Advertisements

BLESS 2.0: Pendaftaran, Semakan & Borang Permohonan Lesen

Advertisements

PENDAFARAN, SEMAKAN & PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN BAGI LESEN PERNIAGAAN MELALUI PORTAL BLESS 2.0 SECARA ONLINE

BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau dalam Bahasa Malaysia, Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia.

BLESS 2.0 adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia.

BLESS menyediakan akses maklumat yang luas tentang Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan. Ia juga menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen / kelulusan / permit, serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS.

Semua lesen / kelulusan /permit bagi menjalankan perniagaan dalam semua sektor ekonomi di Malaysia boleh dipohon menerusi BLESS.

Premis perniagaan contohnya, diminta untuk memohon lesen runcit gula, minyak masak dan tepung bagi penjualan barang ini dan telah diterangkan cara untuk memohon di dalam sistem BLESS 2.0.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BLESS dan apakah kelebihannya jika anda mendaftarkan perniagaan anda di Portal ini.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

bless 2.0

Ciri-ciri & Kelebihan Mendaftar BLESS

Portal BLESS merupakan ‘PUSAT SETEMPAT’ secara atas talian bagi memohon lesen/kelulusan/permit daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Ia juga memberikan peluang kepada pemohon untuk mengesan tahap kemajuan sesuatu permohonan sehingga selesai. Platform BLESS menyediakan ciri-ciri komunikasi dan maklum balas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan penjelasan.

BLESS menyediakan capaian mudah terhadap maklumat-maklumat berkaitan dengan menjalankan perniagaan di Malaysia kepada orang awam serta pelabur dan peniaga tempatan dan luar negeri.

Ia juga merupakan sebuah pusat setempat yang membolehkan pelanggan untuk menghantar dan mengesan sesuatu permohonan di samping membolehkan stakeholder untuk memantau dan meluluskan permohonan. 

Menerusi BLESS, pemohon tidak perlu pergi ke pelbagai agensi Kerajaan untuk menyerahkan permohonan mereka.

bless 2.0

Cara Permohonan BLESS 2.0

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan lesen dan mendaftarkan syarikat melalui sistem ini secara online di portal https://bless2.bless.gov.my/bless2/login

CARA MEMOHON LESEN BERKAITAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN BLESS

  • Langkah 1 : Daftar butiran peribadi dan syarikat anda bagi mewujudkan akaun pengguna BLESS
  • Langkah 2 : Daftarkan perunding anda (jika perlu).
  • Langkah 3 : Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.
  • Langkah 4 : Klik pada pautan “SUBMISSION” di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.
  • Langkah 5 : Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.

CARA MENDAFTARKAN SYARIKAT DENGAN BLESS 2.0

Advertisements
  1. Langkah 1: Daftarkan diri anda dengan BLESS. Sila klik imej Mohon Lesen Perniagaan Di Sini yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS.  Teruskan dengan pendaftaran individu.
  2. Langkah 2 : Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Langkah 3 : Klik tab “Update Profile”
  4. Langkah 4 :Klik sub tab “Company Profile”
  5. Langkah 5 : Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan teruskan dengan  butang “Update”
  6. Langkah 6 : Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.  Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.
  7. Langkah 7 : Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Nota : Butiran syarikat anda akan dimaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan yang memproses permohonan lesen anda.  Anda tidak lagi perlu mengemukakan dokumen syarikat seperti Borang 24 dan Borang 49.

NOTA:

  1. Pemohon yang ingin memperbaharui Kebenaran PDA 1 dan Lesen CSA (runcit) bagi mengusahakan stesen minyak perlu membuat pembaharuan menerusi Permohonan Baharu dan memilih nama lesen – Kebenaran Menjalankan Aktiviti Di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA). Pemohon diminta memuatnaik (upload) kesemua dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan pembaharuan dalam permohonan tersebut (sila rujuk senarai semak dalam Garis Panduan Kebenaran PDA 1).
  2. Semakan Notifikasi Emel BLESS – Notifikasi pemakluman akan dihantar melalui emel kepada pengguna BLESS. Sekiranya pengguna tidak menerima sebarang notifikasi emel, sila semak folder SPAM pada emel tuan/puan.

Semakan Status BLESS 2.0

Setelah selesai mendaftar, anda boleh membuat semakan status melalui langkah berikut:

bless 2.0
  1. Lawati Laman Web BLESS di alamat https://www.bless.gov.my
  2. Klik pada butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN”.
  3. Untuk carian berdasarkan Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan “dropdown list” yang disediakan.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Untuk membuat carian berdasarkan No.Pendaftaran, sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.
  6. Untuk membuat carian berdasarkan No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.
  7. Selepas memasukkan maklumat berkaitan, sila klik butang “Hantar”.
  8. Selepas proses penghantaran selesai, status keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.
  9. Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan yang lain sila klik butang “Padam”.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Call Centre BLESS di talian 1-300-88-1020 atau melalui emel [email protected]

Anda juga boleh menggunakan fungsi pertanyaan dan maklum balas pada maklumat lesen perniagaan yang terdapat di portal.

Fungsi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk mengemukakan soalan dan menyediakan kemudahan perbincangan antara pemohon dengan agensi.

Sila rujuk pada ‘BANTUAN’ bagi mengetahui fungsi ini dengan lebih lanjut.

Baca juga:

Leave a Comment