Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bermula 1 Mac 2026, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menaikkan had pengeluaran dalam talian (online) kepada RM5,000 sebulan naik daripada RM2,000 sebelum ini. Pengeluaran ASB boleh dilakukan melalui aplikasi myASNB ataupun melalui portal myASNB di https://www.asnb.com.my/

Jika anda perlu mengeluarkan amaun yang lebih besar, anda wajib melakukannya secara fizikal di kaunter cawangan ASNB atau ejen berdaftar (Pejabat Pos, Maybank, CIMB, Bank Islam, dll.) tanpa sebarang had maksimum pengeluaran.

Jom kami kongsikan cara keluarkan duit ASB anda sama ada secara online ataupun di kaunter, berserta had pengeluaran bagi setiap akaun.

Pengeluaran myASNB Secara Dalam Talian

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!

Sila rujuk: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB

Cara Keluarkan Duit ASB

Cara Keluarkan Duit ASB Online

Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

Cara Keluarkan Duit ASB

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/

Keluarkan duit asb

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

Keluarkan duit asb

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

pengeluaran asb

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

pengeluaran asb

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

Keluarkan duit asb

LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB

SELESAI!

Anda juga boleh rujuk video panduan pengeluaran duit ASB secara online di bawah:

PANDUAN BERGAMBAR PENGELUARAN DUIT ASB MELALUI APLIKASI myASNB
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
1. Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
2. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
3. Pilih “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran

4. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya.

Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
5. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
6. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
7. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
8. Klik Benarkan.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
9. Transaksi diluluskan. Klik OK.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
10. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
Pengeluaran selesai.

Had Pengeluaran ASB (2026)

A) BAGI PENGELUARAN ONLINE:

Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 5,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan Balik (unit)Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan OgosStatus urus niaga
11/8ASB3,5001,500Berjaya
15/8ASB 3 Didik1,5000Berjaya
20/8ASN5000Tidak Berjaya

Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 5,000.00 unit bagi bulan Ogos.

Cara Keluarkan Duit ASB

B) BAGI PENGELUARAN SECARA MANUAL (DI KAUNTER):

Tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB (bank).

Proses pengeluaran di kaunter biasanya memerlukan pemegang akaun membawa dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan dan buku ASB (jika ada) untuk tujuan pengesahan.

Pengeluaran boleh dilakukan terus di kaunter ASNB, pejabat pos atau ejen yang berdaftar dengan ASNB yang menyediakan perkhidmatan jualan balik unit amanah.

Setelah pengeluaran diproses di kaunter, wang akan diserahkan secara tunai kepada pemegang akaun atau dipindahkan ke akaun bank jika permohonan dibuat dengan maklumat akaun bank yang sah.

Tempoh Duit ASB Masuk Dalam Bank

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya. Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja

Cara Keluarkan Duit ASB
Sumber: FAQ ASNB

Sekiranya wang masih belum masuk selepas tempoh tersebut, kemungkinan sebab-sebabnya adalah:

  • Maklumat akaun bank tidak tepat atau tidak sah.
  • Akaun bank yang digunakan tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga, akaun bersama, atau e-wallet).
  • Butiran peribadi di ASNB berbeza dengan rekod bank (contoh: nama atau nombor kad pengenalan).
  • Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Pemegang unit adalah bertanggungjawab memastikan nombor akaun bank yang didaftarkan betul dan sepadan bagi mengelakkan kelewatan pemindahan.

Cara Keluarkan Duit ASB
Sumber: FAQ ASNB

Muat Turun Aplikasi myASNB

Sekiranya anda belum mempunyai akaun myASNB, sila muat turun melalui:

Kemudahan Aplikasi myASNB
Kemudahan Aplikasi myASNB

Maklumat Lanjut

Bagi mengajukan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 yang beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan).

Soalan Lazim Cara Keluarkan ASB Secara Online

Berapakah had maksimum pengeluaran ASB secara online sebulan?

Had maksimum pengeluaran dalam talian adalah RM5,000 sebulan secara akumulatif (gabungan semua tabung dana ASNB).

Berapakah jumlah minimum bagi setiap transaksi?

Jumlah minimum untuk satu transaksi jualan balik adalah RM100.

Bolehkah saya mengeluarkan semua duit ASB saya secara online?

Tidak boleh jika baki anda melebihi RM5,000. Untuk pengeluaran melebihi RM5,000 atau pengeluaran penuh (total withdrawal), anda wajib hadir secara fizikal ke kaunter cawangan ASNB atau ejen sah.

Apakah yang perlu dilakukan jika status transaksi memaparkan ‘Gagal’ (Failed)?

Sekiranya transaksi gagal (contohnya akaun bank tidak aktif atau maklumat salah), unit ASB tersebut akan dikembalikan semula ke dalam akaun simpanan ASNB anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Apakah yang terjadi jika pengeluaran online dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad?

Transaksi tersebut hanya akan mula diproses oleh pihak bank pada hari Isnin (hari bekerja berikutnya). Oleh itu, tempoh 1–3 hari bekerja tersebut akan mula dikira dari hari Isnin.

Penulis