Temasya Sukan Asia ke-20 (Aichi-Nagoya 2026) kini sedang berlangsung secara rasmi di kota Nagoya dan Wilayah Aichi, Jepun. Kejohanan beraneka sukan terbesar di benua Asia ini telah membuka tirainya pada 19 September dan dijadualkan berlangsung sehingga 4 Oktober 2026.
Jepun menjadi tuan rumah temasya ini buat kali ketiga selepas edisi Tokyo (1958) dan Hiroshima (1994), dengan menghimpunkan lebih 17,000 atlet dan pegawai daripada 45 buah negara bertanding.
Terdapat 43 jenis sukan dipertandingkan, merangkumi sukan Olimpik, e-sukan, sepak takraw, dan kabadi. Beberapa acara sukan seperti hoki, luncur air, dan skuasy turut menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Jom rujuk jadual perlawanan dan aksi atlet Malaysia dalam Sukan Asia di bawah.
Pengenalan & Sejarah Sukan Asia
Sukan Asia (Asian Games) merupakan temasya sukan beraneka acara peringkat serantau terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.
Temasya ini mula dianjurkan pada tahun 1951 di New Delhi, India, susulan idea untuk menyatukan negara-negara Asia menerusi sukan selepas Perang Dunia Kedua. Kejohanan ini dikawal selia oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).
Seperti Olimpik, ia diadakan setiap empat tahun sekali. Jepun menjadi tuan rumah bagi edisi ke-20 ini, yang merupakan kali ketiga negara matahari terbit itu mengelolakan Sukan Asia selepas edisi Tokyo (1958) dan Hiroshima (1994).
Untuk tahun 2026 ini, kontinjen Malaysia (Team MAS) menghantar seramai 352 orang atlet. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sasaran realistik sebanyak 33 pingat secara keseluruhan (6 Emas, 7 Perak, dan 20 Gangsa).

Tarikh Sukan Asia ke-20 (Aichi-Nagoya 2026)
Temasya ini bermula secara rasmi dari 19 September hingga 4 Oktober 2026 di Wilayah Aichi dan Kota Nagoya, Jepun.
Upacara perasmiannya telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada 19 September 2026 di Stadium Atletik Taman Nagoya Mizuho (Stadium Paloma Mizuho).
Jadual Atlet Malaysia Sukan Asia – 21 September
Berikut ialah jadual atlet Malaysia dalam Sukan Asia untuk 21 September (Isnin):
AKSI ATLET MALAYSIA (ISNIN 21 SEPTEMBER 2026)
SEPAKTAKRAW | 8:00 PG
- Men’s Team Regu (Preliminary) – Team
- MALAYSIA VS PHILIPPINES
WUSHU – TAOLU | 8:00 PG
- Women’s Changquan (Final) – Individual
- LEE JIA RONG & LOH YING TING
BADMINTON | 8:30 PG
- Men’s Team (1st Round) – Team
- MALAYSIA VS MONGOLIA
ARTISTIC GYMNASTICS | 9:00 PG
- Men’s All-Around (Qualification Sub 1) – Individual
- MUHAMMAD SHARUL AIMY
KARATE – KATA | 9:00 PG
- Men’s Individual Kata (Round of 16) – Individual
- MOHAMAD HAZNIL HENRY
SHOOTING – SHOTGUN | 9:00 PG
- Men’s Skeet Individual (Qualification) – Individual
- JOSEPH LEE JOON KIT
AQUATICS – SWIMMING | 9:18 PG
- Men’s 50m Freestyle (Heat 3) – Individual
- LIM YIN CHUEN & TONG YU JIN
KARATE – KATA | 9:20 PG
- Men’s Individual Kata (Quarter-Final – If Qualify) – Individual
- MOHAMAD HAZNIL HENRY
KARATE – KATA | 9:20 PG
- Men’s Individual Kata (Repechage) – Individual
- MOHAMAD HAZNIL HENRY
AQUATICS – SWIMMING | 9:48 PG
- Men’s 100m Breaststroke (Heat 4) – Individual
- ANDREW GOH ZHENG YEN
AQUATICS – SWIMMING | 10:14 PG
- Men’s 4x200m Freestyle Relay (Heat 2) – Team
- ARVIN SHAUN SINGH CHAHAL, KHIEW HOE YEAN, MUHAMMAD DHUHA ZULFIKRY & TAN KHAI XIN
KARATE – KATA | 10:20 PG
- Men’s Individual Kata (Final) – Individual
- MOHAMAD HAZNIL HENRY
KARATE – KUMITE | 12:50 TGH HARI
- Women’s Kumite -61kg (Quarter-Final) – Individual
- ZAKIAH ADNAN
KARATE – KUMITE | 2:30 PTG
- Women’s Kumite -61kg (Repechage – If Lose) – Individual
- ZAKIAH ADNAN
BASKETBALL 5X5 | 3:00 PTG
- Women’s Team (Group Phase) – Team
- MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI
KABADDI | 3:00 PTG
- Men’s Team (Preliminary Round) – Team
- MALAYSIA VS PAKISTAN
KARATE – KUMITE | 3:50 PTG
- Women’s Kumite -61kg (Final) – Individual
- ZAKIAH ADNAN
AQUATICS – SWIMMING | 4:42 PTG
- Men’s 100m Breaststroke (Final – If Qualify) – Individual
- ANDREW GOH ZHENG YEN
HOCKEY | 6:00 PTG
- Women’s Team (Group Stage) – Team
- MALAYSIA VS BANGLADESH
*Tertakluk Kepada Perubahan Semasa*




