Bekerja dari rumah (WFH) atau dari mana-mana sahaja bukan lagi satu kerjaya yang mustahil. Bahkan ramai yang menjadi ia sebagai sumber pendapatan utama terutamanya bagi mereka yang mempunyai kepakaran tertentu.
Antara bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam dunia freelancer dan kerja remote/WFH ialah bidang bahasa, penulisan, AI, data, IT, customer, reka bentuk grafik, penyuntingan video, pemasaran digital, pemasaran media sosial, perakaunan/pembukuan digital, e-pembelajaran (online tutoring) dan sebagainya.
Jom rujuk beberapa platform cara kerja remomte/WFH yang anda boleh cuba terokai di bawah untuk menjana pendapatan sama ada dalam ringgit mahupun mata wang asing.
Platform Cari Kerja Remote / WFH
Cabaran utama bagi pencari kerja remote ialah mencari lubuk permohonan yang sah dan bebas daripada penipuan (scam). Senarai platform di bawah adalah antara platform yang boleh dipercayai namun begitu, anda juga tetap perlu berhati-hati agar tidak terkena scam.
1. AI Training, Data Annotation & Berkaitan
- Alignerr: Melatih model AI mengikut kepakaran domain anda (Bahasa, Penulisan Kreatif, Matematik, Kod) dengan menilai dan memperkemas respons AI.

- Crowdgen: Menyediakan projek jangka panjang untuk penilaian enjin carian, pengumpulan data suara, dan pelabelan AI teks/imej.

- Clickworker: Tugasan mikro (micro-tasks) mudah seperti pelabelan imej, transkripsi teks pendek, serta tinjauan data untuk latihan AI.

- DataAnnotation: Melatih AI melalui perbualan chatbot, menilai ketepatan fakta, menulis kod pengaturcaraan, dan membuat perbandingan respons.
- Datavio: Menyediakan projek mengenai data, pengumpulan data multimodal (imej/video), dan anotasi bahasa.
- Innodata: Projek transformasi data dan latihan LLM (Large Language Model) khusus untuk sektor korporat, undang-undang, dan perubatan.
- OneForma: Platform pelbagai tugasan yang menawarkan kerja penilaian internet, transkripsi audio, penterjemahan, dan latihan data AI.

- Outlier: Mengupah pakar bidang (STEM, Sastera, Pengaturcaraan) untuk menulis respons berkualiti tinggi dan melakukan pengauditan jawapan AI.
- Mindrift: Melatih gaya penulisan AI, menulis prom (prompts), serta melakukan ulasan kod.
- Mercor: Platform yang memadankan pembangun perisian dan pakar teknikal secara automatik dengan projek latihan AI berintensifkan tinggi.

2. Terjemahan, Pembantu AI, Penulisan, & Kerja Freelance Umum
- Translation Nomad: Menyediakan peluang kerja bidang penterjemahan, latihan dan rangkaian antarabangsa yang saling menyokong untuk membolehkan ahli linguistik berhubung, belajar, dan berkembang bersama
- ProZ: Platform untuk penterjemah bebas mencari kontrak terus daripada agensi global
- TELUS Digital AI: Menguruskan projek penilaian internet, penilaian media sosial, dan tugasan linguistik.
- Welocalize: Menawarkan kerja penterjemahan, transkripsi, serta Search Engine Evaluator (menilai kualiti carian Google/Bing).
- Contra: Platform portfolio moden bebas komisen untuk mempamerkan servis anda dan menerima bayaran terus daripada klien global.

- Twine: Pasaran khusus untuk penggiat kreatif (pereka grafik, editor video, pembuat muzik) serta pakar data AI bebas.
- Upwork: Platform bidaan kerja bebas terbesar di dunia yang merangkumi semua jenis pekerjaan digital dari pentadbiran sehinggakan konsultasi undang-undang.

- Fiverr: Platform pasaran gig di mana anda menyenaraikan servis (contoh: “Saya akan melukis logo untuk $20”) dan menunggu pembeli membuat pesanan.
- Guru: Pasaran freelance global otai yang sangat selamat untuk tugasan kemasukan data, penulisan, dan sokongan maya.
- PeoplePerHour: Platform freelancer yang sangat sesuai untuk mencari projek pemasaran digital dan penulisan kandungan kreatif.
- Hubstaff Talent: Platform carian kerja remote yang 100% percuma tanpa sebarang caj potongan komisen pada gaji anda.
- FlexJobs: Platform berbayar (untuk pencari kerja) yang menjamin setiap iklan jawatan kosong WFH adalah 100% bebas daripada penipuan (scam).

3. Pembangunan Perisian, Kejuruteraan & IT
- Arc.dev: Membantu pembangun perisian jarak jauh untuk dipadankan dan ditemuduga oleh syarikat-syarikat teknologi di US dan Eropah.
- Turing: Menggunakan algoritma berasaskan AI untuk menapis dan memadankan jurutera perisian global dengan kontrak kerja remote sepenuh masa.

- Toptal: Platform eksklusif yang hanya menerima 3% bakat teknikal terbaik dunia untuk projek bernilai tinggi daripada syarikat Fortune 500.
- Gun.io: Menghubungkan pembangun perisian bebas profesional dengan syarikat yang memerlukan sokongan teknikal.
- GitStart: Mengubah tugasan pengekodan (coding) untuk diselesaikan oleh pembangun perisian bebas dari rumah.

