau melalui Borang Maklum Balas Pelanggan di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my  > Pertanyaan > Duti Setem.

    Soalan Lazim Cara Matikan Setem Hasil untuk Pelajar

    RUJUK SOALAN LAZIM E-DUTI SETEM

    Apakah itu duti setem?

    Duti setem ialah cukai langsung yang dikenakan oleh Kerajaan ke atas surat cara bertulis tertentu seperti perjanjian sewa, perjanjian pinjaman, perjanjian jual beli serta surat cara undang-undang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Setem 1949.

    Mengapa duti setem perlu dibayar?

    Duti setem perlu dibayar bagi memastikan sesuatu surat cara adalah sah dan boleh diterima sebagai bukti di sisi undang-undang, termasuk untuk digunakan di mahkamah sekiranya berlaku pertikaian.

    Adakah semua surat cara dikenakan duti setem?

    Tidak. Hanya surat cara yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Setem 1949 sahaja yang tertakluk kepada duti setem.

    Apakah itu Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS)

    STSDS ialah sistem yang membolehkan pembayar duti menaksir sendiri duti setem yang perlu dibayar ke atas sesuatu surat cara tanpa perlu menunggu notis taksiran daripada LHDNM.

    Bilakah STSDS mula dilaksanakan?

    STSDS dilaksanakan secara berfasa bermula 01 Januari 2026.

    Apakah surat cara yang terlibat dalam Fasa Pertama STSDS?

    Fasa Pertama melibatkan surat cara di bawah kategori Penyeteman Am, Sekuriti dan Sewa / Pajakan.

    Apakah perbezaan STSDS dengan taksiran formal?

    STSDS :
    Pembayar duti mengisi BNDS dan membuat taksiran duti setem secara kendiri. Bayaran duti boleh dibuat selepas BNDS berjaya dihantar.

    Taksiran Secara Formal :
    Pembayar duti mengisi BNDS dan menghantar permohonan untuk diproses oleh LHDNM. Bayaran duti setem hanya boleh dibuat setelah Notis Taksiran dikeluarkan.

    Siapakah yang bertanggungjawab membayar duti setem?

    Individu atau pihak yang bertanggungjawab membayar duti setem adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Setem 1949. Sila rujuk Garis Panduan Teknikal: Pengenalan Duti Setem Di Bawah Akta Setem 1949 bertarikh 06 November 2025.

    Baca juga: STAMPS LHDN – Cara Beli Duti Setem & Cetak Sijil Setem Online

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut