Inisiatif Subsidi Tambang Pengangkutan Awam Selangor (ISTPA) kini telah diperluaskan untuk merangkumi perkhidmatan KTM Komuter bermula 1 Oktober 2026. Melalui inisiatif di bawah Pakej Daya Tahan Selangor ini, pemohon yang layak akan menerima subsidi tambang sebanyak RM30 sebulan.
Berikut adalah panduan lengkap mengenai syarat kelayakan, sektor yang terlibat, serta kaedah permohonan Subsidi Tambang KTM.
Apa Itu Subsidi Tambang KTM?
Subsidi Tambang KTM adalah sebuah bantuan kewangan digital yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakej Daya Tahan Selangor khusus untuk membantu meringankan kos pengangkutan harian rakyat.
Melalui program ini, individu yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM30 sebulan yang dikreditkan terus ke dalam e-dompet untuk digunakan bagi pembelian tiket perkhidmatan kereta api KTM Komuter.
- Jumlah: RM30 setiap bulan.
- Kaedah Agihan: Disalurkan dalam bentuk kredit digital melalui aplikasi Nine eWallet.
- Penggunaan: Hanya boleh digunakan untuk membayar tiket atau pas perjalanan KTM Komuter melalui sistem pembelian KTMB Mobile atau KITS.
Siapa yang Layak?
- Warganegara Malaysia
- Pengundi berdaftar di Selangor
- Pengguna KTM Komuter Lembah Klang & Utara serta Shuttle Selatan

Sektor KTM Komuter Yang Terlibat
Subsidi bulanan RM30 ini sah digunakan khusus untuk pengangkutan awam domestik kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan tidak merangkumi perkhidmatan kereta api laju seperti ETS (Electric Train Service) atau KTM Intercity. Sektor-sektor yang layak adalah:
- KTM Komuter Sektor Lembah Klang
- KTM Komuter Sektor Utara
- Perkhidmatan Shuttle Selatan
Cara Mohon Subsidi Tambang KTM
Jika anda Warganegara Malaysia dan Pengundi Berdaftar di Selangor, anda layak memohon subsidi berjumlah RM30 sebulan untuk digunakan di perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang, Komuter Utara dan Shuttle Selatan.
Rujuk cara-caranya di bawah:
- Muat turun aplikasi Nine di Google Play atau App Store
- Buat permohonan untuk kelayakan subsidi dan pilih KTM Komuter
- RM30 sebulan akan diterima dalam Nine eWallet sehingga Disember 2026
- Beli tiket dengan aplikasi KTMB Mobile atau KITS Style dan pilihan mod pembayaran – Nine
Aplikasi yang diperlukan:
- Anda perlu mempunyai akaun KTM Mobile / KITS Style untuk pembelian tiket KTM Komuter serta akaun NINE untuk membuat pembayaran. Peserta ISTPA yang layak akan melihat poket ”Subsidi Pengangkutan Awam” dalam aplikasi NINE.
Cara Pembelian
Bagi pemohon yang telah diluluskan untuk menerima subsidi:
- Mulakan di aplikasi KTM Mobile / KITS Style
- Pilih KTM Komuter dan pilih laluan perjalanan (Lembah Klang / Utara / Shuttle Selatan)
- Pilih origin dan destinasi serta tiket
- Sahkan butiran perjalanan dan pilih NINE sebagai kaedah pembayaran
- Jumlah tambang akan ditolak terus daripada Poket Subsidi ISTPA
Untuk panduan lebih terperinci, rujuk infografik di bawah:




Maklumat Lanjut
Untuk permohonan, kelayakan, penyaluran atau penggunaan ISTPA, hubungi khidmat pelanggan Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di talian 03-5650 0913 atau emel: [email protected].
Untuk isu pembayaran atau aplikasi NINE e-wallet, hubungi khidmat pelanggan WAVPAY Systems Sdn Bhd di:
- Talian: 03-7622 2519
- Emel: [email protected]
Untuk isu pembelian tiket, KTM Mobile / KITS Style, refund atau perkhidmatan KTM Komuter, hubungi khidmat pelanggan KTMB di talian: 03-9779 1200 (setiap hari, 7.00 pagi – 10.00 malam)
Atau,
Media sosial rasmi KTM Berhad iaitu:
- Faceboo: KTM Berhad
- Instagram: ktmbofficial
- Threads : @ktmbofficial
Soalan Lazim Subsidi Tambang KTM




Ya, anda layak sekiranya anda telah mengemaskini tempat mengundi dan sah sebagai pengundi berdaftar di Selangor
. Kelayakan dinilai 100% berdasarkan status daftar pemilih, bukan alamat pada kad pengenalan anda.
Tidak boleh. Subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket perjalanan biasa sahaja. Produk komuter lain seperti pas mingguan/bulanan, pas bermusim KTMB, serta perkhidmatan ETS dan KTM Intercity adalah dikecualikan daripada inisiatif ini.
Anda perlu membeli tiket secara dalam talian menerusi aplikasi KTMB Mobile atau portal KITS Style. Semasa memilih kaedah pembayaran di penghujung transaksi, pilih “Nine” sebagai mod pembayaran utama anda untuk menolak baki daripada Poket Subsidi ISTPA anda.
ISTPA tidak boleh digunakan untuk tiket tersebut kerana baki subsidi mesti mencukupi untuk membayar harga penuh tiket. Baki subsidi anda kekal dan boleh digunakan untuk transaksi ISTPA yang lain.