4. Tutor Online
- Preply: Platform popular di mana anda boleh menawarkan kelas tutor untuk pelbagai subjek sekolah, universiti, atau bahasa (termasuk mengajar Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris). Anda boleh menetapkan kadar bayaran per jam sendiri.
- Cambly: Khusus untuk tutor Bahasa Inggeris. Anda hanya perlu berbual secara santai dengan pelajar dari pelbagai negara untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi.
- MyTutor.my: Salah satu ekosistem edu-gig 1-ke-1 terbesar di Malaysia. Platform ini sangat mesra tutor kerana menyediakan latihan mingguan, jaminan bayaran dalam masa 5 hari bekerja dan sebagainya.

- Superprof Malaysia: Platform pasaran tutor yang sangat popular. Anda boleh membina profil secara percuma, menetapkan kadar bayaran sejam sendiri dan mengajar subjek akademik, muzik, mahupun kemahiran digital.
- Pandai Live Tuition: Platform pendidikan interaktif tempatan yang popular. Mereka sering mengambil tutor atau guru untuk mengendalikan kelas tuisyen secara langsung (live) bagi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 mengikut silibus.

- Tuition Hero: Agensi tuisyen tempatan yang kerap mengemas kini senarai jawatan kosong untuk kelas online. Kadar bayaran purata adalah sekitar RM30 hingga RM80 sejam mengikut gred subjek.
- Tiger Campus Malaysia: Khusus untuk tutor yang boleh mengajar kurikulum tempatan serta antarabangsa (IGCSE, A-Level, IB). Kadar bayaran teknikal mereka boleh mencecah RM50 hingga RM100 sejam.

Tips Penting Sebelum Memohon Kerja Remote/WFH
- Sediakan Portfolio Digital (Bukan Sekadar Resume): Klien tidak hanya menilai kelayakan akademik. Mereka mahu melihat bukti kerja anda (proof of work). Sediakan pautan portfolio yang kemas seperti GitHub (untuk pembangun IT), Behance/Dribbble (untuk pereka grafik), portfolio tulisan di Google Drive (untuk penterjemah/penulis SEO), atau video intro ringkas (untuk tutor online).
- Optimumkan Profil LinkedIn Anda: Banyak agensi (seperti RWS, Lionbridge) dan syarikat AI menyemak profil LinkedIn calon sebelum meluluskan permohonan. Pastikan profil anda dikemas kini dengan kemahiran teknikal yang relevan, menggunakan gambar yang profesional, dan aktifkan butang Open to Work (tapis kepada peranan Remote Only).
- Fahami Struktur Ujian Kelayakan (Assessment): Hampir 90% platform latihan AI dan agensi bahasa mewajibkan anda lulus ujian saringan yang sangat ketat. Jangan terburu-buru semasa mengambil ujian ini. Pastikan anda membaca garis panduan (guidelines) yang disediakan dengan teliti.
- Sediakan Sistem Pembayaran Antarabangsa: Kebanyakan platform global membayar dalam mata wang asing (USD/Euro). Sebelum memohon, pastikan anda sudah mendaftar dan mengesahkan (verify) akaun kewangan digital seperti Wise, PayPal, atau Payoneer untuk mengelakkan sebarang masalah kelewatan menerima gaji atau potongan yuran pemindahan yang tinggi.
- Wujudkan Ruang Kerja yang Kondusif & Internet Stabil: Kerja remote memerlukan disiplin diri yang tinggi. Syarikat luar negara biasanya akan melakukan ujian kelajuan internet (speed test) semasa proses temuduga atau pendaftaran. Pastikan anda mempunyai talian internet yang stabil (sebaiknya jalur lebar/fiber) dan set kepala (headset) yang jelas, terutamanya bagi bidang seperti online tutoring dan sokongan pelanggan.
- Berwaspada dengan Taktik Penipuan (Scam): Peraturan emas dunia freelance >> Jangan sesekali membayar wang untuk mendapatkan kerja. Platform cari kerja yang sah tidak akan meminta anda membayar yuran pendaftaran, yuran latihan, atau membeli perisian khas daripada mereka. Jika tawaran tersebut kelihatan terlalu mudah (contohnya: gaji RM500 sehari hanya untuk menaip semula dokumen tanpa sebarang temuduga), ia berkemungkinan besar adalah penipuan.
Mencari kerja remote memerlukan kesabaran tinggi, tetapi dengan menggunakan platform yang betul, peluang anda untuk membina kerjaya global dari keselesaan rumah anda adalah sangat luas.
Selamat mencuba!
Soalan Lazim Senarai Platform Cari Kerja Remote / WFH
Ya. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan pihak ketiga (scammer) yang cuba menyamar sebagai wakil syarikat tersebut di aplikasi Telegram atau WhatsApp.
Tidak. Pendaftaran di semua platform cari kerja yang sah adalah 100% PERCUMA. Jika ada mana-mana pihak atau laman web yang meminta anda membayar “yuran pengaktifan akaun”, “yuran latihan”, atau “deposit sekuriti”, itu adalah tanda amaran penipuan (scam).
Kegagalan biasanya berpunca daripada; tidak lulus ujian saringan (assessment), kesilapan semasa mengisi profil, kepakaran tidak sesuai.
Boleh. Kebanyakan platform kontrak seperti Alignerr, Preply, Upwork, dan Clickworker mengamalkan konsep free-flow. Ini bermakna tiada waktu kerja tetap dan anda bebas memilih jumlah jam bekerja mengikut kelapangan masa anda sendiri.




