Bila Rayuan STR Masuk? – CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN & RAYUAN STR 2025 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK / TIDAK LULUS
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu bantuan kewangan utama kerajaan Malaysia untuk golongan B40 dan M40.
Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun diselesaikan untuk tahun 2025 ini. Seterusnya berbaki dua fasa lagi (Fasa 3 dan Fasa 4) untuk pembayaran STR 2025.
Jika permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda tidak lulus/ tidak layak, adalah penting untuk anda mengetahui maksud penolakan tersebut dan bagaimana cara untuk membuat semakan serta rayuan semula.
Cara Membuat Semakan Status STR 2025
Untuk mengetahui status permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan STR 2025 melalui beberapa kaedah rasmi:
- Portal Rasmi STR: Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
- Pejabat LHDNM: Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- Hotline BKK: Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hotline MOF: Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Atau, rujuk gambar di bawah:
Maksud Status STR 2025
Stelah membuat semakan dan mengetahui status permohonan anda, pemohon juga boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya mendapat status LULUS RAYUAN.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2024 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2025:
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
MAKSUD STATUS LULUS
Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
MAKSUD STATUS TIDAK LULUS
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2025 TIDAK LULUS?
Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2025
Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Langkah Selepas Status Tidak Lulus
1.Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.
2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.
3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.
Permohonan Rayuan STR 2025
Sekiranya status permohonan anda TIDAK LULUS, anda boleh menghantar permohonan rayuan.
Permohonan Rayuan STR 2025 dibuka khusus untuk pemohon yang menerima status “Tidak Lulus” atau permohonan ditolak bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025.
Rayuan ini memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat terkini atau dokumen sokongan tambahan bagi membuktikan kelayakan mereka.
Cara Membuat Permohonan Rayuan STR
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.
Secara Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima
NOTA:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
- Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
- Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.
Rayuan STR 2025 untuk Fasa 3
Rayuan STR 2025 untuk Fasa 3 akan dibuka kepada pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM.
Permohonan rayuan untuk Fasa 3 boleh dibuat mulai 16 Februari 2025 hingga 30 Jun 2025 Ini bermakna, jika permohonan anda tidak lulus pada Fasa 2 atau sebelumnya, anda boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh ini untuk dipertimbangkan bagi pembayaran Fasa 3.
Seterusnya, pembayaran STR Fasa 3 dijangka akan mula disalurkan secara berperingkat pada akhir Julai hingga awal Ogos 2025.
Pastikan anda membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa menyemak status permohonan di portal rasmi STR untuk maklumat terkini.
Bagi penerima yang permohonan baharu atau rayuannya diluluskan selepas pembayaran Fasa 2, mereka hanya akan menerima bayaran bermula Fasa 3 dan seterusnya, mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
Dokumen Sokongan yang Diperlukan
Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:
Bila Rayuan STR Masuk?
Dah buat rayuan, dan tertanya-tanya bila rayuan STR Masuk?
Pembayaran bagi pemohon yang membuat Rayuan STR 2025 akan disalurkan bersama pembayaran STR Fasa 3, yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada akhir Julai hingga Ogos 2025.
Tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDNM, namun berdasarkan corak tahun-tahun sebelum ini, pembayaran Fasa 3 biasanya dikreditkan pada bulan OGOS 2025.
Penerima rayuan yang diluluskan hanya akan menerima bayaran bermula fasa kelulusan tersebut dan seterusnya, mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ini bermakna, anda akan menerima bayaran untuk Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.
Soalan Lazim – Status TIDAK LULUS STR 2025 & Rayuan
Permohonan Semakan Semula boleh dilakukan sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan.
Rayuan STR 2025 hanya untuk pemohon yang telah memohon STR 2025 tetapi menerima keputusan “Tidak Lulus”.
Pemohon perlu membuat rayuan dalam tempoh yang diumumkan dan mengemukakan dokumen sokongan jika diperlukan.
Jika permohonan tidak wujud dalam sistem, pemohon perlu membuat permohonan baharu, bukan rayuan
Bagi permohonan yang berstatus Lulus Fasa 1 dan mengemukakan Borang Manual Disember 2024 sehingga 15 Februari 2025. Borang Permohonan anda akan diproses bermula Fasa 3.
Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Semakan Semula.
Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2025. Rujuk Soalan 72 bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.
Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai LHDNM. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai LHDNM, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat LHDNM.
Tidak. Bagi permohonan lulus fasa 1, permohonan rayuan yang melibatkan perubahan status perkahwinan, perubahan maklumat anak dan perubahan jumlah pendapatan isi rumah hanya dibenarkan mulai 16 Februari 2025 iaitu bagi semakan kelayakan fasa 3.
Pemohon yang berstatus lulus boleh mengemaskini maklumat asas permohonan sepanjang tahun. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Kemas Kini Maklumat Permohonan STR
Ya, setiap permohonan STR yang diterima akan diproses dan disemak kelayakan STR.
Permohonan yang dilakukan pada fasa 2 tetapi wujud pertindihan maklumat dengan permohonan lulus fasa 1, permohonan anda akan ditolak dengan kod alasan duplikasi permohonan disebabkan maklumat pasangan tersebut telah wujud dalam permohonan fasa 1.
