einfo SSM : Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia

Pernahkah anda mendapatkan maklumat sesebuah syarikat dengan einfo SSM?

Mengikut undang-undang di Malaysia, sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan diwajibkan mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau singkatannya SSM.

Mengikut undang-undang di Malaysia, sekiranya perniagaan anda tidak didaftarkan ianya adalah satu kesalahan dan Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Fungsi dan peranan SSM

Secara ringkasnya, ​SSM merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

SSM mula beroperasi pada 16 April 2002 dan antara peranan utamany adalah mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Selain itu, SSM juga turut berfungsi membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Dengan portal einfo SSM, segala proses pencarian maklumat sesebuah perniagaan ini menjadi lebih mudah dan pantas.

Apa itu einfo SSM?

einfo

Laman einfo memudahkan proses pencarian dan pembelian maklumat sesebuah syarikat dan perniagaan di Malaysia terus dari pihak SSM.

Sudah tentulah maklumat yang diperolehi dipercayai dan paling terkini.

Antara dokumen yang boleh dibeli melalui laman einfo ini adalah:

  1. Profil syarikat
  2. Profil bisnes
  3. Butiran pemegang saham
  4. Sijil pendaftaran syarikat
  5. Butiran alamat perniagaan
  6. Butiran modal saham
  7. Butiran pemilikan saham
  8. dan banyak lagi…

Artikel berkaitan: Cara Renew SSM Online Di Laman Rasmi ezBiz (Perbaharui Perniagaan)

Cara semak dan cari maklumat syarikat

Sekiranya anda mahu mencari maklumat sesebuah syarikat atau perniagaan, anda boleh berbuat demikian di laman einfo SSM dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari laman einfo SSM di alamat https://www.ssm-einfo.my/index.php
  2. Klik pada butang “Register” sekiranya anda pertama kali menggunakan kemudahan ini. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Login”
  3. Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang dikehendaki
  4. Klik butang “Submit”
  5. Setelah proses pendaftaran selesai, anda boleh terus log masuk menggunakan Username dan Password yang didaftarkan
  6. Kini, anda boleh terus memulakan pencarian mengenai sesebuah syarikat.

Nota: Sekiranya maklumat yang anda cari tidak dijumpai, syarikat tersebut mungkin belum didaftarkan atau menggunakan nama syarikat/perniagaan lain untuk pendaftaran dengan pihak SSM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!