Jadual penuh semua perlawanan boleh rujuk di pautan rasmi berikut: https://www.aichi-nagoya2026.org/
Keputusan Terkini
Sehingga 21 September 2026, Malaysia telah berjaya membuka akaun pingat dengan memperoleh 2 Pingat Gangsa yang kedua-duanya disumbangkan melalui sukan Karate pada hari pertama saingan pingat (20 September).
| Bil | Sukan / Acara | Atlet | Pingat |
|---|---|---|---|
| 1 | Karate (Men’s Kumite -55kg) | Thevendran Kaliana Sundram | Gangsa |
| 2 | Karate (Men’s Kumite -60kg) | Hari Sankar Sureeya Sankar | Gangsa |
Untuk keputusan terkini, anda boleh terus rujuk di pautan rasmi berikut: https://www.aichi-nagoya2026.org/
Siaran Langsung Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
Siaran langsung Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Malaysia disiarkan secara rasmi melalui penyiar radio dan televisyen awam serta rangkaian televisyen berbayar utama.
Anda boleh menonton aksi para atlet kegemaran anda melalui platform berikut:
1. RTM (Radio Televisyen Malaysia): Sebagai penyiar rasmi, RTM membawakan liputan harian secara langsung.
- Saluran TV: Boleh ditonton di saluran Sukan+ (806) dan juga tersedia di MYTV Saluran 111.
- Aplikasi & Penstriman Digital: Anda boleh menonton secara percuma di mana-mana sahaja melalui RTMKlik.
2. Astro: Menyediakan liputan paling menyeluruh sehingga 13 jam sehari merangkumi 7 saluran sukan.
- Disiarkan melalui 5 saluran khas Asian Games iaitu ASG1 hingga ASG5 (CH 795-799), serta liputan tumpuan di Astro Arena (CH 801) dan Stadium Astro (CH 802). Saluran Sukan+ juga boleh diakses di Astro CH 806.
- Pelanggan Astro boleh menggunakan aplikasi Astro GO, Astro X3, atau platform Sooka untuk penstriman langsung pada peranti mudah alih.
Jadual Sesi Siaran Langsung RTM (Setiap Hari)
- Laporan Harian | Setiap Hari
- Sesi I: 10.00 Pagi
- Sesi II: 2.00 Petang
- Sesi III: 6.00 Petang
- Sorotan Harian | Setiap Hari
- Masa: 9.00 Pagi
- Platform Siaran:
- SUKAN+
- RTMKLIK

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan rujukan rasmi, jadual masa nyata (real-time), dan info terkini mengenai Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, anda boleh merujuk kepada platform-platform berikut:
- Laman Web Rasmi Aichi-Nagoya 2026: aichi-nagoya2026.org
- RTM Klik (Sukan+): rtmklik.rtm.gov.my
- Facebook: RTMKLIK
- Facebook: Sukan TV RTM
Soalan Lazim Sukan Asia ke-20 (Aichi-Nagoya 2026)
Sukan Asia 2026 berlangsung selama 16 hari, bermula dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.
Edisi ke-20 ini dihoskan bersama oleh Wilayah Aichi dan Kota Nagoya, Jepun. Upacara Perasmian dan olahraga diadakan di Stadium Atletik Taman Nagoya Mizuho (Stadium Paloma Mizuho).
Temasya ini mengumpulkan lebih daripada 15,000 hingga 17,000 atlet dan pegawai yang mewakili 45 buah negara dan wilayah di bawah Majlis Olimpik Asia (OCA).
Sebanyak 43 jenis sukan dengan 469 acara perebutan pingat secara keseluruhan.
Malaysia menghantar seramai 352 orang atlet. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sasaran realistik sebanyak 33 pingat secara keseluruhan (6 Emas, 7 Perak, dan 20 Gangsa).
Anda boleh menonton siaran langsung dan laporan harian percuma menerusi saluran Sukan+ dan aplikasi penstriman digital RTMKlik. Laporan harian disiarkan setiap hari pada jam 10:00 pagi, 2:00 petang, dan 6:00 petang.