Kemas kini perubahan status perkahwinan hanya dibenarkan pada fasa 3. Rujuk Jawapan 43 (b). Oleh itu, anda perlu kemukakan semula Permohonan Rayuan STR mulai 16 Februari 2025.
Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan bagi pengesahan pengenalan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Walau bagaimanapun sekiranya maklumat Nombor Pengenalan Pasangan / Anak yang sebenar tidak sama pada maklumat Borang Permohonan STR 2025 dokumen pengenalan Pasangan / Anak seperti di bawah perlu dikemukakan bagi tujuan pengesahan.
a. Dokumen asal / salinan pengenalan Pasangan:
i. MyKad
ii. MyPR
b. Dokumen asal / salinan pengenalan Pasangan
i. MyKad / MyKid Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)
Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Ya, semua permohonan STR yang berstatus tidak lulus disebabkan kod alasan pendapatan akan diproses pada Fasa seterusnya secara automatik bedasarkan data agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan perniagaan bagi pemohon di Semenanjung. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Bagi pemohon Sabah dan Sarawak perlu kemukakan Dokumen Tamat Perniagaan sehingga tarikh semasa.
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan status terkini syarikat akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Sebarang pengemukaan dokumen sokongan adalah tidak diperlukan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Kriteria pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) adalah seperti berikut:
a. Memiliki kenderaan mewah dan tahun buatan kurang daripada 10 tahun;
b. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) melebihi 3 buah dan tahun buatan kurang daripada 15 tahun;
c. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) melebihi 5 buah kereta dan tidak mengambil kira tahun buatan;
d. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 2,000 cc dan tahun buatan kurang 10 tahun;
e. Data pemilikan kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 1,600 cc dan tahun buatan kurang daripada 5 tahun;
f. Data pemilikan motosikal yang berkapasiti enjin melebihi 300 cc dan tahun buatan kurang 5 tahun; g. Data pemilikan motosikal melebihi 7 buah motosikal dan tahun buatan kurang 10 tahun;
h. Data pemilikan kenderaan bagi bahan bakar hibrid berumur kurang 3 tahun;
i. Data pemilikan kenderaan (kecuali motosikal) bagi bahan bakar elektrik dan tidak mengambil kira tahun buatan.
Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan
Kriteria bagi permohonan Tidak Lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang adalah seperti berikut:
a. Pemohon bujang berumur 20 tahun dan ke bawah atau pemohon bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke bawah; atau
b. Tiada data di Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebagai OKU bagi pemohon yang berumur 19 tahun – 20 tahun; atau
c. Pemohon wujud sebagai pelajar sepenuh masa
Anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR sekiranya berumur 21 tahun dan ke atas atau 19 tahun dan ke atas bagi pemohon berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); atau dokumen pembuktian yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:
a. Salinan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon yang berumur 19 tahun dan ke atas
b. Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau
c. Dokumen pembuktian Belajar Separuh Masa bagi sesi 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
Tidak. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Sekiranya anda merupakan pelajar bagi mod pengajian separuh masa, anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar separuh masa bagi sesi 2024 / 2025 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
Tidak. Permohonan Rayuan STR secara Dalam Talian tidak dibenarkan bagi alasan tidak lulus tersebut
Kriteria had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Wujud 3 atau lebih kediaman berdasarkan semakan akaun bil elektrik dengan agensi Kerajaan berkaitan; atau
b. Wujud 6 atau lebih kediaman Kampung House berdasarkan semakan akaun bil elektrik dengan agensi Kerajaan berkaitan.
Dokumen pembuktian yang perlu dikemukakan oleh anda adalah perjanjian sewa rumah. Anda perlu mengemukakan dokumen pindah milik / penjualan rumah / cukai tanah / cukai pintu sekiranya berkenaan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Ya. Anda dibenarkan untuk membuat Permohonan Rayuan Tambahan disebabkan berlaku perubahan pendapatan Isi Rumah. Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Ya. Rayuan Tambahan STR boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2024 / 2025.
Ya. Rayuan Tambahan boleh dilakukan tanpa sebarang dokumen pembuktian, semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
MUAT TURUN PDF SOALAN LAZIM DI BAWAH:
Bayaran STR Rayuan 2025 akan disalurkan bersama pembayaran STR Fasa 3, yang dijadualkan bermula Ogos 2025 dan dikreditkan secara berperingkat ke akaun penerima mengikut jadual rasmi yang diumumkan oleh kerajaan
Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : Ogos 2025.
Fasa 4 : November 2025.
Bayaran STR Fasa 3 bagi kategori bujang untuk tahun 2025 belum diumumkan secara rasmi. Namun, anggaran bayaran adalah sebanyak RM150. Jumlah ini adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan STR bujang tahun 2025 iaitu RM600 setahun,
Bayaran STR mungkin belum masuk kerana permohonan anda belum lulus, maklumat akaun bank tidak lengkap atau tidak dikemaskini, pembayaran belum dibuat (akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa) atau terdapat masalah data seperti akaun bank tidak aktif.
Untuk tindakan, semak status permohonan di portal rasmi STR dan kemaskini maklumat jika perlu, atau tuntut bayaran tunai di BSN jika tiada akaun bank.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.
Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
BACA JUGA: