Dividen Tabung Haji 2026 3.5%, Ini Cara Semak Akaun TH

dividen tabung haji 2026 2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Dividen Tabung Haji 2026 untuk Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2025 Diumum Pada 3.5%, Tertinggi Dalam Sejarah

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan (dividen) sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh 8 tahun, meningkat daripada 3.25 peratus pada 2024. Prestasi kukuh ini didorong oleh pelaburan strategik dan ekonomi domestik yang stabil.

Di sini dikongsikan info lanjut tentang jumlah agihan pendapatan TH 2025 / 2026 serta kadar yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.

Pengumuman Dividen TH 2025 / 2026

AGIHAN KEUNTUNGAN TH 2025

TERKINI : TH mengumumkan Agihan Keuntungan TH 2025 pada kadar 3.5%.

Zakat (2.5775%) turut dilunaskan oleh TH bagi pihak pendeposit.

Alhamdulillah!

dividen tabung haji 2026 2025
Sumber: Facebook Tabung Haji

INFO RINGKAS AGIHAN KEUNTUNGAN

  • Peningkatan prestasi didorong pelaburan yang berdaya tahan serta pengurusan kos yang berkesan
  • Kadar agihan keuntungan tertinggi dalam 8 tahun.
  • Jumlah agihan sebanyak RM3.22 bilion.
  • Memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit.

INFO RINGKAS AGIHAN KEUNTUNGAN

  • ZAKAT 2.5775%
    • Telah dilunaskan oleh TH bagi pihak pendeposit.
  • RM95 juta
    • Pelunasan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi tahun 2025.
  • RM1.57 bilion
    • Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan sehingga tahun 2025.
  • >726 ribu
    • Asnaf terima manfaat daripada Program CSR Zakat Wakalah TH sehingga tahun 2025.

Tarikh Semakan Akaun

Semakan pengkreditkan Agihan Keuntungan / dividen Tabung Haji 2025 boleh dibuat bermula pada Ahad, 19 Mac 2026, melalui :

  1. THiJARI
  2. Kaunter Tabung Haji
  3. Saluran elektronik Rakan Strategik TH : Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank Islamic, Maybank Islamic & CIMB Islamic

Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2025

Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2025 secara online melalui portal THiJARI:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI. 
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
  5. Untuk melihat agihan keuntungan, anda boleh melihat pada Sejarah Transaksi atau Penyata Akaun.
  6. Untuk melihat Sejarah Transaksi, sila pilih ‘Bulan’ dan ‘Tempoh Transaksi’. Sejarah transaksi dan pengkreditan dividen TH akan dinyatakan.
semakan dividen tabung haji TH Thijari 2025
  • Anda juga boleh muat turun ‘Penyata Akaun’ > Bulan 2025 dan klik pada butang ‘Carian Penyata’.
    Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2025 (seperti dalam gambar di bawah).
dividen tabung haji 2025
dividen tabung haji 2025

Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2025)

Berikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan sehingga tahun 203 dan tahun-tahun sebelum ini.

  • 1994 : 9.5%
  • 1995 : 9.5%
  • 1996 : 9.5%
  • 1997 : 9.5%
  • 1998 : 8.0%
  • 1999 : 8.0%
  • 2000 : 5.5%
  • 2001 : 3.25%
  • 2002 : 3.5%
  • 2003 : 4.0%
  • 2004 : 4.3%
  • 2005 : 4.5%
  • 2006 : 4.75%
  • 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2008 : 5.0%
  • 2009 : 5.0%
  • 2010 : 5.5%
  • 2011 : 6.0%
  • 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
  • 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus
  • 2014 : 6.25% + 2% Bonus
  • 2015 : 5% + 3% Bonus
  • 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
  • 2017 : 4.25% + 1.75%
  • 2018 : 1.25%
  • 2019 : 3.05%
  • 2020 : 3.10%
  • 2021 : 3.10%
  • 2022 : 3.10%
  • 2023 : 3.10%
  • 2024: 3.25%
  • 2025: 3.5%
dividen tabung haji 2025

Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji

Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat.

Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.

Cara Pengiraan Dividen TH

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2024/205 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2024 dan didarabkan dengan kadar dividen 2024.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x kadar dividen 2024 = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2024 / Bilangan Bulan) x kadar dividen 2024

Maklumat Lanjut

IBU PEJABAT
Menara TH Tun Razak
Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

TABUNG HAJI CONTACT CENTRE (THCC)
Telefon: +603 – 6207 1919
E-mel : [email protected]

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut