Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Majlis Kenduri / Kedai

CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA UNTUK MAJLIS KENDURI / KEDAI

Kerajaan telah memberi jaminan untuk tidak melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun 2022 ini.

Jadi, mungkin ramai dah plan nak buat kenduri dan majlis untuk berkumpul dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa kan?

Satu perkara perlu diingat, kita masih perlu amalkan SOP.

Jika nak buat majlis, wajib perlu scan kehadiran dengan MySejahtera untuk membantu mengesan penularan kontak rapat jika ada.

Di sini kami kongsikan cara buat QR code MySejahtera untuk anda yang nak anjurkan majlis kenduri nanti ok!

Apakah MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Kenapa Perlu Ada QR Code MySejahtera?

Dengan QR Code MySejahtera, pengesanan kontak rapat akan lebih mudah dibuat dan dimaklumkan.

Namun anda tak perlu risau kerana semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.

Klasifikasi Status Kesihatan Di MySejahtera

Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:

#Klasifikasi Penerangan
1Low RiskIndividu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
2Casual ContactIndividu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
3Close ContactIndividu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk: Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19) Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19 Mengembara bersama pesakit COVID-19 Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
4Person Under Surveillance (PUS)Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.
5Kes SuspekIndividu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.
6Confirmed CaseIndividu yang telah diuji positif COVID-19.

Baca juga: Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis / Majlis Kenduri

  1. Buka Laman Web MySejahtera atau https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  2. Daftarkan diri anda sebagai pemilik premis atau penganjur majlis.
  3. Masukkan No Telefon Atau Emel dan tekan ‘Daftar‘.
  4. Sekiranya anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon, masukkan nombor telefon anda yang bermula dengan 6. Contohnya 60123456789. Kemudian klik pada kotak i’m not robot dan seterusnya klik pada butang register.
  5. Masukkan Kod OTP (untuk telefon) atau klik pautan Email yang didaftarkan.
  6. Kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang didaftarkan melalui SMS.
  7. Isi maklumat yang diminta
  8. Tekan butang ‘Submit’ untuk menghantar.
  9. Setelah itu anda akan menerima QR code untuk dicetak sendiri (print).
  10. Siap! Dah boleh tampal QR Code di hadapan / pintu premis.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1

Buka Laman Web MySejahtera atau https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Daftarkan diri anda sebagai pemilik premis atau penganjur majlis.

Masukkan No Telefon Atau Emel dan tekan ‘Daftar‘.

PENTING: Sekiranya anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon, masukkan nombor telefon anda yang bermula dengan 6.

Contohnya 60123456789. Kemudian klik pada kotak i’m not robot dan seterusnya klik pada butang ‘Register’.

LANGKAH 2

Masukkan Kod OTP (untuk telefon) atau klik pautan Email yang didaftarkan.

Kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang didaftarkan melalui SMS.

Anda juga akan menerima e-mel seperti ini jika anda mendaftar menggunakan e-mel.

Sila klik pada pautan yang diberikan dalam e-mel untuk meneruskan proses pendaftaran.

LANGKAH 3

Sila lengkapkan maklumat pada ruangan yang disediakan.

LANGKAH 4

Anda akan menerima Kod QR untuk disimpan atau dicetak terus bagi kegunaan anda.

Ini contoh QR code yang telah dijana oleh MySejahtera.

Selesai print nanti, bolehlah ditampal pada pintu masuk ya!

Selamat mencuba.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang masalah, sila ajukan kepada HelpDesk MySejahtera di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Baca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!