‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ – Lirik Lagu, Audio, Video

Malaysia Madani Rakyat Disantuni
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, lagu tema rasmi bertajuk “Malaysia Madani Rakyat Disantuni” telah dilancarkan sebagai simbol perpaduan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Mengusung mesej kasih sayang, kebersamaan dan semangat nasionalisme, lagu ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk lebih menghayati nilai-nilai murni Malaysia MADANI.

Orang ramai digalakkan untuk mendengar, berkongsi dan menggunakan lagu ini sebagai latar semangat bagi pelbagai program dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.

Latar Belakang Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’

Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) selaku Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti HKHM 2025.

Karya ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu seruan untuk menyatukan hati rakyat pelbagai kaum.

Ia merupakan cerminan visi kerajaan dalam memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan.

Konsep ‘Malaysia Madani’ melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat.

Tema ‘Rakyat Disantuni’ mengganmbarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.

Lagu ini dinyanyikan oleh Biduaniti Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan hasil dari lirik serta gubahan muzik oleh Affan Mazlan.

malaysia madani rakyat disantuni

Lirik Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’

Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara

Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia

Satu hati, walau berbilang bangsa
Kan bersama bawah naungannya

Satu jiwa
Tak kira apa warna
Takkan ada yang membezakan kita

Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa

Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara

Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia

Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara

Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia

Berdiri megah selamanya kita bersama
Warisan takkan binasa
Setia gagah bersama kita Merdeka
Kita semua anak Malaysia

Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa

Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara

Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia

Hai orang India
Berbudi bahasa
Lembut langkah tarian indahnya

Anak-anak orang Cina
Hai ada tarian naga
Merah menyala sungguh megahnya

Hai Melayu pula macam-macam budaya
Sebut sahaja hai semua ada

Orang Iban dan Kadazan semua gagah perkasa
Kita semua anak Malaysia

Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa

Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara

Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia

Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara

Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia

Kita semua sama Malaysia

@toktitiktok

Sehari sebelum bertolak ke Singapura untuk konsert The Next Wave, saya sempat merakamkan lagu tema Hari Kebangsaan 2025. Sebenarnya pencipta lagu ini, saudara Affan adalah penyanyi latar dalam konsert-konsert saya dan beliau juga ke Singapura bersama saya. Saya hanya diberitahu lagu ini ciptaan Affan sewaktu sedang dalam latihan muzik untuk konsert The Next Wave. Terima kasih @RTM Malaysia Official dan @KEMENTERIAN KOMUNIKASI di atas kepercayaan untuk saya menyampaikan lagu ini.

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza
Kredit: Tiktok @toktitiktok
@beritartm

‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ Lagu/Lirik/Gubahan Muzik: Affan Mazlan Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin Penyanyi Latar: Fareez Khairul, Mankimmal, Aleya Allisyah, Dila Asri ‘Yang sahih di RTM’ #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMADANI #TaatSetia #RancakkanMADANI #HKHM2025

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM
Kredit: Tiktok Berita RTM
  • Lagu/Lirik/Gubahan Muzik: Affan Mazlan
  • Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin
  • Penyanyi Latar: Fareez Khairul, Mankimmal, Aleya Allisyah, Dila Asri

Video Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’

Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

AUDIO DALAM MP3

TENTANG MALAYSIA MADANI

Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.

MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambilkira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.

6 NILAI TERAS MALAYSIA MADANI:

  1. Kemampanan
    • Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.
  2. Kesejahteraan
    • Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.
  3. Daya Cipta
    • Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.
  4. Hormat
    • Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia.
  5. Keyakinan
    • Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.
  6. Ihsan
    • Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.

TENTANG HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 (HKHM2025)

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala sambutan Hari Malaysia tahun ini berlangsung pada 16 September di Pulau Pinang dan ia bertepatan dengan amalan penggiliran iaitu setiap tahun kita tukar lokasi sama ada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Mengenai sambutan HKHM2025, terdapat 14 program sisipan akan dilaksanakan antaranya Kira Detik Merdeka, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 dan Wayang Pacak Merdeka

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2025, sila layari portal rasmi Merdeka360.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut