Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) Fasa 3 2026 telah dibuka kepada semua anak-anak negeri Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil hingga Doktor Falsafah (PhD) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://www.tpns.site/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan tabung pendidikan ini.

Mengenai Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)

TPNS merupakan inisiatif pertama dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015 – 2023 yang bertemakan “Peluang Tajaan Untuk Semua” bagi membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara.

Tabung pendidikan ini diwujudkan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021, yang memperuntukkan dana untuk pendidikan di Sabah pada 9 Disember 2021 dan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2022.

Objektif tabung pendidikan ini diwujudkan adalah untuk mengumpul dana bagi membolehkan lebih banyak peluang tajaan dapat disalurkan kepada anak-anak negeri Sabah yang berjaya masuk ke institusi pengajian tinggi.

Menerusi tabung pendidikan ini, pelajar akan menerusi bantuan kewangan, termasuk biasiswa dan bantuan yuran pengajian kepada pelajar yang memerlukan, terutama di kalangan golongan B40 serta pelajar pascasiswazah.

Inisiatif Kerajaan Negeri Sabah juga selaras dengan salah satu teras Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Fungsi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)

Terdapat 3 fungsi utama tabung pendidikan ini iaitu:

  • Memberikan bantuan pendidikan secara one-off kepada pelajar kategori B40.
  • Memberikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Sabah yang tidak mendapat peluang tajaan daripada mana-mana agensi penaja.
  • Memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar / keluarga pelajar yang terjejas dengan bencana alam atau kematian.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan untuk memohon tabung pendidikan ini adalah pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2026.

Syarat Permohonan

Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah:

  1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon, ibu dan bapa berasal dari Negeri Sabah; atau
  3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dari Negeri Sabah; atau
  4. Salah seorang ibu atau bapa pemohon mempunyai status Penduduk Tetap Negeri Sabah/pemegang Pasport Luar Negara.
  5. Pemohon tidak mendapat sebarang tajaan dari mana-mana agensi penaja.
  6. Sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam / swasta (dalam negara / luar negara).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://tpns.site/register yang boleh diikuti menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Daftar Akaun: Cipta akaun dengan No. MyKad dan e-mel anda.
  2. Lengkapkan Profil: Isi maklumat diri, keluarga dan pengajian.
  3. Muat Naik Dokumen: Muat naik semua dokumen wajib (PDF atau gambar).
  4. Sahkan & Hantar: Semak semula, kemudian sahkan penghantaran.’
  5. Semak Status: Ikuti keputusan melalui dashboard atau semakan awam.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon, ibu dan bapa
  • Sijil Lahir Pemohon, ibu dan bapa
  • Surat Tawaran Pengajian
  • Surat Pengesahan Aktif Belajar
  • Penyata Pendapatan Pemohon, ibu dan bapa (Jika bekerja)
  • Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ibu dan bapa tidak bekerja)
  • Lain-lain Dokumen (Laporan Kemajuan Penyelidikan bab 1 hingga bab 3 bagi kursus Sarjana (Penyelidikan) / Doktor Falsafah)
  • Penyata Akaun Bank Pemohon

Semakan Status Permohonan

Selepas tamat tarikh permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan yang telah dibuat di pautan https://tpns.site/#semak-status.

Masukkan no rujukan yang dipaparkan di dashboard selepas permohonan disahkan, contohnya TPNS/2026/00001 diikuti dengan no kad pengenalan.

Klik butang ‘Semak Status’ dan status permohonan dipaparkan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)?

TPNS merupakan inisiatif pertama dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015 – 2023 yang bertemakan “Peluang Tajaan Untuk Semua” bagi membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara.

Apakah fungsi tabung pendidikan ini?

– Memberikan bantuan Pendidikan secara One-Off kepada pelajar kategori B40;
– Memberikan bantuan Pendidikan kepada anak-anak Sabah yang tidak mendapat peluang tajaan daripada mana-mana agensi penaja, dan;
– Memberikan bantuan Pendidikan kepada pelajar / keluarga pelajar yang terjejas dengan bencana alam / kematian;

Bilakah tarikh permohonan untuk tabung pendidikan ini?

Tarikh permohonan untuk tabung pendidikan ini adalah 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2026.

Siapakah yang boleh membuat permohonan tabung pendidikan ini?

– Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
– Pemohon, ibu dan bapa berasal dari Negeri Sabah; atau
– Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dari Negeri Sabah; atau
– Salah seorang ibu atau bapa pemohon mempunyai status Penduduk Tetap Negeri Sabah/pemegang Pasport Luar Negara.
– Pemohon tidak mendapat sebarang tajaan dari mana-mana agensi penaja.
– Sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam / swasta (dalam negara / luar negara).

Bagaimanakah cara untuk memohon tabung pendidikan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://tpns.site/register.

Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon?

– Kad Pengenalan Pemohon, ibu dan bapa
– Sijil Lahir Pemohon, ibu dan bapa
– Surat Tawaran Pengajian
– Surat Pengesahan Aktif Belajar
– Penyata Pendapatan Pemohon, ibu dan bapa (Jika bekerja)
– Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ibu dan bapa tidak bekerja)
– Lain-lain Dokumen (Laporan Kemajuan Penyelidikan bab 1 hingga bab 3 bagi kursus Sarjana (Penyelidikan) / Doktor Falsafah)
– Penyata Akaun Bank Pemohon

Selepas saya membuat permohonan, bagaimanakah cara untuk membuat semakan permohonan?

Pemohon boleh menyemak status permohonan yang telah dibuat di pautan https://tpns.site/#semak-status.

Maklumat Lanjut

Maklumat mengenai Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), sila layari pautan https://www.tpns.site/.

Baca juga: BISTARI Sabah – Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah

Penulis