Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 6 Oktober 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Rayuan Tabung Haji, penambahbaikan pembiayaan LPPSA untuk penjawat awam, perkhidmatan pos ubat percuma, ambilan kedua UPU lepasan STPM dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Takwim Akademik & Cuti Sekolah KPM Sesi 2027 Diumumkan

Untuk semua ibu bapa, guru-guru dan rakyat Malaysia yang dah lama tertunggu-tunggu bila tarikh cuti sekolah untuk tahun depan, anda kini dah boleh buat perancangan!

KPM telah mengeluarkan Takwim Akademik dan Jadual Cuti Sekolah bagi Sesi Persekolahan Tahun 2027 secara rasminya di laman web https://www.moe.gov.my/

2. Permohonan Tabika Tunas Autisme

ermohonan kemasukan ke Tabika Tunas Istimewa @ KEMAS untuk tahun 2027 dibuka mulai 1-16 Oktober 2026 yang boleh dipohon menerusi Sistem KEMAS eDuceria https://ceria.kemas.gov.my.

Tabika Tunas Istimewa @ KEMAS atau juga dikenali sebagai Tabika KEMAS Autisme adalah merupakan inisiatif pendidikan khas untuk kanak-kanak autisme berumur 5 dan 6 tahun. Tarikh permohonan bagi sesi kemasukan 2027 dibuka melalui 1-16 Oktober 2026.

Tabika Tunas Istimewa (Tabika Autisme KEMAS)

3. Tarikh Gaji Penjawat Awam 2027

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2027 juga telah diumumkan bagi penjawat awam. Sila rujuk jadual di bawah :

tarikh gaji 2027
  • Januari: 25.01.2027 (Isnin)
  • Februari: 25.02.2027 (Khamis) — Catatan: Tahun Baharu Cina (6 & 7 Februari 2027)
  • Mac: 25.03.2027 (Khamis) — Catatan: Hari Raya Puasa (10 & 11 Mac 2027)
  • April: 22.04.2027 (Khamis)
  • Mei: 12.05.2027 (Rabu) — Catatan: Hari Raya Haji (17 & 18 Mei 2027)
  • Jun: 17.06.2027 (Khamis)
  • Julai: 21.07.2027 (Rabu)
  • Ogos: 25.08.2027 (Rabu)
  • September: 23.09.2027 (Khamis)
  • Oktober: 21.10.2027 (Khamis) — Catatan: Hari Deepavali (28 Oktober 2027)
  • November: 25.11.2027 (Khamis)
  • Disember: 20.12.2027 (Isnin) — Catatan: Hari Krismas (25 Disember 2027)
    • Rujukan dokumen: SPANM Bil. 5/2026 Lampiran 1

4. SYUKUR Fasa 3

MAKLUMAN AGIHAN BANTUAN SYUKUR FASA 3 TAHUN 2026

Dimaklumkan bahawa agihan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Fasa 3 secara tunai akan dilaksanakan mulai 7 hingga 9 Oktober 2026. Penerima Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 yang masih belum membuat tuntutan boleh mendapatkan agihan pada tarikh yang ditetapkan.

Tuntutan boleh dibuat di cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) yang berdekatan.
Semakan status: https://syukur.sabah.gov.my/⁠
Bagi penerima baharu, pemakluman akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa.

5. Belanjawan 2027 Akan Dibentangkan 9 Oktober, 3.30 petang

Pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini diawalkan kepada jam 3.30 petang, dengan kemudahan solat Jumaat turut disediakan di Dewan Bankuet Parlimen. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menerusi Pemasyhuran Yang Dipertua sebelum urusan persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini.

Menurutnya, surat pemakluman mengenai perubahan masa pembentangan Bacaan Kedua Belanjawan 2027 itu telah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen.

Belanjawan 2027 akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia merupakan Belanjawan MADANI kelima sejak pentadbiran Kerajaan MADANI dibentuk pada 2022.

Belanjawan kali ini membawa tema “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Ia berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu reformasi tatakelola.

6. Pembiayaan LPPSA Kedua Mula Ditawarkan 4 Oktober 2026

Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 serta Pengemaskinian Pekeliling dan Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA akan berkuatkuasa mulai 4 Oktober 2026.

Terdapat 3 perkara penting yang diumumkan iaitu:

  1. Boleh beli rumah dengan harga sampai RM1 Juta (had kelayakan dinaikkan).
  2. Boleh loan 2 rumah guna LPPSA.
  3. Tak perlu selesaikan loan rumah pertama, dah boleh terus apply untuk rumah kedua secara serentak.
LPPSA Kedua

Rujuk Soalan Lazim berikut untuk maklumat lanjut:

lppsa kedua
lppsa kedua

7. MyEG Digantung Perkhidmatan Berkaitan JPJ

PENGGANTUNGAN PERKHIDMATAN KUMPULAN MYEG (My E. G. SDN. BHD. & ZETRIX AI BERHAD) SEBAGAI EJEN PEMUNGUT JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan My E.G. Sdn. Bhd. dan Zetrix Al Berhad di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut bagi pihak JPJ akan digantung berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 05 Oktober 2026.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan serta kedudukan obligasi (tanggungjawab) yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.

Selaras dengan keputusan ini, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 05 Oktober 2026.

8. MyDigital ID Kini Menyokong MyKad Generasi Baru

IC generasi baharu atau IC sedia ada? Mana satu boleh? Kedua-duanya pun boleh guna daftar MyDigital ID.

Tak perlu keliru lagi. Memang selamat, pantas, mudah.

Menerusi versi terkini itu, pemegang MyKad generasi baharu kini boleh melaksanakan proses pengesahan identiti pelanggan secara elektronik (eKYC) serta mendaftar akaun baharu secara digital.

Berikut dikongsikan cara untuk pembatalan sijil MyDigital ID menggunakan MyKad Generasi Baharu.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User