CARA GANTUNG BENDERA MALAYSIA MENGIKUT TERTIB & PROTOKOL
Meriahnya Bulan Kemerdekaan ini jika ramai yang menghias dan menggantungkan bendera kan?
Tapi tahukah anda, nak gantung bendera Malaysia ni pun ada caranya tau.
Sebabnya bendera ini adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara.
Jadi, Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini perlulah dikibarkan secara tertib sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara sama ada sewaktu menaikkan atau menurunkannya.
Sebelum mengibarkan Jalur Gemilang, kita juga perlu mengambil kira faktor tempat, masa, saiz bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih dari satu jenis bendera bagi mengelakkan kesalahan protokol mengibarkannya.

Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul
Mengikut arahan Jabatan Perdana Menteri melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1994 : Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara, pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan, Badan-badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan mengibarkan Bendera Persekutuan iaitu Jalur Gemilang.
Selain itu, orang ramai digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang
di kediaman, premis-premis perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai.
Pekeliling ini juga menetapkan Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan pada hari-hari bekerja, Hari Kebesaran Persekutuan dan Hari Kebesaran Negeri.
Walau bagaimanapun, Jalur Gemilang boleh dikibarkan pada bila-bila masa dan di mana-mana selagi kesesuaian dan kehormatan terhadap bendera terpelihara.
Berikut dikongsikan cara gantung bendera Malaysia dengan betul untuk rujukan bersama.
(Rujuk infografik)
BEBERAPA JENIS BENDERA / JALUR GEMILANG



CARA GANTUNG JALUR GEMILANG


(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang Bendera Malaysia dan info yang perlu kita tahu mengenainya sebagai Rakyat Malaysia.
Muat Turun : http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/
MUAT TURUN : ‘Bendera Kita Jalur Gemilang’ https://www.pmo.gov.my/
Cara Gantung Bendera Malaysia (Video)
Cara Gantung Bendera & Kedudukan Jalur Gemilang (Video)
Sumber: Youtube Jabatan Penerangan Malaysia
Kesilapan Lazim
Tahukah anda, dalam semangat kita mengibarkan bendera / Jalur Gemilang, sebenarnya ada juga yang tidak kena dengan cara.
Yalah, walaupun kita nak nampak patriotik dengan menggayakan fesyen bendera Malaysia, namun masih ramai yang tidak peka dengan sensitiviti dan kesilapan yang mereka lakukan.
Penggunaan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, sampin, topi, tuala mandi, alas kusyen, pelitup muka dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN.
Walau bagaimanapun, penggunaan warna asas dan motif bendera (seperti gabungan warna merah, putih, biru dan kuning pada pakaian dan aksesori) adalah DIBENARKAN. Rujuk gambar di bawah untuk lebih faham.

Selain itu, penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan juga TIDAK DIBENARKAN.
Ini bermaksud, bendera itu tidak boleh diubah bentuk asalnya.
Penggunaan bendera dalam penghasilan logo turut TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Walau bagaimanapun, penggunaan warna asas dan motif bendera seperti gabungan merah, putih, biru dan kuning adalah dibenarkan.
Manakala dalam infografik, bendera TIDAK DIBENARKAN bertindih di antara teks dan bendera.

Baca juga:




